BAB 2

191 16 2
                                    

"Nad... Nad..."

Rihana yang separa sedar itu cuba mengejutkan sahabatnya. Telefon pintar Nadia yang berdering sejak tadi cukup membingitkan telinganya untuk tidur lena.

"Apa dia..." balas Nadia yang masih terpisat-pisat dengan nada meleret.

"Handphone kau, Nad. Bising. Angkatlah call tu." ujar Rihana lalu menekupkan kedua telinganya menggunakan bantal lalu mengiring membelakangi Nadia. Tanpa aba-aba, Nadia terus menjawab panggilan itu.

"Hello, siapa ni?" tanya Nadia tanpa melihat nama pemanggil.

"Hello, assalamualaikum. Nad ni, mak long lah," balas Datin Halimah yang membuat Nadia mengkerutkan dahinya. Lantas melihat nama pemanggil yang terpapar pada skrin telefonnya kembali sebelum
dilekapkan semula ke telinganya.

"Oh, mak long. Sorry, tadi terus angkat je, tak tengok siapa call," balas Nadia sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Malam nanti ada majlis aqiqah anak Kak Sofi kat rumah mak long, Nadia nanti datang pukul berapa?" tanya Datin Halimah.

Nadia menepuk dahi sudahlah dia berada di rumah Rihana saat ini yang akan mengambil masa satu jam memandu ke rumah Zafril. Boleh pula dia lupa ada majlis aqiqah baby Syifa, anak perempuan Sofia iaitu kakak kepada Zafril. Sudahlah dia pun pergi malam tadi dijemput Rihana dari rumah sewanya, memang tiada kenderaanlah jawabnya.

"Sorry sangat, mak long. Nad sekarang ni ada kat rumah kawan. And Nad tak bawa kereta. Nad tak rasa sempatlah nak pergi. Ada few things nak settle kat sini," balas Nadia cuba memberi alasan. Dahlah dia sehelai sepinggang

"Oh ye ke... Tak apalah macam tu, mak long suruh Zaf ambil Nad lepas asar nanti. Nad just share location je kat Zaf, okay? Kak Sofi pun baru balik dari Singapore. Takkan Nad tak nak jumpa dia?" beritahu Datin Halimah. Nadia hanya tersengih walaupun tidak dapat dilihat wanita itu. Kalau Datin Halimah sudah beri arahan, mana boleh say no!

"Hah yelah, mak long. Kalau macam tu Nad ikut jelah. Nanti apa-apa Nad inform Zaf kalau macam tu. Assalamualaikum," kata Nadia ingin mengakhiri panggilan itu.

"Okay, waalaikumsalam. See you soon," balas Datin Halimah lalu menamatkan panggilan itu.

Tamat sahaja panggilan tersebut, Nadia terus mengatur langkah ke walk-in closet milik Rihana. Dia cuba mencari pakaian yang sesuai untuk dipakainya untuk majlis aqiqah baby Syifa.

"Kau buat apa ni, Nad?" tanya Rihana yang tiba-tiba sahaja berada dibelakangnya. Terhinjut bahu Nadia dek terkejut.

"Pinjam jubah or baju kurung dengan shawl. Mak long aku paksa aku pergi majlis aqiqah cucu dia. Nanti cousin aku nak datang ambil lepas asar pula," beritahu Nadia yang sudah mulai kalut. Harap minah berketurunan Arab ni banyaklah jubah walaupun banyak baju tak cukup kain.

"Oh, don't worry. Syarifah Rihana ada pelbagai jubah untuk dipakai sesuai pelbagai majlis. Meh sini," kata Rihana lalu membuka sebuah almari yang semuanya bergantungkan jubah abaya yang cantik-cantik dan ada yang masih baru lagi.

"Silakan pilih bestieq..."

-

Zafril mengeluh perlahan tatkala tiba di hadapan sebuah rumah banglo mewah. Hampir satu jam setengah dia menempuh perjalanan untuk sampai ke sini semata-mata mengambil adik sepupunya atas arahan uminya. Sudahlah malam tadi dia pulang lewat, hari ini dipaksakan pula matanya untuk memandu lama. Tak apa, tunggu je si Nadia ni keluar. Tahulah dia mahu buat apa.

Nampak sahaja figura Nadia keluar daripada pagar rumah, terus dia keluar daripada perut kereta. Pada masa yang sama, sempat dia terpesona dengan kecantikan gadis yang memakai serba putih itu. Sesuai dengan tema majlis aqiqah kakaknya hari ini.

"Kau drive lah, aku nak tidur." ujar Zafril lalu terus masuk ke dalam perut kereta, duduk di bahagian sebelah pemandu. Nadia yang terpinga-pinga itu cuba menghadam kata-kata Zafril manakala Rihana pula terpegun melihat ketampanan sepupu sahabatnya itu. Walaupun dia gay, hensem tetap hensem!

"Ya Allah, kenapa hensem sangat cousin kau ni? Sekilas tengok tak nampak gay pun. Tanya dia, nak cari calon isteri untuk tutup rahsia dia tu gay tak? Aku sanggup walaupun menjadi isteri atas kertas je," kata Rihana yang membuat wajah Nadia berkerut.

"Stop merepek please. Walau macam mana pun rupa dia, he's still a gay and that's the most disgusting thing ever. Baju kau ni, nanti aku dah hantar dobi aku pulang balik. Bye bye," kata Nadia lalu masuk ke dalam kereta. Rihana hanya mencebikkan bibirnya tatkala mendengar kata-kata sahabatnya itu sambil melambaikan tanggannya.

"Apa yang kau bebelkan lagi dengan kawan kau tu? Cepat-cepat je tak boleh ke?" omel Zafril kepada Nadia yang sedang memakai tali pinggang keledar itu.

"Aku cakap yang kau tu gay. Puas hati?" jawab Nadia selamba lalu menurunkan brek tangan sebelum memandu pergi dari rumah Rihana itu.

"Kau ni kan, memang mulut kau tak boleh simpan rahsia. Dari malam tadi aku nak koyakkan je mulut kau tu," bebel Zafril.

"Alahai, kau salahkan aku pula kenapa mat? Bukan kau ke yang ngaku kau gay kat dia malam tadi? Aku just jujur jelah dengan dia," kata Nadia pula. Terus Zafril berpeluk tubuh lalu mendengus perlahan sebagai tanda protes. Pandangan dilemparkan ke luar tingkap kereta.

"Kalau aku tahu dari awal dia kawan kau, aku tak cakap macam tu," kata Zafril perlahan antara dengar dan tidak dengar oleh Nadia.

"Apa kau cakap? Aku tak dengarlah," tanya Nadia sambil mendekatkan telinganya pada Zafril sambil masuh fokus dengan pemanduannya.

"Kau diam. Aku nak tidur," balas Zafril. Dahi Nadia berkerut seribu. Rasanya tadi dia dengar ayatnya macam lain, ini lain pula. Pada akhirnya Nadia sekadar angkat bahu sebagai balasan. Apa-apa sajalah, malas nak layan.

-

Tiba sahaja di perkarangan rumah Zafril, dia dapat lihat kereta milik papanya sudah terparkir juga di sini. Nadia menghela nafas panjang. Pasti papanya datang bersama ibu tiri dan kakak tirinya yang tua setahun berbanding dirinya.

"Zaf... Bangun dah sampai," kejut Nadia tanpa menyentuh lelaki itu. Namun nampaknya lelaki itu masih lena diulit mimpi. Nadia berdecit perlahan dan pada masa yang sama tatapannya jatuh pada wajah tampan milik Zafril itu. Kulitnya yang bersih dan tidak terlalu putih, hidungnya yang mancung dan rahangnya yang kelihatan cukup membuat seorang Zafril Adham cukup tampan walaupun sedang tidur.

'Betul kata Rihana, sekilas memang tak nampak pun dia ni homoseksual,' getus hati Nadia. Namun tiba-tiba Nadia menepuk perlahan pipinya.

'Sedar, Nad. Sedar! Takkan kau pun jatuh hati dengan muka hensem dia? Ingat Nad, muka hensem kalau perangai hauk pun tak guna,' bisik Nadia dalam hati cuba kembali kepada realiti.

"Hoi, Zafril. Bangunlah! Kita dah sampai ni," kata Nadia sekali lagi dengan suara sedikit keras cuba mengejutkan Zafril. Namun sayangnya tiada reaksi daripada lelaki itu.

Dasar Zafril Adham. Sekali tidur, mesti tidur mati!

Nadia yang geram dengan lelaki itu terus menampar perlahan wajah lelaki itu berkali-kali.

"Bangun Zafril Adham! Bangun! Kita dah sampai. Aku kunci kau dalam kereta ni meninggal kan!" kata Nadia.

Namun tiba-tiba tangan Zafril laju menangkap tangan Nadia dengan mata yang masih terpejam. Nadia pula terus kaku tidak bergerak.

"Aku tahulah nak bangun, tak payah tampar aku macam ni. Even slow tapi kalau dah banyak kali sakit tahu tak," ujar Zafril masih tidak melepaskan tangan Nadia.

'Kawal diri kau, Nadia. Don't fall in love!' bisik hati Nadia. Dia mulai rasakan adrenalina tubuhnya saat ini bekerja dengan baik sehingga jantungnya berdegup kencang.

"Ish, kau ni. Suka sangat pegang orang suka hatilah! Duduklah sesorang dalam kereta ni. Buang masa aku melayan kau!" kata Nadia lalu menarik tangannya dari genggaman Zafril. Kunci kereta pula selamba sahaja dicampakkan ke atas riba Zafril sebelum keluar dari kereta itu.

"Gila... Gila... Zafril ni gay ke tak sebenarnya?!"

BERSAMBUNG

Dearest Nadia [OG]Onde histórias criam vida. Descubra agora