BAB 35

4.6K 344 154
                                    

Mikael memegang tangan Hannah yang tidak henti henti menampar pipinya. Pipi Hannah diusap lembut.

"Sakit nanti." Dia mencium sekilas pipi Hannah. Air mata bertakung di tubir mata.

"Awak tipu saya kan?" Mikael tersenyum sebelum dia menggelengkan kepalanya.

"Tak, sayang. Abang tak tipu." Jatuh setitis air mata Hannah. Lantas dia memeluk Mikael kuat. Mikael membalas pelukan itu.

"Saya mimpi ke?" Mikael ketawa kecil. Dia menggeleng.

"Tak, sayang. Sayang tak mimpi." Dia mengelus lembut rambut Hannah. Hannah tersenyum kecil. Dia gembira. Sebelum dia tersedar sesuatu. Perlahan lahan dia meleraikan pelukan itu. Dia memandang tepat pada mata Mikael.

"No! Tak boleh. Anak awak dengan dia macam mana? Siapa yang nak tanggung dia?" Hannah lupa akan hal ini.

"Itu bukan anak abang." Hannah mengerutkan dahi. Tak faham dengan apa yang Mikael maksudkan.

"Huh? Apa ni? Tak faham." Mikael masih lagi dengan senyuman kecilnya.

"Itu bukan anak abang. Abang tak pernah buat apa apa pun pada Lia. Cuma..." Mikael berhenti seketika. Hannah menanti penuh sabar.

"Cuma?" Mikael mengambil nafas.

"Sayang ingat gambar yang abang pernah bagi dekat sayang dulu?" Hannah cuba untuk mengingat? Gambar? Dia mengangguk.

"Ada. Ada."

"Gambar itu memang betul." Berubah sedikit air muka Hannah. Dia ingatkan gambar itu edit.

"Abang tak nafikan. Dulu abang bodoh. Abang pernah tidur dengan dia. Tapi, hanya sekadar tidur. Tiada apa yang lebih." Dia memandang Hannah. Dari pandangan Hannah terhadapnya, dia tahu Hannah curiga dengan dia.

"Sumpah, sayang. Kami tak buat lebih pun. Lagipun benda itu dah lama. Waktu kami habis SPM." Hannah menghela nafas.

"Habistu. Anak yang Lia kandungkan itu, anak siapa?" Mikael diam.

"Abang tak rasa abang yang patut cerita hal ini pada Hannah. Apa kata sayang ikut abang pergi office. Biar Lia yang bagitahu perkara sebenar pada sayang." Hannah mengangguk. Dia nak tahu perkara sebenar. Mungkin apa yang diceritakan oleh mereka berdua adalah palsu, tapi sekurang kurangnya dia mendengar dahulu. Nanti, baru dia akan buat keputusan.

"Pergilah bersiap. Kita pergi office abang." Hannah ingin bergerak ke walk in closet, tapi Mikael menghalang laluannya. Hannah mengangkat sebelah kening.

"Kenapa?" Mikael meraih kedua belah tangan Hannah. Digenggamnya tangan kecil itu.

"Abang nak minta maaf. Sebab abang dah banyak sakitkan hati sayang. Dan pasal hari itu. Apa yang abang cakap dekat sayang itu, semua tipu. Bohong. Abang tak maksudkan pun semua itu. Abang sayangkan Hannah." Hannah memandang tepat pada mata Hannah.

Perlu ke dia percaya? Tangan yang digenggam ditarik semula.

"Maaf. Saya tak rasa saya boleh percayakan awak." Riak wajah Mikael berubah kecewa. Dia mengangguk.

"Tak apa. Abang faham. Salah abang juga sebab cakap macam itu pada sayang." Hannah diam. Dia pula yang rasa serba salah.

"Tak apa lah. Sayang bersiaplah dulu. Tapi, abang memang betul betul tak maksudkan apa yang abang cakap dulu." Hannah diam tidak membalas. Dia menuju ke walk in closet. Ingin menukar pakaiannya.

Mikael hanya memandang.

"Terima je lah Mikael. Siapa suruh buat isteri kau macam itu." Dia benci dengan dirinya sendiri. Bagaimana dia boleh buat macam itu pada Hannah? Bagaimana dia boleh berkata kata seperti itu pada Hannah? Mikael mengetuk kepalanya dengan tangan sebelum mengaduh sakit.

"Padan muka kau Mikael."







Lia terdiam melihat Hannah yang berada di dalam bilik Mikael. Lia teguk liur. Dia perlu berani berhadapan.

"Duduklah." Mikael mempelawanya duduk. Lia memandang Hannah. Hannah mengangguk. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Hannah. Gementar sungguh dia ketika itu.

"Kau terangkan lah semuanya pada Hannah." Lia mengangguk. Kedua dua belah tangannya digenggam. Lia mengambil nafas.

"Nak terangkan apa?" Tiba tiba dia rasa tak tahu nak terangkan apa. Mikael menepuk dahinya.

"Anak siapa tu?" Hannah memuncung ke arah perut Lia. Kalau orang yang lain lihat, mesti mereka tak tahu kalau Lia mengandung. Perut Lia tidak kelihatan seperti mengandung pun.

Lia tersenyum tawar. Dia mula menceritakan segalanya kepada Hannah. Semua yang dia pernah cerita kepada Mikael. Tiada satu pun yang tertinggal.

"Lia tak jumpa ke budak yang buat macam ini pada Lia?" Lia menggeleng.

"Lia tak tahu. Muka dia pun Lia tak berapa cam sangat. Waktu itu pun dah malam. Memang tak nampak." Lia menunduk. Perutnya diusap lembut.

"Lia tak tipu saya kan?" Lia menggelengkan kepalanya.

"Tak. Lia tak tipu Hannah. Kalau akak tak percaya kita boleh buat ujian DNA. Saya boleh bersumpah yang ini bukan anak Mikael." Lia siap mengangkat tangannya. Hannah pula masih buntu? Dia takut. Dia takut untuk percayakan mereka lagi.

Hannah memegang perut Lia. Dia mengusap sedikit perut itu. Lia terkejut dengan tindakan Hannah tapi dia hanya membiarkan.

"Dah berapa bulan?" Hannah memandang Lia. Lia tersenyum kecil.

"5 bulan." Membulat mata Hannah.

"Tak nampak bulat pun." Dia ingat baru 2 bulan. Lia hanya tersenyum.

"Habistu. Anak Lia nanti siapa yang nak jaga?" Lia diam seketika.

"Saya boleh jaga dia seorang diri. Asalkan, Mikael tak pecat saya. Kalau Mikael pecat saya, habislah saya dengan anak saya nanti. Tak ada duit nak makan." Lia sempat bergurau.

"Jangan risau. Aku tak kan pecat kau. Aku baik tau." Lia ketawa kecil. Hannah pula hanya tersenyum kecil.

"Tapi, Lia mampu ke jaga dia sorang sorang?" Lia mengangguk.

"Saya yakin saya boleh jaga anak saya sorang sorang. Mikael pun kata yang dia akan tolong saya apa yang patut." Lia yakin dia mampu untuk menjaga anaknya.

"Kalau macam itu..." Hannah diam seketika sebelum menyambung kata katanya.

"Lebih baik Lia kahwin je dengan Mikael. Saya izinkan." Mikael dan Lia serentak memandang Hannah. Hannah pula kelihatan tenang.

"Sayang, apa awak cakap ini? Saya tak kan kahwin dengan dia. Kan saya dah cakap." Hannah tersenyum kecil. Dia kelihatan tenang.

"Betul kata awak. Saya tak mampu nak bagi zuriat lagi untuk awak. Jadi kalau awak kahwin dengan Lia, awak akan ada anak walaupun anak tu bukan anak awak." Mikael menggeleng.

"No! Tak nak. Abang tak nak. Kalau pasal zuriat itu, abang minta maaf. Abang tahu abang salah sebab cakap macam itu pada Hannah. I'm so sorry." Hannah menggeleng.

"Tak perlu minta maaf. Saya sedar saya belum boleh bagi awak zuriat lagi. Lagipun kalau awak kahwin dengan Lia, senanglah kita nak jaga budak itu sama sama. Betul tak?" Lia menggelengkan kepala.

"Hannah. Jangan macam ini. Saya tak nak. Jangan sebab saya dengan anak saya, Hannah suruh Mika kahwin dengan saya." Hannah hanya tersenyum.

"Kahwinlah. Saya izinkan." Dia sepatutnya perlu izinkan Mikael kahwin dengan Lia sebelum ini. Sebab dia sedar, dia sakit. Bila bila masa sahaja dia akan dipanggil menghadap illahi.

Jadi, lebih baik Mikael kahwin dulu dengan Lia. Sekurang kurangnya, bila dia tiada di dunia ini nanti, Mikael akan tetap bahagia walaupun bukan dengannya.

Terima kasih sudi baca •}•
Kan saya dah cakap saya tak scam kali ni.
<33

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Where stories live. Discover now