BAB 10

158 17 2
                                    

Nadia mengesotkan tubuhnya lalu bersandar pada kepala katil kerana dia mahu sarapan. Syukur Zafril membawanya ke hospital swasta, nampak menyelerakan juga juadah sarapan yang disediakan pihak hospital ini walaupun selera makannya masih kurang. Walau bagaimanapun, syukur pihak hospital benarkan dia keluar petang ini juga.

Pada masa yang sama, Nadia lantas membuka Netflix demi menonton drama Korea yang sedang hangat iaitu Big Mouth. Walaupun dia sendiri sedang sakit, tetapi dia tetap tertanya-tanya siapa 'Big Mouse' yang sebenarnya.

"Kau dah bangun, Nad?" soal Zafril sebaik sahaja masuk ke dalam wad yang menempatkan Nadia itu. Lantas Nadia terpaksa menjedakan drama yang ditontonnya seketika.

"Dah... Aku nak sarapan dulu," jawab Nadia. Zafril pula lantas mengambil tempat di sebuah kerusi yang terletak tepat pada sisi katil Nadia.

"Kau tak gosok gigi ke? Euww... Pengotor," kata Zafril saja ingin menyakitkan hati Nadia.

"Kau mulalah, mulalah tu. Saja nak mengenakan aku. Dahlah Zafril, kau sendiri pun tengah serabut. Tak payah nak paksa diri buat macam tak apa jadi," balas Nadia yang membuat Zafril terdiam seketika.

"Tapi bukan kau kan yang viralkan gambar tu?" soal Zafril yang membuat Nadia menatap tajam kepadanya.

"Kau kan, aku bunuh kau pakai garfu ni baru tahu! Kau fikir aku ada masa ke nak stalk kau sampai rumah si Rayyan tu? Tak kuasalah aku nak jaga hal kau," bebel Nadia geram seraya mengacukan garfunya ke arah Zafril.

"Dah, dah. Turunkan garfu kau dan makan elok-elok. Kan dijalankan setan tercucuk pula mata aku," kata Zafril lalu menurunkan tangan Nadia yang menghalakan garfu ke arahnya itu.

"Tahu takut," kata Nadia diiringi dengan tawa kecilnya. Terus dia menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

"Aku sebenarnya tengah risau, dah 3 hari aku tak balik rumah. Umi dengan walid tak nak pandang muka aku langsung. Pihak universiti pula nak pecat aku kalau aku tak dapat buktikan yang aku tak bersalah dalam hal ni," luah Zafril.

"I know how does it feel," kata Nadia dengan nada suara mengendur.

"Apa aku patut buat sekarang ni, Nad? Pasal benda ni aku tak nak kehilangan keluarga dan kerjaya aku," tambah Zafril lagi.

"Entahlah, Zaf. Apa kata kau berdoa minta kat Allah tunjukkan jalan penyelesaian? Aku rasa kau serabut sendiri pun tak guna," kata Nadia. Zafril menghela nafas panjang lalu bersandar pada kerusi itu dengan riak wajah yang muram.

"Aku dengan kau sama je, Zaf. Pendosa. But after all of these happened, I realized that I only have Allah. Kalau kita ingat Dia balik, Insya-Allah urusan kita pun dipermudahkan. Kalau dah tak ada manusia yang boleh tolong kita, siapa lagi kalau bukan Tuhan?" kata Nadia dengan matanya yang redup memandang Zafril.

'Aku harap ini jalan untuk berubah, Zafril.' Bisik hati Nadia.

-

"Hello. Assalamualaikum, Daud," sapa Datin Halimah kepada adiknya yang berada di hujung talian.

"Waalaikumsalam, ada apa kak long?"

"Anak kau ada kat rumah aku. Kalau kau dah balik dari Kelantan nanti, datang rumah aku. Ada perkara yang aku perlu bincangkan dengan kau," tegas Datin Halimah bersuara.

"Hah? Bukan Nadia aku tak kasi dia keluar rumah ke kak? Asal kat rumah kau pula? Ish, memang degil lah budak tu," kata Tuan Daun yang suaranya kedengaran hairan tetapi pada yang sama marah dengan Nadia di sebalik corong telefon itu.

"Engkau tak payah nak menyalahkan anak kau, Daud. Salahkan bini dengan anak tiri kau yang kurung budak tu tapi tak kasi makan. Eh, binatang orang kurung je kasi makan tau. Ini manusia dibuat macam tu. Budak tu call Zafril suruh ambil sebab gastrik dia teruk dah. Dah terkulai budak tu macam mayat hidup kau tahu tak. Manusia jenis apa kau, Dahlia dengan Tiara ni?" bebel Datin Halimah kepada adiknya itu yang membuat Tuan Daud membisu seketika.

"Hello? Kau dengar tak aku cakap?"

"Ya, kak long. Aku dengar ni. Aku tak tahu pula diorang tak kasi Nadia makan, sebab aku tahu Nadia tu gastrik dia teruk kalau tak makan sehari," jelas Tuan Daud ringkas.

"Hah, tahu pun kau. Petang ni Nadia discharge dari hospital, nanti datanglah rumah aku kalau dah balik dari out-station tu. Ada perkara mustahak aku nak bincang dengan kau," kata Datin Halimah.

"Yelah, kak long. Insya- Allah, nanti aku balik terus ke sana. Sampaikan salam aku pada Zafril sebab tolong bawakan Nadia ke hospital,"

"Insya-Allah, nanti aku sampaikan. Aku letak dulu, Daud. Assalamualaikum," balas Datin Halimah yang ingin mengakhiri panggilan itu.

"Waalaikumsalam,"

-

Zafril membuka kedua matanya, kelihatan seorang gadis bertelekung putih sedang membaca al-Quran dengan suara yang merdu dihadapannya. Lantas dia bangun dari tidurnya dan memerhatikan gadis itu.

Sejak bila ada seorang gadis dalam kamarnya? Apa tujuan gadis itu di sini?

"Sadaqallahulazim..."

Gadis itu menamatkan bacaannya lalu menutup perlahan kitab al-Quran itu. Setelah mengucup kitab itu, gadis yang duduk di atas sejadah itu lantas menoleh ke arah Zafril dengan senyuman yang manis.

Namun sayangnya Zafril tidak dapat melihat dengan jelas siapakah gadis itu. Gadis itu pula tidak berbicara tetapi sekadar menatapnya sayup sahaja.

"Zafril Adham!"

Terbuntang kedua mata Zafril tatkala namanya dijerit oleh Aiman yang membangkitkan dirinya dari mimpi tadi.

"Apasal kau tak tidur atas katil, Zaf? Satu malam kau tidur kat atas sejadah. Jom siap-siap, kita pergi solat Subuh kat surau," ajak Aiman. Kebetulan rumahnya berhadapan sahaja dengan surau taman ini.

"Thank you Man kejutkan aku. Aku pun tak sedar terlelap kat sini," kata Zafril lalu melipat sejadahnya.

"Tak apa. Aku tunggu kat luar okay," balas Aiman lalu melangkah keluar daripada bilik itu. Zafril sekadar mengangguk dan tersenyum kecil sebagai balasan.

Pada masa yang sama, Zafril masih tertanya-tanya maksud di sebalik mimpinya itu. Siapakah gadis yang berada dalam mimpinya tadi?

"Ya Allah, petunjuk apakah yang kau cuba berikan padaku?"

BERSAMBUNG

Idea mencurah, rajin update ehek😆 Jangan lupa vote and comment okies!

Dearest Nadia [OG]Where stories live. Discover now