BAB 24

122 11 0
                                    

Wajah seorang gadis cilik dalam bingkai berbentuk segi empat itu ditatap sayu. Tanpa disedari, air mata menitis ke atas kaca bingkai itu dek menahan rindu yang lama terpendam. Sudah belasan tahun berpisah, sehingga kini dia tidak dapat lagi bersua muka dan bertanya khabar tentang sang anak tunggal yang ditinggalkan pada suatu ketika dahulu. Jika dia tahu takdir akan jadi sebegini, pasti dia akan membawa satu-satu anak perempuannya pergi bersamanya pada ketika itu dan meninggalkan rumah neraka itu.

"Kau nak pergi, pergi je tinggalkan laki kau. Anak tu nanti, dah besar tahulah dia mencari ibu dia,"

Kerana situasi yang tersepit dan bercelaru saat itu, dia termakan hasutan dari seseorang yang bergelar sahabat tetapi sebenarnya adalah dalang yang menghancurkan rumah tangganya saat itu. Tidak disangka seseorang tempat dia meluahkan perasaan dan mengadu segala keperitan hidupnya rupa-rupanya ialah sosok yang menikamnya dari belakang.

"Idah, apa yang sibuk dimenungkan tu?"

"Oh, abang. Tak ada apalah, saya rindukan anak saya je. Agak-agak macam mana dia sekarang... Dia tak ada niat nak cari saya ke?" jawab Datin Ain dengan nada separa sebak setelah ditanya suaminya, Dato' Megat Zakaria.

"Ish, janganlah cakap macam tu. Saya yakin dia pun rindukan awak juga. Cuma belum rezeki kita lagi untuk berjumpa dengan dia. Kita pun dah berusaha untuk cari dia," balas Dato' Megat pula lalu melabuhkan punggung di sisi isterinya yang duduk pada birai katil. Dia mengusap perlahan tubuh belakang Datin Ain bagi memujuk isterinya itu.

"Ke dia memang tak nak cari dia saya lagi, bang? Sebab saya tinggalkan dia," ujar Datin Ain lagi.

"Astaghfirullah, tak baik buruk sangka, Idah. Kita kena sentiasa usaha dan berdoa, mana tahu lambat laun Allah gerakkan hati dia pula cari awak. Anak mana yang tak sayang ibu dia. Saya yakin satu hari nanti kita akan jumpa dia juga. Saya pun takkan putus asa tolong awak cari dia," balas Dato' Megat bagi meredakan kesedihan isterinya itu.

Datin Ain meletakkan bingkai gambar ke dadanya lalu dipeluk erat.

Nadia Fahira, anak ibu... Ke mana ayah bawa awak pergi? Nad bahagia ke hidup bersama ayah dengan Dahlia itu sampai tak cari ibu? Maafkan ibu kerana tidak bawa Nad pergi sekali... Itulah penyesalan terbesar dalam hidup ibu... Rintih hati Datin Ain.

-

"Nadia?"

Tegur satu suara garau yang membuat Nadia berhenti menaip seketika. Dia mendongakkan kepala untuk melihat gerangan yang memanggil namanya sebentar tadi.

"Fawwaz?!" balas Nadia dengan sedikit terkejut sambil memegang kepalanya. Dia mula berasa segan kerana Fawwaz melihat dirinya yang tidak memakai tudung saat ini.

"No, no... It's okay, Nad. Saya okay je. Tak perlu segan dengan saya," balas Fawaaz tatkala melihat Nadia yang seakan malu kerana tidak bertudung di hadapannya itu.

"Awak seorang je ke? Boleh saya duduk sekali?" sambung Fawwaz lagi dengan soalan sambil memegang secawan Iced Vanilla Latte ditangannya.

"Sure, duduk jelah," balas Nadia ringkas.

"Sorry, sebab awak terpaksa tengok saya dalam keadaan macam ni pula," ujar Nadia. Fawwaz menggeleng perlahan lalu mengukirkan senyuman nipis.

"Tak apa, siapa saya nak menghakimi awak. Saya pun manusia biasa juga. Insya-Allah siapa je yang tahu mungkin lepas ni awak pula lebih baik banding saya?" balas Fawwaz dengan memberi kata-kata positif untuk Nadia. Siapa dia yang ingin bersangka buruk dengan dosa seseorang, sedangkan dirinya juga bukan manusia maksum di bumi ini.

"Insya-Allah harapnya begitulah. Awak masih ada kat sini? Saya fikir awak dah balik rumah awak," kata Nadia cuba mengalihkan topik perbualan mereka.

"Oh, ya. Saya sebenarnya baru sampai pagi tadi kat sini. Niat nilah, nak bawa balik barang sikit lepastu pulangkan kunci rumah dekat Tok Ali," jawab Fawwaz yang membuat Nadia berasa sedikit lega di dalam hati. Nasib Fawwaz sampai hari ini, kalau semalam mahu kantoi majlis pernikahannya dengan Zafril.

"Oh, I see..." balas Nadia sambil mengangguk perlahan.

"Tok Ali ada je kan kat rumah?" tanya Fawwaz.

"Ah, ada je kat rumah. Saya pun sekejap lagi dah nak balik Bolehlah kita saing sekali." jawab Nadia yang masih cuba untuk beriak biasa di hadapan Fawwaz yang dikenali sebagai lelaki yang agak alim. Maklumlah, bakal ustazkan.

"Oh, boleh juga. Nanti saya ikut awak jelah kalau macam tu,"

-

"Zaf, mana Nad? Kata buat assignments, dah petang ni. Tak balik lagi ke?" tanya Datin Halimah sambil menyiapkan perapan untuk ayam bakar bersama Hanna. Zafril pula sibuk memotong ayam-ayam mentah yang hendak dibakar ke bahagian yang lebih kecil.

"Biasalah, umi. Students zaman sekarang kan suka melepak kat kafe, Starbucks, McD bagai nak buat assignments banding kat library. Bukan macam zaman Zaf dulu. Tapi tak apa, Zaf okay je dia nak stay buat assignments kat kafe pekan tu," jelas Zafril ringkas.

"Oh... Hanna fikir abang bergaduh dengan Kak Nad. Tu pasal Kak Nad pergi keluar," celah Hanna pula. Bukan dia tidak perasan, selepas solat Subuh berjemaah pagi tadi Nadia seakan mengelak dan tidak mahu bercakap dengan abangnya itu.

"Kau budak kecil diam. Mana ada abang gaduh dengan Nadia. Kitaorang okay je. Takkan depan orang ramai nak sweet-sweet, dalam bilik apa orang tahu. Betul tak, umi?" kata Zafril pula diiringi dengan gurauan. Hanna menjulingkan matanya ke atas. Ada sahaja jawapan abangnya itu, tak hormat orang single betul!

"Ya, tak apa nak sweet ke apa ke. Tapi ingat, Nad tu still student. Jaga batas dengan dia. Fahamkan maksud umi?" balas Datin Halimah. Zafril berdecit perlahan.

"Ya... Zaf faham umi. Zaf pun tak adanya nak biar Nad tu bawa perut memboyot ke kampus. Kesianlah dia," balas Zafril. Buat sekali lagi, dia terpaksa berpura-pura seakan tiada apa yang terjadi. Padahal dia sudah tidak sengaja menyentuh gadis itu. Harap tiada apalah yang akan terjadi pada Nadia.

"Hanna, buatkan air kopi panas boleh. Lepastu potongkan sikit kek lapis yang Mak Long Idah bawakan dari Sarawak tu. Kita ada tamu ni," kata Tok Ali yang tiba-tiba sahaja sudah terpacul di dapur itu.

"Tamu? Siapa, ayah?" tanya Datin Halimah. Hanna pula lantas akur dengan arahan datuknya itu.

"Itu hah... Kawan Nadia sama praktikal tu hari. Dia menyewa rumah sewa ayah yang kat hujung kampung tu sepanjang dia mengajar kat sini. Ni datang nak pulangkan kunci rumah," balas Tok Ali.

"Habis Nad pun dah balik ya, tok?" soal Zafril pula.

"Ya, dah balik saing si Fawwaz tu. Tu ada kat depan tengah melayan kawan dia tu," balas Tok Ali. Tanpa aba-aba, terus Zafril mencuci tangannya lalu terus melangkah ke ruang tamu meninggalkan ayam-ayam mentah itu begitu sahaja.

"Amboi, umi. Kemain abang tu, kepoh betul dia nak tahu siapa member Kak Nad tu," ujar Hanna yang sedang membancuh air kopi itu.

"Itulah, terperanjat juga umi dibuatnya," balas Datin Halimah sambil menggeleng perlahan melihat tingkah anak lelakinya yang seorang itu.

Harapnya ini merupakan petanda yang baik untuk perkahwinan Zafril dan Nadia. Dia sangat berharap pada suatu hari nanti Zafril benar-benar berubah dan kembali ke jalan yang benar.

Dan dapat mencintai Nadia sepenuh hatinya, bukan sekadar paksaan.


BERSAMBUNG...

Dearest Nadia [OG]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora