BAB 13

3.7K 249 13
                                    

"Awak." Masam muka Hannah dibuatnya. Habis muka comel dia dah comot. Ini semua salah Mikael.

"Apa?" Tanya Mikael seperti tidak bersalah. Hannah memandang Mikael tajam.

"Muka saya dah comot tau. Ni semua salah awak." Hannah memuncungkan bibir. Mikael tersenyum. Ais krim ditangannya diambil sedikit sebelum dicalitkan kemukanya sendiri.

"Hah. Dah ni. Puas?" Hannah memandang. Dia menggelengkan kepala. Mikael mengangkat sebelah kening. Tak puas lagi?

Hannah mencalitkan sedikit ais krimnya ke muka Mikael. Macam ini baru sama. Mikael buat dia. Dia buat Mikael.

"Hah. Baru betul." Kata Hannah. Mikael menggelengkan kepalanya. Layan je lah isteri dia tu. Nasib sayang.

"Awak." Hannah memanggil setelah sekian lama mereka menyepi. Mikael memandang Hannah. Dia mengangkat keningnya. Rambut Hannah yang terjuntai diselitkan ke belakang telinga.

"Kenapa?" Tanya Mikael.

"Kita balik bila?" Hannah menyoal kembali. Mikael berkerut dahi.

"Macam dah tak nak duduk sini je." Balas Mikael. Hannah memukul lembut lengan Mikael. Dia menggelengkan kepalanya.

"Bukan macam itu lah awak. Saya tanya je." Jelas Hannah.

"Iya lah tu." Mikael memandang ke arah lain. Tak nak memandang Hannah. Saja ingin pura pura merajuk. Nak jugak tengok macam mana bini pujuk.

Pipi Mikael dicucuk berkali kali. Hannah ketawa kecil.

"Tak payah lah merajuk." Pujuk Hannah. Mikael masih memandang ke arah lain.

"Awakkk." Panggil Hannah meleret. Baru Mikael memandang.

"Hehe." Hannah tersengih memandang Mikael.

"Kita balik bila?" Tanya Hannah lagi.

"Hari ini." Jawab Mikael. Membulat mata Hannah.

"Alah cepatnya." Monyok muka Hannah dibuatnya. Dia ingatkan mereka di sini selama 3 hari. Rupanya dua hari je.

Kepala Hannah digosok.

"Nanti kita pergilah lagi. Okay? Lagipun kita datang sini tanpa dirancang pun." Pipi Hannah dicubit. Hannah menggosok pipinya. Sakit tau pipi dia kena cubit.

"Tak marah kan?" Tanya Mikael. Hannah menggelengkan kepalanya. Mikael tersenyum. Hannah membalas senyumannya.





Air mata laju keluar. Mengalir deras di pipinya. Hannah menangis teresak esak di dalam kereta.

"Ya Allah. Aku tak kuat." Dia hanya mengharapkan pertolongan dari Allah S.W.T sahaja.

Stereng kereta ditumbuknya kuat. Kepala disandarkan ke stereng kereta. Dia menangis lagi.

Entah berapa lama dia berkeadaan macam itu, dia mengangkat kepalanya. Air matanya di lap.

"Kau kuat Hannah. Kau kuat. Kau mampu harunginya." Kata Hannah. Ingin memberi kekuatan pada dirinya. Air mata yang ligat mengalir, dilap kasar.

"Mika tak perlu tahu pasal benda ni." Hannah tekad. Hal ini tak akan sampai ke pengetahuan Mikael.

Nombor Mikael didail.

"Hello." Hannah memulakan perbualan.

"Hai, sayang." Kata Mikael dengan ceria. Hannah tersenyum.

"Kenapa call?" Tanya Mikael.

"Saja. Abang sibuk ke?" Tanya Hannah kembali. Iya. Panggilan mereka sudah bertukar sejak sebulan yang lalu. Mikael yang memintanya untuk memanggil Mikael dengan panggilan abang.

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Where stories live. Discover now