BAB 16

147 18 0
                                    

"Ni bawalah balik empat biji durian ni. Rezeki harini banyak pula jatuh duriannya," kata Tok Ali sambil memberikan tiga biji durian kepada Adam dan Fawwaz.

"Alhamdulillah, terima kasih tok. Tak sia-sia datang saja je menjengah Fawwaz kat kampung ni. Dapat merasa makan durian fresh dari dusun Tok Ali," balas Adam.

"Tok fahamlah. Kadang bukan senang nak cari durian sedap dan segar dari pokok kat bandar tu. Yang ada kadang durian muda-muda lagi dah dijual, bila masak pun isi dah tak cantik sebab layu," ujat Tok Ali.

"Betul sangat, tok. Tu pasal saya malas kadang nak beli durian kalau kat bandar tu. Bukan tak suka, tapi yang dijual alahai. Membazir duit je kadang kalau beli," kata Fawwaz pula.

"Itulah. Nanti walaupun Fawwaz dah habis praktikal kat sini, kalau atok panjang umur masih ada kat kampung ni kau dua orang datang je," pelawa Tok Ali. Nadia menjeling sekilas datuknya daripada tangga hadapan rumah. Bukan main baik dia kepada Adam dan Fawwaz.

"Insya-Allah, mana tahu ada chance saya jadi cucu menantu tok, siap puasa beraya dengan Tok Ali sekali," seloroh Adam lalu menjeling sekilas ke arah Nadia. Gadis itu lantas menayangkan riak wajah jengkel. Sempat pula dia pick-up line depan Tok Ali.

"Uish, gurau kasar kau, bang. Bukan main lagi ya. Sorry, tok. Biasalah buaya darat, memang macam ni perangai dia," celah Fawwaz pula dengan sengihan janggalnya disebabkan telatah abangnya.

Pada masa yang sama, kelihatan dua buah kereta yang dikenali sedang menuju ke laman rumah Tok Ali.

"Tok, ada tamu ke?" tanya Fawwaz.

"Oh, taklah. Itu anak perempuan tok dengan anak-anak dia balik," jawab Tok Ali.

"Atok, tak ada cakap pun mak long dengan Zafril mangkuk tu balik?" tanya Nadia sambil matanya masih menatap ke arah dua kereta itu.

"Aku pun tak tahu, Nad. Mak long kau pun tak ada pula telefon cakap nak balik," balas Tok Ali. Akhirnya kedua kereta tersebut berhenti dan parkir di sebelah kereta milik Nadia.

"Assalamualaikum atok!" sapa Hanna sebaik sahaja keluar daripada kereta lalu berlari anak ke arah Tok Ali. Tangan tua itu lantas dikucupnya.

"Waalaikumsalam, tak cakap pun nak datang. Atok tak ada siapkan apa-apa pun. Nasi lemak pagi tadi ajelah yang tinggal," kata Tok Ali.

"Tak apa, kitaorang sempat makan kat RnR tadi. By the way, abang Adam ada kat sini?" balas Hanna lalu memandang ke arah Adam.

"Yup, tapi bukan sebab abang stalk Nadia. Kenalkan, Ustaz Fawwaz. Adik abang yang sedang praktikal sama dengan Nadia kat kampung ni," kata Adam lalu memperkenalkan Fawwaz.

"Oh, fikirkan boyfriend Nad tadi," sampuk Zafril dengan nada mendatar. Mata Nadia meluru memandang ke arah Zafril. Kalau teman lelakinya sekalipun apa salahnya?

"Betullah, boyfriends. Fawwaz and Adam are my boy-friends. Ada yang silap ke?" balas Nadia dengan nada sarkastik kepada Zafril yang berura-ura ingin masuk ke rumah kampung itu.

Zafril sekadar memandang dingin kepada Nadia dan tidak membalas sepatah pun kata-kata bakal isterinya itu. Usai itu, dia meneruskan langkahnya memasuki rumah lalu dengan selambanya melanggar bahu Nadia sebagai tanda tidak puas hati. Hampir sahaja Nadia mencarut di hadapan semua orang disebabkan kelakuan Zafril itu. Tidak mengapa, dia ada 'secret weapon'.

"Mak Long! Tengok Zaf ni cari pasal dengan Nadia!" adu Nadia kepada Datin Dahlia dan Tok Ali.

"Zaf, baru sampai dah cari pasal dengan Nadia. Cuba aman sekejap boleh tak?" tegur Datin Dahlia seraya melangkah masuk ke dalam rumah. Adam dan Fawwaz pula sekadar menjadi saksi kelakuan dua sepupu yang bagai anjing dan kucing itu.

"Biasalah, abang saya dengan Kak Nad memang macam tu dari kecil. Dia macam anjing dengan kucing. Kadang anjing dengan kucing pun tak macam tu," ujar Hanna kepada Adam dan Fawwaz yang mungkin tidak terbiasa melihat kelakuan Zafril dan Nadia itu.

"Oh, faham-faham. It's okay, biasalah tu. Kami balik dulu ya," balas Adam.

"Terima kasih tok, dah bawa kami merasa jalan-jalan dusun kutip durian hari ni," kata Fawwaz pula seraya pamit pulang.

"Sama-sama, nanti kalau bosan-bosan duduk rumah tu mari jelah ke sini," balas Tok Ali mesra.

"Insya-Allah, tok. Kami balik dulu, assalamualaikum!"

-

Zafril terus melangkah menuju ke dapur untuk mengisi perutnya yang lapar. Kalau setakat uminya dan Hanna memannglah mereka sudah makan, kerana sempat singgah di RnR tadi. Memandangkan mereka bertolak dari tempat yang berbeza, dia tidak sempat makan sejak pagi tadi.

Tanpa segan silu, terus Zafril membuka tudung saji lalu mencedokkan nasi lemak ke dalam pinggan dan mengambil lauk sampingan lain. Nadia pula yang melihat Zafril duduk di meja makan itu lantas menghampiri lelaki itu.

Tanpa sebarang suara, Nadia lantas menarik pinggan yang terletak di hadapan Zafril itu dan membuat lelaki mendongak memandang wajah Nadia dengan panahan matanya yang seakan marah.

"Nad, it's not funny. Aku nak makan," kata Zafril dengan dingin. Orang dah lapar boleh pula dia buat main. Nadia pula tergelak sinis kepada dirinya.

"Beras aku yang beli, aku yang masak. So, it's up to me," balas Nadia bersahaja. Jarangkan kita dengar perempuan cakap beras dia yang beli?

"Jangan kacau aku boleh tak, aku lapar," kata Zafril seraya cuba mencapai pinggannya dari tangan Nadia tetapi dengan pantas gadis itu mengelak lagi.

"Kau pergi mana? Almost two weeks tak ada khabar berita. Call tak angkat, message tak reply," kata Nadia yang sedikit marah terhadap Zafril. Mana tidaknya, dua minggu lelaki itu menyepi dan seakan mahu mengelakkan diri dari dirinya.

"Aku busy lah," balas Zafril dengan nada meleret.

"Busy? Busy apa benda? Kau saja nak mengelak dari aku kan?" tanya Nadia bertubi-tubi kepada Zafril. Lelaki itu memejamkan matanya lalu menghembus nafas panjang. Dia berdiri lalu memegang kedua bahu Nadia dan merenung kedua mata coklat milik gadis itu.

"Kalau aku mengelak dari kau, aku tak ikutlah umi balik kampung. Sekarang aku bersemuka dengan kau. Mengelak lagi ke?" balas Zafril lalu melepaskan bahu Nadia lalu mencapai nasi lemaknya yang sudah terletak jauh di atas meja dari tempat didudukinya.

"Ya, harini kau tak mengelak. Tapi dua minggu ni obvious sangat kau ngelat dari aku. Bukan aku baru kenal kau sehari dua," balas Nadia lagi yang masih tidak puas hati dengan penjelasan lelaki itu.

"Okay, fine. I'm sorry okay. Aku masih shock bila disuruh untuk berkahwin dengan kau. Kau tahukan, hubungan kita ni macam adik abang, macam kawan. Untuk bina rumah tangga dengan kau yang masih study, aku macam semua ni mustahil," jelas Zafril. Nadia mengoyakkan senyuman nipisnya lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Zaf, if you feel all of these are hard for you same goes to me too, Zaf. You know what, why it's hard for me? Sebab aku dipaksa dan dipujuk rayu oleh semua orang disebabkan kesalahan kau. Kalau kau rasa terpaksa, kau selfish, Zaf. Kau patutnya tanya aku yang okay ke tak dengan semua ni. Sebab aku yang jadi kambing hitam kau. Mark my words!" balas Nadia meluahkan segala kekesalam yang terbuku dalam hati selama ini lalu pergi meninggalkan Zafril seorang diri tanpa sempat lelaki itu membalas.

Zafril terkedu dan tidak mampu membalas apa-apa. Perkataan 'kambing hitam' itu cukup menyentakkan dirinya seketika dan membuat dia sedar.

Ya, semua ini berpunca dari dirinya sendiri. Mengapa dia pula perlu rasa seakan dirinya mangsa keadaan dan terseksa?

BERSAMBUNG


Sorry guys for the late update🥹 Beberapa hari ni asyik busy and tak menyempat nak update.

Vote and comment okay!

Dearest Nadia [OG]Where stories live. Discover now