"Pergi ikut Eden. Jangan risau. Aku tak apa-apa." Ray mencium lama dahi Dahlia.

"Tapi..."

"Please... ikut Eden or Cik Din dulu... nanti aku balik. Jangan risau."

"Apa ni Ray... Edenlah."

"Whatever Cik Din." Ray ketawa lalu pergi bersama Karl dan orang-orangnya.

Eden mendengus sementara Dahlia sudah tersenyum manis.

"Ini semua Dahlia punya pasal."

"Alaa Cik Din relaks la, nanti Lia belanja Cik Din ais kacang."

Eden tersenyum suka. Sudah lama dia tidak makan air batu campur sejak bekerja dengan Ray.

"Wahhh! Sedapnya... letak durian lagi mantap." Eden buat aksi jilat bibir, terbayang kemanisan air batu campur yang dicampur durian.

Sehingga tengahmalam Ray belum balik. Dahlia sudah penat menunggu mengambil keputusan untuk tidur dulu. Eden menunggu Ray dan rakan-rakannya di ruang tamu. Sedih juga memikirkan dia terpaksa menjadi babysitter Dahlia. Tak dapat dia berjuang dengan mereka semua.

Pukul 3 pagi, Dahlia terjaga. Tekak berasa kering, terlupa pula membawa naik air botol ke dalam bilik. Dia pandang sebelahnya... kosong... Ray belum balik lagi. Dahlia merengus kecil, apa yang Ray buat agaknya.

Malas berfikir panjang, Dahlia turun ke dapur. Peti sejuk dibuka, air kosong diambil dan perlahan dia tuang ke dalam gelas. Dahlia teguk perlahan air dan tiba-tiba dia berdiri tegak setelah mendengar sesuatu di luar dapur.

Bulu roma meremang, janganlah ada benda pelik yang lalu. Dahlia tak sanggup tengok wajah seram. Dahlia pasang telinga lagi, rasanya dia terdengar bunyi suara orang. Suara manusia yang bertingkah antara satu sama lain.

Dahlia berjalan perlahan seumpama pencuri mendekati pintu dapur. Dia menjenguk di celah pintu, matanya membesar setelah melihat anak buah Ray berlari kalut menuju kearah sebuah pintu.

Pintu yang terdapat di hujung koridor diperhati dengan penuh minat. Dahlia pasti mereka berada di sebalik pintu itu tapi kenapa? Atau dengan lebih tepat buat apa?

Curiosity kills the cat... itulah Dahlia. Dahlia tidak boleh pejam mata saja melihat perkara yang pelik berlaku di depan mata. Terjingkit-jingkit dia menuju ke pintu itu. Tombol dipegang kemas, doa dibaca bersama ayat Kursi sebelum dia memulas dan membuka pintu.

Klak! Pintu terbuka, senyuman mekar di bibir. Dahlia menjenguk kepala untuk memastikan keadaan di sebelah sana. Kosong! Tiada apa dan sesiapa di situ. Hanya koridor yang menuju entah ke mana.

Nafas ditarik panjang... alang-alang menyeluk pekasam biar goreng sampai garing. Hehe Dahlia ketawa sendirian, dia pun tak tahu di mana lawaknya. Dia berjalan di sepanjang koridor sehinggalah...

"Jalan mati?" Dahlia buntu. Mana perginya mereka yang masuk ke sini tadi? Takkan boleh hilang macam tu saja? Tak boleh jadi ni... mesti ada pintu kat mana-mana.

Mode detektif Conan sudah menjelma! Dahlia tidak akan keluar dari situ dengan tangan kosong. Dia mesti mencari pintu rahsia... mesti... wajib!

Dahlia pandang di hujung bilik iaitu jalan mati itu, direnung dengan penuh perasaan. Ditilik dinding itu sehingga hampir tembus dinding dan BINGO!

Dahlia nampak satu bahagian dinding yang kelihatan agak bersih berkilat sedangkan bahagian yang lain agak kusam. Dahlia mengenyih suka. Ini Dahlia la. Dulu pernah bercita-cita nak jadi detektif atau ahli forensik, sebab itu dia suka tonton CSI dan dia akan gunakan ilmu itu hari ini.

Dengan lafaz Bismillah, Dahlia letak tapak tangan di atas permukaan dinding dan menekan bahagian itu dengan kuat. Dada berdebar kuat setelah bahagian yang ditekan bergerak ke dalam dan perlahan dinding itu bergerak.

Dahlia melompat setapak ke belakang apabila dinding itu terbuka dan sebaik saja terbuka luas... mulut Dahlia juga terbuka luas.

Di sebalik dinding terdapat Ray, Karl, Mike dan juga Eden... masing-masing kelihatan kalut bersama orang-orang Ray. Suasana begitu kecoh sekali.

Dahlia lihat ramai anak buah Ray cedera, darah di sana sini dan ada seorang doktor sibuk merawat mereka. Dahlia tutup mulut dengan tangan, tidak menjangka matanya melihat keadaan serupa lepas perang.

Karl yang baru menyedari kehadiran Dahlia juga hampir terjojol biji matanya. Dia mencuit Ray yang berada di sebelahnya. Ray yang sibuk memerhati keadaan anak buahnya berpaling melihat Karl dan Karl memuncungkan mulut menunjuk kehadiran Dahlia.

Apabila Ray memandang Dahlia, Dahlia yang membisu tadi terus menjerit melihat keadaan Ray yang...

Berdarah!!!

Thank you for reading and vote.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDOnde histórias criam vida. Descubra agora