Season 2???

3K 133 47
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang sahaja yang akan bertakhta di hatinya. Dan selamanya tetap dia.

Hannah Issabell.

Hanya wanita itu. Wanita yang berjaya membuatkan diri dia hanyut dalam kebahagian. Wanita itu mengajarnya erti sayang dan cinta. Dan cintanya terhadap wanita itu tak kan pernah hilang meskipun wanita itu telah tiada dan tak kan muncul kembali di dalam hidupnya.

Hanim Arrabell.

Wajahnya yang hampir seiras dengan arwah isterinya membuatkan dia tidak tentu arah. Siapa wanita itu? Bagaimana rupanya boleh hampir sama dengan wajah arwah isterinya.

Semakin dia melihat wajah itu, semakin terubat rindu dia pada Hannah. Dia, Hanim Arrabell. Kehadirannya sedikit sebanyak menyinarkan kembali hidup Mikael.

"Siapa sebenarnya kau, Hanim?"

"Kenapa kau nak tahu?"

"Sebab wajah kau persis arwah isteri aku."

Gadis itu kasar. Tidak seperti Hannah yang agak lembut orangnya. Senang cerita, Hannah dan Hanim ibarat langit dengan bumi. Jauh sekali perwatakan mereka.

Sekasar-kasar gadis itu, dia menderita secara mental dan fizikal. Terlalu banyak lebam pada tubuh badan gadis itu sehingga membuatkan hati Mikael sakit. Dalam fikirannya, dia fikirkan Hannah. Bagaimana jika wanita kesayangannya itu berada di tempat gadis itu. Pasti dia tidak akan duduk diam.

"Kalau kau rapat dengan aku semata-mata kerana muka aku ada iras arwah isteri kau, baik kau pergi aje lah."

"Izinkan aku memperisterikan kau, Hanim Arrabell."

Mungkin gadis itu kasar dan agak menyakitkan hati Mikael. Tapi siapa sangka? Takdir Allah. Mereka tetap bersama dalam satu ikatan yang sah.

"Aku masih cintakan arwah isteri aku, Hanim."

Season 2 untuk CINTA SEBENAR MIKAEL. SILALAH JENGUK JIKA ADA MASA LAPANG. 😆😆😆

JIKA ADA YANG TAK PUAS HATI LAGI DENGAN MIKAEL, DIPERSILAKAN UNTUK BACA SEASON 2. DIA TAK LAYAK NAK BAHAGIA YE!!! ;)

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Where stories live. Discover now