BAB 22

178 14 5
                                    

Jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi dimana semua orang dalam rumah Tok Ali sudah lena dalam bilik masing-masing. Namun tidak dengan Nadia, yang matanya masih celik sambil menyelimuti penuh tubuhnya saat ini.

"Kau asal tak tidur lagi?" tegur satu suara garau iaitu Zafril.

"Eh, eh. Kau tu hah kenapa tak tidur lagi," balas Nadia pula. Mereka berdua sama-sama baring sambil termenung memandang kipas yang berpusing pada siling bilik itu.

"Aku tanya kau dulukan," kata Zafril pula. Nadia mendengus perlahan.

"Kau rasa aku boleh tidur dengan lena sedangkan ini kali pertama ada lelaki sekatil dengan aku?" jawab Nadia sedas tanpa berkias langsung. Zafril terdiam seketika.

"Habistu, kau nak aku tidur kat bawah ke? Kalau tak aku boleh je bentang toto kalau itu buat kau selesa," cadang Zafril. Kali ini Nadia pula mendiamkan diri. Dia rasa bersalah pula jika membiarkan lelaki itu dibawah sekadar beralaskan toto pula.

"Tak apalah, aku cuba lelapkan mata," balas Nadia. Tanpa balasan, Zafril bangun dari perbaringannya lalu melangkah ke almari milik Nadia. Dia lantas menarik set comforter yang terletak di atas almari lalu dibentangkan ke atas lantai kayu itu.

"Apa kau nak buat memalam buta ni, Zaf?" tanya Nadia yang terus duduk melihat tindakan Zafril itu.

"Dah kau tidur jelah. Tak payah endahkan aku... Aku okey je tidur macam," balas Zafril lalu mengambil bantal lalu diletakkan ke atas toto tadi.

"Kau tidurlah, anggap je aku tak wujud dah," sambung Zafril lagi.

Sebenarnya bukan dia tidak boleh tidur kerana kekok bersama dengan Nadia, tetapi dia dapat rasakan perasaan yang tidak pernah dirasakannya ketika bersama dengan gadis itu. Lagi-lagi dalam ruang yang tidak besar dan malap ini. Seperti yang selalu dikatakan oleh orang, bila berdua pasti ada yang katiga. Sebelum apa-apa terjadi, baik dia mengambil langkah berjaga-jaga.

Tapi Nadia isteri sah dan halalnya? Tak salah jika dia melakukan 'sesuatu' bersama Nadia?

Nadia pula masih duduk memerhati lelaki itu. Lantas Zafril menghampiri Nadia lalu duduk pada birai katil di sisi isterinya itu.

"Kau kenapa, Nad? Takkan satu malam kau tak nak tidur langsung?" soal Zafril dua tubi sambil merenung wajah Nadia yang membuat jantungnya berdebar-debar sejak tadi. Kejelitaan gadis ini seakan memukaunya pada malam ini.

Nadia masih diam membisu sambil bermain dengan jarinya. Dia serba salah ingin membiarkan Zafril tidur di atas lantai sendirian. Tetapi dia juga kekok dan tidak dapat melelapkan untuk malam ini.

"Nad..." tegur Zafril lagi tetapi kali ini dengan nada yang tidak kasar. Rambut yang menutupi sisi wajah Nadia itu diselitkan ke tepi telinga gadis itu.

"Kenapa ni, Zaf..." balas Nadia sambil menolak perlahan tangan lelaki itu. Wajahnya dibuang daripada memandang Zafril. Dia mula berasa tidak sedap hati pula dengan sikap Zafril yang tiba-tiba ini. Lain macam je!

"Nad, what if one day nanti I really fall in love with you, and can you accept me as your husband?" kata Zafril tiba-tiba. Jarinya mula mengelus perlahan tangan milik Nadia.

'Am I being tempted right now?' Soal Nadia dalam hati. Jantungnya mula berdebar-debar kerana tidak tahu untuk memberi reaksi apa saat ini. Umurnya sudah 22 tahun, dia tidak begitu naif dan bodoh untuk tidak memahami kelakuan Zafril saat ini.

"Zaf... Stop buat perangai pelik-pelik please. I don't think ini yang kita pernah discuss before this," kata Nadia sambil mengesotkan dirinya ke tengah katil.

Betul jangkaannya pagi tadi, depan orang ramai sahaja dia berani bertindak sesuka hati mencium pipi anak dara orang, apatah lagi di belakang orang!

"Answer me first, Nad. If aku jatuh cinta dengan kau, kau akan nak teruskan perkahwinan ni dengan aku sampai bila-bila?" ujar Zafril lagi.

"I can't answer that. Dah aku nak tidur. Jangan nak goda aku ke apa. I'm even not your real wife," kata Nadia terus terang lalu terus baring semula dan mengiring membelakangi Zafril.

Bukan dia tidak rela jika sesuatu berlaku di antara dirinya dan Zafril, tetapi terlalu banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkannya.

Betul ke Zafril akan mencintainya?

Kalau dia mengandung dan perkahwinan ini terbongkar bagaimana? Sedangkan dia masih belajar.

Dan apa terjadi jika satu hari nanti Zafril akan menceraikannya? Kalau mendapat gelaran janda berhias okey lagi, boleh perasan seperti anak dara kembali. Ini kalau gelaran janda anak satu?

"Nad..." kata Zafril perlahan pada telinga Nadia. Nadia berdecit perlahan lalu menoleh ke arah Zafril.

"Apa lagi, Zaf?!" tanya Nadia dengan sedikit kasar.

Lantas Zafril memegang kedua bahu Nadia dan menatap wajah gadis itu. Dia cuba memberanikan diri buat sekali lagi.

"Assalamualaikum Nadia Fahira,"

"Waalaikumsalam, eh apasal aku jawab salam kau pula?!"

-

Sejak subuh tadi sehinggalah pagi ini, tiada satu suara keluar daripada kedua mulut milik Nadia dan Zafril. Bagi Nadia kejadian malam tadi adalah sesuatu yang tidak dapat dijangkakannya dan membuat dirinya mempunyai pelbagai kerisauan saat ini. Mi goreng dihadapannya sekadar dikuis-kuis menggunakan sudu sahaja sejak tadi. Mahu ditelan pun seakan tiada rasa saat ini.

"Nad, kenapa diam je? Macam serabut je umi tengok?" tanya Datin Halimah dua tubi. Nadia mendongakkan kepalanya lalu mengukirkan senyuman nipis.

"Tak ada apalah, umi. Nad okay je," balas Nadia ringkas. Zafril di sebelah pula hanya mendiamkan diri dan fokus mencicipi teh panas.

"Oh, fikir mi goreng umi tak sedap. Sebab macam tak selera je tengok cara Nad makan tu," balas Datin Halimah.

"Taklah, umi. Sedap ni, cuma Nad mengantuk je tak cukup tidur," balas Nadia lalu menyuapkan mi goreng tadi ke dalam mulutnya dengan berselera.

"Tak cukup tidur? Nad dengan Zafril ada apa-apa ke malam tadi?" soal Datin Halimah.

"Pfft! Uhuk, uhuk!"

Nadia tersedak tatkala mendengar soalan Datin Halimah itu. Zafril pula hampir tersembur teh panas dari mulutnya disebabkan soalan cepumas itu.

"Tak adalah, umi. Jauh sangat fikiran umi tu," balas Nadia dan cuba berlagak seperti biasa.

"Mana ada, umi. Zaf takkan paksa apa yang Nad tak suka," balas Zafril pula menyokong kata-kata Nadia. Sempat isterinya itu melirik sekilas ke arahnya dengan pandangan tidak puas hati.

'Tak paksa apa yang Nad tak suka konon, at the end malam tadi dengan aku sekali terlentok!' getus hati Nadia.

"Umi bukanlah nak menyibuk ke apa, harap gurauan umi pasal cucu yang semalam tu Nadia tak ambil hatilah. Umi hormat je keputusan Nad dan Zaf sebagai suami isteri. Umi pun tahu korang berkahwin atas aturan keluarga kami, jadi umi tak letak harapan tinggi pada korang berdua. Cukup sekadar korang saling menjaga dan membimbing antara satu sama lain pun dah lebih dari cukup bagi umi," pesan Datin Halimah saling memandang pasangan yang dihadapannya itu silih ganti.

"Insya-Allah, umi. Zaf ikut je apa perancangan yang terbaik untuk kami berdua. Kalau jodoh panjang, alhamdulillah. Kalau akan datang kami terpaksa berpisah demi kebaikan bersama, kami redha," balas Zafril pula.

"Betul tu, umi. Nad pun just follow the flow. Nad tak nak memaksa apa-apa keadaan buat masa ni, and I want to focus with my study right now," balas Nadia lalu memandang Zafril sekilas. Dia berharap selepas ini tiada paksaan atau apa-apa yang berlaku di antara mereka berdua. Cukuplah sekadar malam tadi sahaja.

Itu semua sekadar kemalangan kecil sahaja, bukan sesuatu yang diinginkan!

BERSAMBUNG

Geli sikit ye tulis bab ni🫠

Dearest Nadia [OG]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें