BAB 7

149 19 5
                                    

Zafril terbangun dari lenanya tatkala sinar matahari dari celah langsir terpancar tepat pada matanya. Rayyan pula masih enak tidur diulit mimpi sambil mengiring memeluk tubuh Zafril. Perlahan-lahan Zafril melepaskan rangkulan itu lalu menuruni katil itu agar Rayyan tidak terjaga. Lantas dia mencapai jubah mandi yang tersangkut itu lalu menutupi tubuhnya yang terdedah sebelum berlalu masuk ke bilik air. 

Usai sahaja menggosok gigi, Zafril menatap refleksi dirinya pada cermin. Nafas panjang dihela sebagai tanda menyesal atas perbuatannya malam tadi buat ke sekian kalinya. Perasaan menyesal itu ada setiap kali selepas membuat perbuatan terkutuk itu, tapi keinginan hawa nafsunya saat ini sangat sukar untuk ditepis. Banyak kali dia cuba untuk berubah tapi akhirnya jatuh lagi dalam maksiat terlaknat ini.

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu bilik air diketuk beberap kali dari luar. Siapa lagi manusia dalam rumah ini yang ketuk pintu jikalau bukan Rayyan. Pasti pasangannya itu sudah bangun.

"You... I turun buatkan you sarapan dulu tau, nanti dah siap mandi jangan lupa makan," pesan Rayyan disebalik daun pintu.

"Alright, sekejap lagi I turun," balas Zafril ringkas sebelum Rayyan melangkah pergi ke dapur.

-

"Syoklah kau. Konon tak nak ada lelaki, tapi dapat dating dengan pelakon terus," kata Rihana mengusik Nadia saat mereka sedang makan siang di sebuah restoran.

"Hello, we were not dating okay. Aku dengan dia sama-sama rasa semak masa dalam bilik karaoke tu. That's why kitaorang lepak luar," balas Nadia lalu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Habis kau tu, nasib rumah kau tu ada bibik tahu tak, aku boleh minta tolong bukakan pintu. Kau pergi mana dekat satu malam tadi tak balik langsung?" soal Nadia sebaik sahaja selesai menguyah makanannya. Rihana yang tidak pulang malam tadi mengundang tanda tanya dalam dirinya sejak pagi tadi.

"Eh, fikir kau sorang je ke pergi dating? Aku pun sama," jawab Rihana main-main. Nadia terus menayangkan riak wajah serius terhadap gadis yang duduk dihadapannya ini.

"I'm serious asking you, Rihana. Stop being playful," kata Nadia serius.

"Okay, okay. Sorry. Aku malam tadi pergi  keluar dengan Firhad and dia yang hantar aku pagi tadi," beritahu Rihana jujur yang membuat Nadia terkejut.

"Hah?! Kau biar betul Rihana? Kau jangan cakap aku yang kau pergi check-in mana-mana. Weh, kita ni student lagi tau. Kalau apa-apa jadi macam mana?" bebel Nadia yang risau akan sahabatnya itu.

"Nad, Nad, Nad. Don't worry about me okay, I know how to take care of myself. Janganlah risau, nothing will happen," balas Rihana. Nadia tidak menjawab dan sekadar hanya menatap Rihana yang bersahaja bermain telefon pintarnya sambil makan.

Dia kadang kala kehabisan kata-kata ingin menegur Rihana ini. Mempunyai rupa paras yang jelita, tapi sayangnya seorang berpemikiran singkat.

"Oh my god! Look at this, Nad! Your cousin just went viral on Twitter!" kata Rihana dengan nada dan riak terkejut lalu menghalakan skrin telefon pintarnya ke arah wajah Nadia.

"Viral anak pakar motivasi terkenal yang juga merupakan seorang pensyarah ialah gay?"

-

Hampir sahaja tercabut jantung Dato' Halim tatkala melihat berita dan gambar mesra Zafril dengan seorang lelaki berpelukan mesra tular di seluruh media sosial. Habis namanya terpalit sekali dalam berita-berita yang sedang meliar itu.

"Mana saya nak letak muka saya sekarang ni?! Tak pasal-pasal orang mengata saya tak pandai didik anak sendiri sedangkan sana-sini kasi ceramah!" marah Dato' Halim. Sofi dan Hanna hanya mampu terdiam di saat melihat kemarahan ayahnya meletus saat ini dan tidak berani menjawab.

"Sabar, bang. Kita tunggu Zafril balik, dengar penjelasan dia. Mana tahu ini semua fitnah atau orang dengki nak perangkap dia?" kata Datin Halimah cuba  meredakan kemarahan suaminya.

"Awak nak kata fitnah?! Fikir saya buta dan bodoh tak kenal anak lelaki saya sendiri?!" jerkah Dato' Halim yang membuat Datin Halimah terdiam tidak tahu menjawab apa-apa lagi kerana ada benarnya. Mustahil mereka tidak mengenal anak mereka sendiri.

"Assalamualaikum," kata Zafril memberi salam sebaik sahaja melangkah masuk ruang tamu rumah itu.

Pang!

Satu tamparan yang kuat hinggap pada wajah Zafril sehingga membuat Datin Halimah, Sofi dan Hanna terjerit kecil.

"Walid, Zaf minta maaf. Zaf boleh explain semuanya," rayu Zafril walaupun sakit tamparan pada wajahnya tidak hilang lagi. Dia sedar akan kesalahan dirinya.

"Kau nak jelaskan apa lagi Zafril Adham? Aku dah sekolahkan kau tinggi, aku beri didikan ilmu agama yang cukup. Apa kurangnya aku lagi dalam mendidik kau? Cakap kalau memang betul kau jadi macam tu sebab salah aku!" marah Dato' Halim lagi yang jelas-jelas tampak kecewa dengan Zafril.

"Kenapa pilih jalan macam ni, nak? Tak kesian ke dengan umi dan walid, Zaf? Tak kesian dengan kakak dan adik?" luah Datin Halimah yang kecewa itu dalam keadaan sebak.

"Ampunkan Zaf... Zaf tak dapat kawal diri Zaf. Zaf tak mampu nak lawan hawa nafsu Zaf sendiri. Zaf dah cuba tapi tak boleh..." lirih suara Zafril merayu minta ampun kepada ibu bapanya. Kaki walidnya dipeluk erat dengan tangisan teresak-esak.

"Kakak pun tak tahu nak cakap apa dah dengan Zaf. Kakak speechless, tak sangka adik kandung kakak sendiri macam ni. Betul apa yang umi dan walid cakap tu, kakak tak boleh nak bela Zaf," luah Sofi.

"Kau cakap aku, Zaf... Mana aku nak letak muka aku lepas ni. Apa aku nak jawab dengan orang?" lirih suara Dato' Halim lalu akhirnya terduduk lemah di atas sofa. Wajahnya ditundukkan tidak sanggap memandang wajah satu-satu anak lelakinya itu.

"Ampunkan Zaf, walid. Beritahu apa yang Zaf boleh buat untuk tebus semua ni," rayu Zaf sekali lagi.

"Dahlah, buat masa ni aku tak nak tengok muka kau. Pergilah dari rumah ni. Aku tak sanggup berhadapan dengan anak macam ni," luah Dato' Halim lalu bangun daripada duduknya meninggalkan ruang tamu itu. Rayuan dan jeritan Zafril memanggil dirinya langsung tidak diendahkan.

Sebagai seorang bapa dan pakar motivasi, Zafril cukup membuktikan dirinya baru sahaja gagal dalam dalam mendidik keluarganya.

-

"Saya dah buat seperti apa yang Cik Adina nak. Dalam masa satu jam, semua platform social media viral pasal dia,"

"Bagus. Sekarang aku nak tengok apa yang terjadi dengan dia sebab terlalu sombong dengan aku. Sama juga dengan keluarga dia. Aku nak tengok apa nasib diorang selepas ni," balas seorang wanita dikenali sebagai 'Adina'. Usai itu, dia mengeluarkan sekeping sampul
coklat daripada beg tangannya.

"Dalam ni, ada cek dengan jumlah bayaran upah yang kau nak. Kalau ada apa-apa lagi kerja kau perlu buat untuk aku, aku akan call kau," sambung Adina lagi sambil menyuakan sampul coklat tadi ke arah lelaki dihadapannya. Lelaki itu tersenyum puas lalu mengucup sampul coklat yang diterimanya.

"No problem, Cik Adina. Anytime anywhere, saya sedia berkhidmat untuk, cik. Just call me,"


BERSAMBUNG

Jeng, jeng, jeng... Siapa pula Adina ni? Siapa dia sebenarnya? Apa motif dia? Nak tahu? Setia lah membaca Dearest Nadia! Please vote and comment kalau biar saya semakin semangat nak update. Thank you! ❤️

Dearest Nadia [OG]Where stories live. Discover now