BAB 20

174 15 7
                                    

"Kak... Betul ke akak nak kahwin dengan Abang Zaf? Akak yakin?"

Nadia terdiam seketika dan cuba menghadam soalan Hanna yang tiba-tiba itu. Tiada angin tiada ribut, keyakinannya terhadap perkahwinan ini dipersoalkan lagi.

"Kenapa Hanna tanya tiba-tiba ni? Kalau akak nak tolak, dari awal dah buat," balas Nadia.

"Bukan macam tu kak, bagi Hanna akak terlalu baik untuk Abang Zaf. I mean, he doesn't deserve you. Tengok ni, students pun sayang akak sampai macam ni sekali. Hanna risau kalau Kak Nad akan banyak makan hati selepas berkahwin dengan abang," jelas Hanna yang membuatkan Nadia tersenyum nipis.

"Hanna... Akak sekarang redha je dengan apa yang Tuhan takdirkan untuk akak. Satu lagi akak nak pesan dekat Hanna, Zafril tu abang kandung Hanna. Apa kata kita cuba bersangka baik je dengan Zafril? I mean, I know that being gay is wrong, but kita cuba bersangka baik dulu? Bagi akak, orang macam abang Hanna tu ada chance untuk berubah. Sebab dia tahu silap dia. Kita doakan jelah baik-baik untuk dia eh?" kata Nadia. Hanna termenung seketika mencerna pesanan Nadia sebentar tadi.

"Dah, tak payah nak difikirkan sangat. Akak ni pun ada je buruk celanya. Antara orang nampak dengan tak nampak je," sambung Nadia lagi sambil mengusap perlahan bahu Hanna.

Hanna mampu tersenyum nipis sahaja sebagai balasan. Kalau cakap dia memang baik hati nanti dia tak terima. Sekarang terang bersuluh dia memang baik gila. Bukan main lagi bersangka baik dengan Zafril yang menjadi punca masalah ini.

Ke kakak sepupunya ini ada hati dengan Zafril sebenarnya?

-

"Nadia, nanti kau tolong ambil Mak Long Yati kat airport ye. Dalam pukul 2 nanti sampai kat airport dari Kuching sana," kata Tok Ali kepada Nadia yang sedang menyapu rumah itu.

"Lah, bukan kata Zafril ke yang ambil? Dia kan dah on the way balik sinikan?" tanya Nadia dua tubi.

"Zafril sangkut jammed, takut tak sempat nak pergi ambil. Jadi terpaksalah minta tolong Nad," balas Tok Ali. Nadia melihat sekilas jam di dinding yang menunjukkan pukul 12.50 tengah hari.

"Atok, Hanna nak ikut Kak Nad boleh?" celah Hanna yang baru sahaja selesai basuh pinggan di dapur.

"Tak payah. Kau tolong sambung sapu rumah ni dengan tolong atok masak. Risau tak muat nanti kereta, sebab Mak Long Ida tu datang dengan anak menantu dia sekali," larang Tok Ali. Terserlah riak sedikit hampa pada wajah Hanna.

"Kerja kau asyik nak berkepit je dengan Nadia. Dekat sebulan kau kat sini, sebulan lah kau nak duduk bawah ketiak Nadia," kata Tok Ali mengenakan cucunya yang seorang itu. Hanna sekadar tersengih menunjukkan baris giginya yang tersusun dan bersih itu.

"Atok kata Mak Long Ida bawa anak menantu dia ke?" tanya Nadia.

"Yelah, si Angah tu dengan isteri dia yang tu hari kata kahwin janda anak satu. Yang lain tak ikut. Inilah alang-alang nak jumpakan atok dengan isteri dia. Haritu kan atok tak jadi nak ikut ayah kau ke Kuching sebab tak sihat," balas Tok Ali. Nadia mengangguk perlahan.

"Okaylah, Nad pergi tukar baju dulu. Nah, Hanna. Tolong sambungkan sapu. Hehe..." kata Nadia lalu menyuakan sapu lidi kepada Hanna.

"Atok, tak ada ke penyapu biasa? Sapu lidi ni buat Nadia sakit pingganglah," rungut Hanna seraya mengambil sapu lidi tersebut dari tangan Nadia. Usai itu, Nadia pula terus berlalu ke bilik tidurnya untuk menukar baju.

Dearest Nadia [OG]Where stories live. Discover now