BAB 27

93 11 1
                                    

"You... Tak boleh ke balik besok pagi je? Baru je petang tadi you sampaikan," rayu Rayyan tatkala melihat lelaki itu ingin pergi.

"Tak boleh... Kat rumah I ada Nadia. Dia seorang kat rumah tu," balas Zafril yang membuat Rayyan mula panas hati.

"Habis you tinggal I sorang kat sini boleh pula? " balas Rayyan kembali. Zafril menghela nafas perlahan.

"You tu kan lain... Nadia tu perempuan, dia baru je sampai sana. If anything happen to her, I yang kena tanggungjawab," jelas Zafril ringkas.

"What? Nadia tu perempuan? You ni just baru ada kesedaran ke yang I ni lelaki? Baru sekarang you nak anggap I lelaki?" bidas Rayyan kembali bertubi-tubi tatkala mendengar kata-kata Zafril itu seakan memerli dirinya.

"No... You jangan salah faham boleh tak? Nadia tu cousin I yang I dah anggap dia macam adik I sendiri dari sebelum ni lagi. Kalau tiba-tiba orang pecah masuk rumah ke apa tetak dia ke apa, apa I nak jawab kat parents I? Kalau hubungan kita ni kantoi balik macam mana?" balas Zafril kembali. Rayyan memandang sekilas wajah Zafril itu lalu menundukkan wajahnya sedikit.

"Okay, fine..." ujar Rayyan dengan nada mendatar.

"Dahlah, jangan merajuk sangat okay. I'm really sorry and I need to go now. Bye, see you..." kata Zafril sebaik sahaja selesai berpakaian rapi sebelum mengatur langkah keluar daripada rumah itu.

"Bye... Jangan lupa call i nanti," balas Rayyan diiringi pesanan.

-

Nadia terjaga daripada lenanya tatkala pundi kencingnya berasa tertekan seakan ingin membuang air kecil. Ini semua padah minum air susu soya dua cawan sebelum tidur tadi semata-mata menahan lapar di perut. Mahu makan, tetapi Zafril tiada di rumah. Rumah ini pun tiada stok makanan atau bahan masakan yang boleh dimasak melainkan mi segera.

Sebaik sahaja keluar dari bilik air, Nadia melangkah keluar daripada kamar tidurnya seraya mengerling sekilas jam di dinding yang sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Dia merenung ke arah bilik tidur Zafril yang berhadapan dengan biliknya, kelihatan sunyi seakan tiada orang.

"Jumpa girlfriend sampai tak balik ke?" gumam Nadia sendirian. Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu bilik Zafril. Kepalanya dijengah melihat segenap ruangan itu. Sah lelaki itu belum pulang lagi dan mungkin bermalam di rumah Rayyan.

Dasar lelaki tak guna. Lelaki dan perempuan dia sebat! Omel Nadia dalam hati.

"Kau buat apa jengah bilik aku?"

Lantas Nadia menapak ke belakang lalu menutup semula pintu bilik tidur itu.

"Tak ada buat apa, saja tengok kau ada ke tak dalam bilik," balas Nadia tenang.

"Oh, kau nak skodeng aku tidurlah tu,"

"Sedap mulut kau je bercakap. Tak kuasa aku nak skodeng kau yang tidur serupa kerbau tu. Masalah aku sekarang, aku lapar. Tak ada apa yang aku boleh makan dalam rumah kau ni. Setakat maggi dengan susu soy bean tu je yang ada," balas Nadia membela dirinya.

Zafril menepuk dahinya perlahan tatkala baru sedar dia meninggalkan gadis itu tanpa membelikan makanan.

"Apasal kau tak order Grab Food ke Food Panda ke. McDelivery ke? Zaman sekarang kan senang je order makanan," ujar Zafril.

"Kau fikir aku tahu ke alamat rumah kau apa? Macam mana aku nak pin adress kalau tak tahu," balas Nadia pula. Zafril menghela nafas panjang, memang tidak pernah menang kalau bertekak dengan Nadia ini.

"Yelah, yelah. Jomlah, kita pergi McD ke apa sekarang," ajak Zafril.

"Sekarang?"

"Yelah, habistu nak tunggu sampai kau gastrik balik. Kan tak memasal ada yang masuk hospital lagi," omel Zafril. Nadia yang tidak peduli dengan leteran lelaki itu, lantas tersenyum lebar sambil melangkah masuk ke dalam biliknya untuk menukar pakaian yang lebih sesuai.

Dearest Nadia [OG]Where stories live. Discover now