BAB 28

3.5K 292 132
                                    

Pang.

Terpusing kepala Mikael. Dia memejam matanya. Dia penat sekarang ini. Dia baru je settlekan projek dengan Tuan Idrus. Dah lah syarikat Tuan Idrus hampir hampir batalkan perjanjian dengan syarikatnya.

Mikael mengangkat muka. Sedaya upaya dia menahan sabar. Dia menghela nafas kasar.

"Kenapa ini?" Nada suaranya masih tenang. Tapi dalam hati, hanya tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hati dia. Hannah tersenyum sinis.

"Huh. Kenapa ini? Seronok ke berpelukan?" Mikael mengerutkan dahinya. Berpelukan apa pula ni? Dia jadi pelupa tiba tiba.

"Tak faham." Dia terlampau penat sekarang ini. Dia rasa nak tidur je.

"Jangan buat buat tak faham. Best sangat ke berpelukan dengan Lia? Dekat rooftop pula itu." Mikael diam. Dari mana Hannah tahu?

"Saya tak nak gaduh." Dia berjalan melepasi Hannah. Tapi Hannah cekap menangkap pergelangan Mikael.

"Apa yang tak nak gaduh? Awak yang mulakan pergaduhan tau. Bukan saya." Marah Hannah. Mikael mengangguk.

"Dah habis dah?" Hannah memandang tidak percaya. Tak sangka Mikael macam ini.

"Mikael!" Jerit Hannah.

"Cukup! Aku penat lah. Aku nak rehat. Tak ada tenaga lah aku nak gaduh." Tempik Mikael. Hannah terdiam. Dia menggenggam hujung bajunya. Mata sudah mula berkaca kaca. Mikael berjalan melepasi Hannah. Tiada masa dia nak layan Hannah. Dia terlalu penat.

Bam.

Terpejam mata Hannah mendengar hempasan pintu dari biliknya. Air matanya mengalir.

"Sampai hati abang."







"Petang ini aku datang dengan Lia." Itu yang Mikael kata sebelum dia keluar pergi kerja pagi tadi. Hannah diam. Nak balas pun tak ada guna.

Dari tadi Hannah memandang ke arah jam di dinding. Menunggu bila Mikael akan tiba. Dan dia yakin, pasti akan ada Lia bersama Mikael nanti.

"Assalamualaikum." Hannah memandang. Seperti yang dijangka, Lia ada bersama dengan Mikael. Salam itu hanya dijawab di dalam hati.

Mikael dan Lia duduk bersebelahan di sofa di hadapannya. Dia yang tengok rasa panas.

"Kitorang akan kahwin." Hannah memandang Mikael tak percaya.

"U-ulang." Dia meminta untuk Mikael mengulang kata katanya. Macam salah dengar pulak tadi.

"Kitorang akan kahwin." Mikael mengulang. Riaksinya hanya kosong.

"Jangan buat saya macam ini, Mikael." Hannah memohon. Air matanya sudah mula bertakung. Hanya menunggu masa untuk jatuh. Lia yang melihat situasi itu, berasa serba salah.

"Lia mengandung." Hannah tergamam.

"Anak aku." Lia menggelengkan kepala.

"Tak bukan-" Mikael memandangnya tajam. Lia terus terdiam.

"Korang. Korang terlanjur?" Mikael mengangguk. Lia pula ingin menggeleng tetapi dia perasan akan pandangan Mikael.

Hannah bangun dari duduk. Dia mendekati Mikael.

Pang.

Mikael memejam matanya. Air mata Hannah sudah mula jatuh.

"Sampai hati awak." Tangisan Hannah menjadi lebih kuat. Mikael diam. Dia rasa nak peluk Hannah sekarang dan memujuknya. Tak sanggup dia melihat air mata yang mengalir di pipi Hannah.

"Kalau kau tak percaya, aku ada bukti." Dia meletakkan semua bukti di atas meja. Menggigil tangan Hannah mengambil semua bukti itu.

Semakin deras air mata Hannah apabila melihat gambar Lia dan Mikael sedang berbaring di atas katil. Mikael dipandang tidak percaya.

"Kenapa? Kenapa kau buat aku macam ini, Mikael?" Dia mula memukul Mikael. Mikael menangkap tangan Hannah. Ingin saja dia menarik Hannah ke dalam pelukan, tapi dia tak boleh.

"Aku benci kau! Aku benci!" Hannah cuba meleraikan pegangan Mikael, tapi tak boleh. Kudrat lelaki lebih kuat dari perempuan.

Dia menjatuhkan kepala pada bahu Mikael.

"Kenapa? Benci sangat ke awak pada saya sampai buat saya macam ini?" Rintih Hannah. Mikael memejam matanya. Lia hanya memandang. Dia tak rasa dia patut masuk campur.

"Aku tak layak bahagia kan?" Mikael memandang ke atas. Menghalang air matanya dari jatuh. Dia menolak bahu Hannah. Agak kuat tolakan itu sehingga Hannah jatuh ke belakang.

Mikael meluru ke arah Hannah. Bukan niat dia nak buat Hannah jatuh. Air mata yang tidak berhenti turun, dilap kasar. Tapi usahanya itu agak sia sia kerana air matanya masih lebat menurun.

"H-hannah. Aba- Aku tak sengaja." Hannah tersenyum sinis.

"Puas? Puas tengok aku terseksa? Puas ke Mikael?" Tempik Hannah.

"Kau memang tak pernah suka aku kan. Selama ini kau hanya berpura pura je kan?" Mikael ingin menggeleng, tapi lain pula yang dia buat. Dia mengangguk.

"Iya. Aku memang tak pernah suka dekat kau. Kau itu cuma tempat hilang bosan aku je." Hannah tergamam. Tak sangka Mikael akan cakap macam itu padanya.

"Mika." Mikael memandang ke arah lain. Lia memegang bahu Mikael. Mikael memandang.

"Kau dah melampau." Lia menegur. Bukan macam ini rancangan mereka.

"Jangan masuk campur." Lia diam. Dia jatuhkan tangannya dari bahu Mikael. Hannah yang melihat rasa makin ingin menangis.

"Jadi, ceraikan aku." Pandangan mereka tertumpu kepada Hannah.

"Huh?" Hannah mengambil nafas. Air matanya dilap kasar. Jangan menangis Hannah. Jangan nangis.

"Ceraikan aku. Kau dah ada dia kan. Jadi, kau ceraikan je lah aku." Pandangan Hannah bertukar tajam. Mikael menggelengkan kepala.

"Tak. Aku tak kan ceraikan kau. Dah berapa kali aku kata, aku tak kan pernah lafazkan cerai." Dia tak sanggup. Dia tak nak Hannah pergi jauh darinya.

"Kenapa? Aku dah cukup terseksa Mikael. Kau nak apa lagi daripada aku?" Air mata Hannah turun lagi.

"Apa kau nak tengok aku mati dulu baru kau puas?" Mikael diam. Mereka berdua bersabung pandangan.

"Aku nak kau tengok aku kahwin dengan Lia." Hannah ketawa sinis.

"Kenapa aku perlu tengok? Aku tak nak." Hannah bangun. Dia meluru ke arah Mikael. Dada Mikael ditumbuk berkali kali.

"Ceraikan aku, Mikael. Ceraikan aku. Aku dah penat Mikael. Penat sangat. Sumpah aku penat." Mikael hanya membiarkan Hannah menumbuk dadanya. Dia layak dapat semua itu.

"Kau nak kahwin sangat kan dengan Lia. Kahwinlah. Tapi ceraikan aku." Hannah berhenti memukul. Dia mendongak memandang Mikael.

"Ceraikan aku." Mikael menggelengkan kepalanya. Air mata Hannah tidak berhenti turun. Dia memandang ke arah Lia pula.

"Kau." Dia menunjuk ke arah Lia. Lia terkejut.

"Semalam kau acah baik dengan aku. Minta maaf bagai. Hari ini?" Hannah tersenyum sinis.

"Tak puas ke sakitkan hati aku?" Perlahan nada suara Hannah. Lia menggeleng.

"Hannah." Hannah mengangkat tangannya betul betul di hadapan muka Lia.

"Diam. Aku tak nak dengar suara kau." Hannah memandang Mikael dan Lia silih berganti.

"Cukup. Cukuplah dengan semua ni. Korang nak buat apa pun, korang buatlah. Aku tak kan halang." Hannah pasrah. Dia terlampau penat sekarang. Cukup cukuplah dengan semua ini.

"Balik. Balik!" Jerkah Hannah. Tak cukup dengan itu, dia menolak badan Mikael. Mikael memegang lengan Lia. Mereka berdua keluar dari rumah itu. Sempat Mikael berpaling memandang Hannah yang sudah terduduk di atas lantai.

Maafkan abang, sayang.

Terima kasih sudi baca •}•
Bab ini merepek sikit. Tiber!
Btw, saya rasa saya nak cuti sekejap dari menulis. Tak lama pun. Seminggu je. Kalau saya rajin saya update.
Bye awak awak semua.👋





CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang