BAB 17

137 15 0
                                    

"Zafril mana?" tanya Tok Ali yang baru sahaja mendirikan solat Isyak. Hanna dan Datin Halimah pula sedang asyik berbual sambil menikmati kopi-o di ruang tamu.

"Zafril melepak kat pankin rasanya, teman Nadia," balas Datin Halimah. Tok Ali mengangguk perlahan lalu menghela nafas pendek.

"Kenapa, ayah? Ada apa-apa ke yang ayah risaukan?" tanya Datin Halimah dua tubi lalu kini fokus duduk menghadap Tok Ali.

"Nadia dan Zafril. Dua-dua cucu aku. Tapi aku tak sepenuhnya menerima apa yang terjadi, Imah. Sebab Zafril buat hal, Nadia terpaksa ikut campur. Lebih-lebih lagi ini melibatkan masa depan dia," ujar Tok Ali yang sudah lama memendam ketidakpuasan hati terhadap isu perkahwinan Nadia dan Zafril. 

"Atok tahu ke pasal abang?" tanya Hanna yang agak terkejut itu dengan nada mengendur.

"Sekarang zaman dihujung jari. Fikir aku ni kolot sangat ke?" bidas Tok Ali yang pada masa yang sama dia sebenarnya menipu. Padahal dia tahu tentang hal ini dari mulut Nadia sendiri dan berjanji untuk merahsiakannya.

'Maaf, Nad. Atok terpaksa berterus-terang demi kebaikan kau,' bisik hati Tok Ali.

Hanna pula mengangguk perlahan sambil mencebikkan bibirnya. Entah sejak bila Tok Ali boleh tahu isu viral di media sosial. Sedangkan Tok Ali tidak pernah mempunyai akaun media sosial kecuali Whatsapps. Itu pun sekadar untuk berhubung dengan ahli keluarga sahaja dan urusan kampung.

"Bukan macam tu, ayah.
Imah tak ada niat pun nak gunakan Nadia atau apa-apa muslihat lain. Kami pun suruh dia kahwin dengan Zaf sebab kesian dengan Nadia. Merana ayah dia hidup dengan Daud dan Dahlia," balas Datin Halimah. Tok Ali menjeling sekilas dengan riak wajah yang bengi lalu menyilangkan kedua tangannya berpeluk tubuh.

"Alasan kaulah, Imah... Kalau kau ikhlas nak bela budak tu, tak perlu kahwin semua ni bagai," bidas Tok Ali pula.

"Astaghfirullah, ayah. Ayah rasa kalau saya ambil gitu je Nadia, Daud bagi ke? Ayah tak ingat ke dulu saya pernah minta Nadia masa Nadia sebagai anak angkat saya selepas dia bercerai dengan Latifah dulu? Dia tak bagi, ayah. Sebab dia selalu rasa dia boleh jaga anak dia dengan elok dan sempurna, tapi hakikatnya dia tak mampu, ayah. Malah sekarang lagi teruk. Kadang dia layan Nadia tu macam bukan anak dia," balas Datin Halimah.

"Atok tak tahu, sebab fitnah Tiara dan Auntie Dahlia lah Kak Nad kena tampar dengan dikurung sampai sakit dalam bilik tanpa makan dan minum. Takkan kes macam ni kita nak bawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat? Malulah, tok. Keluarga kita sendiri kot yang buat perangai, cukuplah abang Zafril seorang je," celah Hanna pula. Sempat Datin Dahlia menjeling sekilas ke arah anak gadisnya itu kerana menyebut masalah Zafril.

"Tapi Nadia tu masih belajar. Umur dia muda lagi, baru 22 tahun. Aku tak nak dia kahwin muda dan pelajaran dia terabai. Aku nak Nadia capai cita-cita dan impian dia," ujar Tok Ali. Lantas Datin Halimah mengesotkan punggungnya merapati Tok Ali lalu diambilnya tangan tua ayahnya itu.

"Ayah, Imah janji. Kami sekeluarga jaga Nadia dengan baik. Imah pun dah pesan dengan Nadia, Imah tak expect apa-apa pun untuk Nadia jadi isteri yang sempurna untuk Zaf. Kalau dia mampu bawa Zaf berubah, itu rezeki untuk keluarga kita. Tapi kalau tak, tak apa Nad redha. Bila tiba masanya biar Zaf lepaskan Nad," kata Datin Halimah lembut.

"Betul tu, atok. Kami pun bersetuju nak adakan majlis kecil-kecilan je dan sebab tu kami buat kat kampung je," celah Hanna pula. Berkerut dahi Tok Ali tatkala mendengar kata-kata Hanna.

"Kat kampung? Kat rumah ni lah?"

-

Zafril melangkah ke arah Nadia yang sedang duduk di atas pankin. Sejak berada dalam bilik tadi dia memerhatikan gadis itu daripada tingkap biliknya yang kelihatan tidak bosan melihat langit malam yang diterangi cahaya bulan penuh itu. Dia sedar Nadia sebenarnya sedang kesal dengan dirinya, tetapi gadis itu cuba beriak seperti tiada apa yang terjadi.

"Tak takut ke duduk sorang-sorang?" tegur Zafril lalu melabuhkan punggung di sebelah Nadia.

"Buat apa takut? Kampung sendirikan," balas Nadia ringkas. Bukan berlagak berani, tetapi separuh hidupnya sebelum ini dihabiskan di kampung ini. Gelap malam kampung yang setakat diterangi lampu jalan sudah terbiasa buat dirinya. Tiada apa yang perlu ditakuti dan digeruninya lagi.

"By the way, sedap nasi lemak kau," kata Zafril yang membuat Nadia memandangnya jijik. Dia faham maksud yang disampaikan oleh Zafril, tapi ayat itu seakan mempunyai maksud tersirat. Saja ingin mengusik lelaki itu.

"Maksud aku, nasi lemak yang dimasak oleh kau. Clear?" kata Zafril yang ketawa Nadia pecah.

"Relakslah, Zaf. Aku gurau je," balas Nadia sambil menyenggol lelaki itu menggunakan sikunya.

"Nad..."

"Apa dia?"

"Aku minta maaf kalau libatkan kau dalam masalah aku. Aku minta maaf sebab aku tak mampu bertanggungjawab dengan kesilapan aku seorang diri," ujar Zafril ikhlas dari sudut hatinya sambil menatap sisi wajah Nadia disebelahnya.

"Tak apalah, Zaf. Mungkin takdir aku macam ni. Aku tak boleh buat apa, tapi aku jalani jelah," balas Nadia dengan nada mengendur seakan berasa hampa.

"Kau tak perlu pun jadi isteri yang sempurna untuk aku. Kau boleh jalani kehidupan kau seperti biasa. Aku takkan halang, Nad. Dan bila tiba masanya kau nak aku lepaskan kau, aku akan turutkan," ujar Zafril yang membuat Nadia menoleh dan bertentangan mata.

"Jadi kalau aku ada boyfriend dan aku akan kahwin dengan lelaki lain, kau akan lepaskan aku?" balas Nadia kembali dengan sebuah pertanyaan. Lantas Zafril mengangguk perlahan sebagai tanda mengiakan.

"Yup, because you deserve someone better, Nadia. Kau layak untuk hidup dengan orang yang kau cintai dan sayang kau," balas Zafril. Nadia mengukirkan senyuman nipisnya.

"Habis kalau lelaki yang aku cintai tu ialah Zafril Adham, kau akan lepaskan juga ke?" balas Nadia tanpa segan silu.

"Kenapa? Kau tak boleh sayang dan cintai aku juga ke, Zaf?" tanya Nadia lagi.

Lidah Zafril pula terbungkam seribu bahasa seraya menatap wajah gadis disebelahnya ini. Mulutnya seakan bisu dan terkunci untuk menjawab kata-kata yang dilontarkan oleh Nadia.

'Kau terima perkahwinan ni sebab kau cintakan aku ke Nad?'

BERSAMBUNG

Orite... Short chapter from me for today. Esok kita sambung lagi okayyyy!

Jangan lupa vote and komen okay!❤️

Dearest Nadia [OG]Where stories live. Discover now