BAB 13

130 13 0
                                    

Setelah hampir tiga jam memandu, akhirnya Nadia tiba di kampung. Semenjak dia Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 5 di bersekolah di kampung ini dan dibesarkan oleh datuk dan neneknya. Namun tepat beberapa hari sebelum SPM, neneknya pergi buat selama-lamanya dan membuatnya hampir kehilangan arah. Kasih sayang neneknya selama ini tidak ubah seperti seorang ibu yang menatang minyak yang penuh mengasihi dan membesarkan dirinya. Semenjak itu, dia berasa kehilangan sangat besar dalam hidupnya dan Nadia tidak seceria dahulu. Walaupun dia ada papanya, Tuan Daud sekadar bertanggungjawab memberikan wang setiap bulan untuk dirinya dan kedua datuk dan neneknya untuk perbelanjaan bulanan.

Oleh sebab itu dia memilih untuk menjalankan praktikalnya selama sebulan di sini dan tinggal bersama datuknya. Di sini banyak kenangan yang dia tidak terlupakan dan disimpan, malah berasa dirinya lebih tenang. Dia juga boleh memerhatikan Tok Ali sepanjang di sini kerana kadang kala kesihatan Tok Ali semakin membimbangkan semakin meningkat usia emas ini.

"Assalamualaikum, atok! Oh, atok!" laung Nadia daripada bawah seraya menapak pada tangga kayu tua itu.

"Waalaikumsalam, Nad! Dah sampai dah cucu atok sorang ni," kata Tok Ali seraya membuka kedua daun pintu kayu itu menyambut kepulangan cucunya.

"Atok apa khabar? Sihat?" soal Nadia bertanyakan khabar seraya menyalami tangan tua datuknya itu.

"Alhamdulillah, tok sihat je. Nadia macam mana? Haritu mak long telefon kata kau masuk hospital," balas Tok Ali.

"Alah, tak ada apa yang dirisaukan lah, tok... Nad gastrik sikit je. Sekarang ni dah okay," balas Nadia. Tok Ali memandang wajah cucunya itu.

"Yelah tu. Entah-entah si Dahlia tu tak kau makan. Tak payah tipu akulah," teka Tok Ali.

"Dahlah, tok. Tak usah nak bincang pasal ni. Jom kita makan. Nad yakin, mesti atok ada masakkan lauk sedap-sedap untuk Nad kan?" ujar Nadia manja. Tok Ali memandang Nadia dengan senyuman kecilnya.

"Tak ada, atok belum siap masak. Yang ada cekodok pagi tadi je," balas Tok Ali. Nadia tergelak kecil.

"Bolehlah, tok. Dah lama juga tak merasa cekodok pisang atok. Dulu sebelum pergi sekolah selalu sarapan pagi makan cekodok pisang atok," kata Nadia lalu melangkah riang ke arah dapur sambil merangkul lengan datuknya itu. Tok Ali sekadar menggeleng perlahan, walaupun sudah besar panjang perangainya masih tak ubah seperti zaman sekolah dahulu.

Nadia mencicipi cekodok pisang itu sambil menarikan kepalanya dengan riang. Biasalah perempuan kalau dapat makanan sedap, mesti macam itukan? Manakala Tok Ali sedang fokus menyiapkan masakan rendang ayam kampung yang merupakan kegemaran Nadia sejak dahulu lagi.

"Atok dengar kau nak dengan kahwin dengan Zafril tu? Kau betul ke nak kahwin dengan sepupu sendiri?" soal Tok Ali dua tubi yang tertanya-tanya dengan pernikahan kedua cucunya itu.

"Atok silap tu, sedikit pembetulan. Bukan Nad nak kahwin dengan Zafril, tapi Mak Long dan Pak Long yang nak kitaorang kahwin," kata Nadia sambil mengambil lagi sebiji cekodok pisang sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya. Tok Ali punya cekodok pisang memang sedap, comel dan kecil pula bentuknya. Sekali masuk je dalam mulut!

"Korang ada buat apa-apa ke sampai nak dikahwinkan?" tanya Tok Ali. Hampir tercekik Nadia dibuatnya.

"Astaghfirullah, atok ni. Tak ada lah. Yang buat hal tu cucu lelaki atok tu!" balas Nadia dengan nada terkejut.

"Buat hal?"

Lantas Nadia menekup mulutnya. Dia sedar dia baru sahaja terlepas cakap kepada Tok Ali.

"Hah, ada lah tu yang nak disembunyikan kat aku." jujur Tok Ali selamba mengenakan Nadia sambil bercekak pinggang mengacau rendang ayam.

"Okay, fine. Nad jujur dengan Atok. Tapi janji jangan beritahu sesiapa, baik buruk dia cucu atok juga," ujar Nadia.

"Jadi apa halnya yang si Zafril buat sampai kau kena kahwin dengan dia?" tanya Tok Ali. Nadia menarik nafas lalu dihembuskan sebelum menjawab soalan datuknya itu.

"Zafril tu gay, dan viral kat media sosial. Jadi demi nak jaga air muka Pak Long dan Mak Long, terpaksalah kahwinkan Zafril. Lepastu universiti swasta yang tempat Zafril kerja tu pun hampir nak buang dia kalau tak dapat buktikan bukan dia yang gay," jelas Nadia kepada Tok Ali. Lelaki tua itu memejamkan matanya lalu menghela nafas perlahan.

Apa nak jadi dengan anak muda zaman sekarang? Mengapa pilih kehidupan yang dilarang dalam Islam sedangkan tahu balasannya?

"Atok, tak setuju. Ini serupa jadikan Nadia kambing hitam. Zaf yang buat hal, dia yang kena bertanggungjawab. Dia tak patut libatkan Nadia dalam masalah dia buat!" tegas Tok Ali menentang perkahwinan mereka. Nadia lantas bangun dari duduknya lalu menghampiri Tok Ali.

"Atok, janganlah macam ni. Nad pun tak kisah. Kalau bagi Nad, ini cara Nad nak keluar dari kehidupan papa, Aunty Dahlia dan Tiara. Insya-Allah, Nad takkan menyesal dengan keputusan yang Nad buat," balas Nadia lembut cuba meredakan kemarahan Tok Ali.

"Tapi Nad, kau kena faham. Perkahwinan bukan perkara main-main. Atok tak faham kenapa orang muda zaman sekarang fikir perkahwinan akan selesaikan masalah. Lepastu tak fikir panjang senang-senang je bercerai," jelas Tok Ali.

"Atok... Janganlah macam ni. Atok tak kesian ke kat Zaf tu? Nasib Zaf malang sebab Allah buka aib dia, kita ni? Patut bersyukur Allah simpan aib kita elok-elok. Mana tahu ini satu pengajaran untuk Zaf berubah," balas Nadia lagi cuba menyejukkan hati lelaki tua itu.

"Tapi Atok janji, jangan beritahu sesiapa pasal ni. Kalau atok jumpa dengan keluarga Mak Long dan Zafril, atok pura-pura tak tahu," tambah Nadia lagi. Tok Ali menjeling sekilas kepada Nadia.

"Tengoklah,"

"Alah, tok... Jangan macam tu. Atok tak sayang Nad ke?" rayu Nadia.

"Tak!"

"Atok! Sampai hati cakap macam tu!"

Akhirnya pecah juga ketawa Tok Ali tatkala mengusik cucu kesayangannya disebalik kerisauan memikirkan tentang perkahwinan Nadia dan Zafril yang akan diadakan sebaik sahaja Nadia tamat melaksanakan program perantis gurunya bulan hadapan.

"Dahlah, atok gurau je. Pergi cedok nasi sana dalam periuk tu dulu. Rendang ayam kampung kegemaran kau ni dah masak, kejap lagi atok hidangkan rendang lepastu kita makan sama-sama," arah Tok Ali.

"Baik, tok!" balas Nadia sambil tabik hormat kepada Tok Ali seperti seorang askar.

-

"No! You tak boleh buat I macam ni! Lepas apa yang terjadi, suka hati you kan nak kahwin dengan orang lain?!" marah Rayyan yang menentang perkahwinan Zafril.

"Rayyan, you tak kesiankan I ke? Disebabkan hubungan kita ni, I hampir kehilangan keluarga I dan kerjaya I.  So, I minta tolong sangat dengan you untuk faham and beri I ruang dan peluang betulkan kembali keadaan," ujar Zafril.

"I tak kesiankan you? Hey, Zafril Adham! Listen to me! Apa yang jadi sekarang ni bukan salah I tau! Jadi kenapa perlu korbankan relationship kita pula?" bidas Rayyan lagi yang membuatkan Zafril kehilangan kata-kata. Sudah berkali-kali dia jelaskan situasinya saat ini, tetapi Rayyan berkeras hati ingin menentang perkahwinannya dengan Nadia nanti.

Zafril meraup wajahnya lalu menghampiri Rayyan yang sedang berdiri membelakangi dirinya dihadapan tingkap. Dia perlu selesaikan dulu masalahnya dengan Rayyan sebelum kekasihnya ini membuat huru-hara kepada keluarganya dan juga Nadia saat majlis nanti.

"Alright, then. I janji dengan you, after selesai semua ni we will back as usual. Just let me solve all these problems first okay?" pujuk Zafril. Rayyan perlahan-lahan memusingkan tubuhnya lalu menatap wajah Zafril.

"Promise?" soal Rayyan lalu mengeluarkan jari kelingkingnya. Dengan berat hati, Zafril mengeluarkan jari kelingkingnya lalu ditautkan pada jari kelingking Rayyan.

"Promise,"

BERSAMBUNG

Sorry for the late update guyss🥹 Saya tak tahulah, kalau kat rumah nak update rasa senabut bila nak menulis tu. Bila kat tempat kerja bila tengah takde customer enjoy pula menulis.

Vote and comment okay!❤️ And specially thanks to those yang setia vote this novel!! Luv u🫶🏼🫶🏼

Dearest Nadia [OG]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora