BAB 3

174 20 4
                                    

Assalamualaikum..." ucap Nadia sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah itu.

"Waalaikumsalam, sampai pun anak buah kesayangan mak long ni. Kenapa lambat sangat ni? Lama kami menunggu," ujar Datin Halimah.

"Biasalah orang perempuan bawa kereta, cermat sikit. Lain macam lelaki, bawa macam pelesit," jawab Nadia usai sahaja bersalaman dengan Datin Halimah.

"Aik, Nad ke yang bawa kereta? Bukan Zaf?" tanya Kak Sofi pula.

"Haah. Tu Zaf tidur dalam kereta," jawab Nadia lagi lalu menyalami tangan Kak Sofi pula.

"Papa dah lama ke sampai?" tanya Nadia tatkala melihat ayahnya duduk di atas sofa. Saja basa basi walaupun dia dapat lihat riak dingin pada wajah ayahnya itu.

"Baru je..." balas Tuan Daud. Nadia sekadar mengangguk perlahan sebagai balasan.

"Nad, pergi mana tak balik rumah langsung semalam? Pergi berjoli ke menjantan?" tanya Puan Dahlia, ibu tirinya dengan kesat. Nadia menelan kesat air liur dan cuba berlagak setenang yang mungkin.

"Ish, apa cakap macam tu. Nad tidur Rihana malam tadi discuss and buat final assesment. Lainlah macam orang kat sebelah aunty tu, boleh duduk rumah 24 jam tanam anggur, habiskan beras je," balas Nadia pula selamba sambil mengenakan adik tirinya itu.

Dia dapat lihat perubahan riak yang sentap pada wajah Tiara itu. Begitu juga dengan Puan Dahlia. Itulah sebelum mengata anak orang, cuba tengok anak sendiri macam mana.

"Biasalah, akhir semester ni. Semua student busy. Lainlah yang tak belajar, apa yang dia tahu. Tahu sibuk hal orang je," kata Zafril membela Nadia secara tiba-tiba itu tanpa memberi salam.

"Tapi abang walaupun Tiara tak sambung belajar, Tiara dah sedia nak jadi isteri orang. Kalau nak jadi isteri abang sekarang pun boleh," kata Tiara dengan gediknya tanpa ada rasa segan dan malu.

Nadia dan Sofi pula saling berpandangan antara satu sama lain dengan riak wajah yang terkedu lalu memandang ke arah Zafril serentak. Tak malu ke apa tawarkan diri macam tu? Nampak murah sangat!

"Ish, aku tak naklah ada bini macam kau. Baik Nadia je jadi bini aku. Dahlah cantik, pandai pula tu. Nanti anak-anak aku akan datang pun mesti pandai," balas Zafril pula yang membuat Nadia terkedu seketika. Apa pula dirinya digunakan sebagai contoh?!

"Lagi satu, jangan panggil aku abang. Geli, tak suka. Nadia je tak panggil aku macam tu," kata Zafril lagi dengan selambanya sebelum pergi dari situ.

"Apa Zaf ni cakap macam tu. Sorry, Tiara. Biasalah Zafril tu, suka moody orangnya," kata Datin Halimah yang segan dengan kelancangan mulut anak lelakinya seorang itu. Padahal dalam hati dia cukup memadankan muka Tiara, sibuk mengata Nadia sendiri terkena balik cukup-cukup.

"Tak apa mak long, Tiara okay je." kata Tiara dengan sengihannya cuba menutup malu dikenakan Zafril. Sukalah Nadia, sikit-sikit nama dia dipetik lelaki itu!

"Nad, jom naik atas. Nad pun first time kan nak tengok baby Syifa?" ajak Sofi. Terus Nadia tersenyum lebar.

"Haah, kak. Biasa tengok kat gambar je, nak tengok juga face to face," balas Nadia mesra. Terus Sofi menarik tangan Nadia mengikuti langkahnya menaiki tangga ke bilik atas. Mereka berdua tidak betah untuk lama-lama berhadapan dengan si Tiara dan Puan Dahlia itu.

"Kita ni kan, senang je sebenarnya hidup. Kalau tak nak budak biadab dengan kita, kita jaga bahasa tutur kata kita dengan anak. Jangan kita pun bertanya kurang ajar, lepastu nak sakit hati bila orang kurang ajar balik dengan kita," celah Dato' Halim yang sejak tadi hanya pendengar perbualan mereka dari ruang makan yang tidak dengan ruang tamu rumah itu.

Dearest Nadia [OG]Where stories live. Discover now