BAB 21

150 14 5
                                    

'Kau nampak scarf aku kan? Ke awning tudung. Hah kalau kau nak cium, cium situ je. Kalau kau punya bibir tu sentuh kat kulit dahi aku ni, siap kau!'

Pesanan Nadia malam tadi terpacul saat dia duduk bersebelahan dengan gadis itu untuk upacara pembatalan air sembahyang. Syukur ke hadrat Tuhan, dengan sekali lafaz Nadia dan Zafril sah bergelar sebagai suami isteri. Zafril dan Nadia saling berpandangan antara satu sama lain. Di sebalik cadar purdah yang menutupi wajah gadis itu, tiada secalit senyuman pun terbit dari bibirnya. Apa yang dimahukan adalah dia ingin majlis ini selesai secepat yang mungkin!

Usai sahaja menyarungkan cincin, sekali lagi Nadia dan Zafril termenung antara satu sama lain. Nadia pula berdoa dalam hati agar tiada adegan romantik seperti cium dahi dibuat.

"Aik, apa lagi ditunggukan? Nad salamlah tangan Zafril tu," tegur Mak Long Ida yang membuat Zafril tersengih seperti kambing lalu memandang ke arah Nadia.

"Cepat ni, Angah nak ambil gambar ni. Nadia salam tangan Zafril, Zafril cium dahi Nad," arah Farid pula yang sudah bersedia dengan kameranya di tangan.

"Ingat pesan aku malam tadi. Kalau tersentuh kulit aku, sia-sia aku terajang kau dalam bilik nanti," bisik Nadia dengan nada yang masih didengari oleh Zafril sahaja.

"Kau fikir aku hamak sangat ke nak cium kau?" balas Zafril pula geram.

"Memanglah tak hamak, dah kau gay!" balas Nadia lagi sedas yang membuatkan Zafril semakin sakit hati.

Usai itu, mereka turutkan sahaja kata-kata Farid sebentar tadi. Namun, Zafril masih menyimpan geram kerana Nadia sempat mengutuk dirinya 'gay' sebentar tadi.

Kau tunggu, sini aku tunjukkan dekat kau aku gay ke tak gay!

"Angah, ambilkan gambar aku satu yang ni," kata Zafril kepada Farid. Tanpa aba-aba, terus Zafril mengucup pipi Nadia tanpa sempat dihalang oleh gadis itu.

Klik!

Pantulan lampu flash menandakan momen tadi sempat ditangkap sebagai kenangan.

Nadia sempat menolak perlahan Zafril walaupun dia tahu dia sudah terlambat untuk menghalang lelaki itu. Zafril tersenyum puas sambil memandang ke arah Nadia yang mulai sakit hati dengan tindakan Zafril sebentar tadi.

"Amboi, fikirkan tak suka kena paksa. Rupanya paksa rela ke..." seloroh Tok Ali yang mendapat reaksi gemuruh dari ahli keluarga yang lain kecuali Puan Dahlia dan Tiara yang sememangnya tidak suka dengan penyatuan dua jiwa ini.

Melihat momen tadi, Tok Ali dapat rasakan bahawa Zafril itu memang ada hati pada Nadia. Perkahwinan ini bukan suatu paksaan semata-mata.

Nadia mula dapat rasakan wajahnya hangat ketika ini dek menahan malu. Tak guna punya Zafril! Ambil kesempatan dalam kesempitan. Depan orang ramai sahaja dia berani buat begini, tidak tahu pula belakang orang nanti apa pula dia berani buat.

Dia mahu rasa menyesal sekarang pun tiada gunanya. Nasi sudah jadi bubur. Berani buat, terpaksalah berani tanggung risiko.

Nadia Fahira kini telah menjadi isteri sah kepada Zafril Adham. Titik!

-

Zafril melangkah masuk ke dalam bilik Nadia yang kini telah menjadi bilik mereka berdua di kampung. Kelihatan Nadia sedang duduk pada birai katil dengan wajah yang masam mencuka, atau dalam erti kata lain tiada mood. Mana tidak hilang moodnya, selama sahaja Zafril mengucup pipinya sesuka hati.

"Kau asal tak tukar baju lagi? Punyalah lambat aku masuk nak kasi chance kau tukar baju," tegur Zafril sambil membuka songkoknya lalu diletakkan di atas meja solek bilik itu.

Nadia lantas menoleh ke arah Zafril dengan panahan matanya yang tajam memandang lelaki itu.

"Apahal kau?"

"Apahal kau tanya aku, Zaf? Takkan kau dah hilang ingatan apa yang kau buat pagi tadi?!" balas Nadia kembali. Zafril tergelak kecil.

"Takkanlah aku dah hilang ingatan. Aku belum ada terhantuk apa-apa lagi kalau setakat nak lupa yang aku tercium pipi kau tu. Gebu juga pipi kau eh," balas Zafril selamba diiringi dengan loya buruknya tanpa rasa bersalah.

Nadia pula bangun dari duduknya lalu berdiri ke hadapan Zafril. Tanpa membuang masa, terus dia memukul dan mencubit lelaki itu sepuas hatinya. Zafril yang mengaduh kesakitan itu tidak dihiraukan sehingga dia berasa dendamnya terbalas.

Tuk! Tuk! Tuk!

Akhirnya pembalasan dendam Nadia terhenti tatkala terdengar bunyi ketukan dari luar pintu. Zafril pula masih mengusap perlahan bahagian tubuhnya yang menjadi mangsa pukulan dan cubitan isterinya itu.

Lantas Nadia membuka pintu tetapi sekadar menongolkan kepalanya sahaja keluar.

"Akak, are you okay? Dengar macam riuh je kat dalam bilik akak," soal Hanna. Nadia tersengih tatkala mendengarkan soalan itu.

"Kenapa? Dengar sampai keluar ke?" tanya Nadia dua tubi.

"Tak adalah kuat, just dengar sikit-sikit je. Hanna risau Abang Zaf buli akak je," jawab Hanna. Pintu yang tadi dibuka sedikit sahaja tiba-tiba dikuak lebar oleh Zafril dari dalam.

"Abang buli dia? Tengok ni habis lebam-lebam ni dikerjakan Nadia ni," kata Zafril menyampuk perbualan dua orang itu. Dia yang sudah sekadar memakai singlet sahaja menunjukkan lebam pada bahu dan lengannya kepada Hanna.

Nadia pula hanya memandang sekilas lalu melihat wajah Hanna kembali. Entah bila masa lelaki ini membuka baju melayunya, tiba-tiba sudah pakai singlet sahaja. Dia pula yang naik segan melihatnya.

"Ya Allah, budak ni. Katanya nak mandi. apa yang dikacaunya pengantin baru dalam bilik," tegur Datin Halimah kepada Hanna.

"Taklah, umi. Hanna dengar macam riuh rendah gitu. Tu saja Hanna ketuk pintu, kot kot abang kacau Kak Nad," balas Hanna dengan polosnya. Datin Halimah menggeleng perlahan.

"Hanna, diorang dah suami isteri. Biarlah abang nak buli Kak Nad ke, Kak Nad nak buli abang ke, biarkan aje. Mana tahu diorang buli sama buli tetiba nanti umi dapat cucu. Tak ke best gitu," balas Datin Halimah yang membuat mata Nadia terbuntang.

Cucu? Memang tidaklah jawabnya. Lebih-lebih lagi perkahwinan ini boleh dikatakan rumah tangga 'olok-olok' sahaja. Suami isteri yang saling mencintai sahaja yang boleh melahirkan zuriat.

"Jauh lagi umi nak fikir ke situ pula. Nadia ni degree je tak habis lagi, takkan nak suruh dia usung perut ke sana sini pula nanti," balas Zafril yang juga agak sedikit terkejut dengan jawapan Datin Halimah itu.

"Jom, Nad. Kita masuk settle apa yang patut. Nadia, kata nak pergi mandikan. Pergi sana," sambung Zafril lagi lalu menarik bahu Nadia masuk ke dalam bilik. Pintu bilik itu lantas ditutup rapat dan dikunci.

Nadia pula terus mendiamkan diri dan duduk pada birai katil. Wajahnya diraup kasar lalu dia menghelakan nafas panjang.

"Sorry lah pasal umi tadi tu," ujar Zafril.

"No, it's okay," balas Nadia lemah.

"Nad, don't worry okay. Aku takkan paksa benda yang kau tak suka. Lepas ni pun kau boleh jalani kehidupan kau macam biasa," kata Zafril.

"Zaf, aku minta tolong sangat keep this marriage as our secret. Aku tak nak orang tahu pasal ni. And about our wedding pictures, pilih yang muka aku tertutup je. Jangan yang purdah terbuka," balas Nadia. Sengaja dia memakai purdah agar tiada sesiapa tahu identiti dirinya jika ada orang luar melihat gambar itu.

"I promise, Nad. Don't worry okay,"

BERSAMBUNG

I don't know when i will update again, but thanks for those who keep waiting for my updates! Ini pun sempat update sebab tengah mid-sem and at my home. Esok dah habis cuti and need to go back to campus again :')

Apa-apa pun enjoy reading okay!

Dearest Nadia [OG]Where stories live. Discover now