BAB 42

5.4K 361 116
                                    

Sudah beberapa hari dia mencari Hannah, tapi tetap tidak jumpa. Merata dia mencari. Termasuk rumah rakan rakan Hannah.

Sekaran dia duduk bersama mummynya. Dia sunyi jika duduk di rumahnya sendiri. Sorang sorang tanpa Hannah di sisinya.

"Abang." Mikael memandang. Dia mengangkat sebelah kening.

"Apa benda kau nak?" Melisa diam. Dia masih keliru sama ada ingin bagitahu Mikael atau tidak? Dia cuba sekali sahaja. Kalau Mikael tak nak dia tak kan tanya lagi.

"Besok kan. Aku nak pergi majlis kahwin kawan aku. Kau nak ikut aku tak?" Dia berharap sangat Mikael setuju. Kerana dengan cara itu sahaja Mikael boleh jumpa Hannah.

"Tak." Melisa mengeluh. Terlepaslah peluang Mikael ingin bertemu Hannah.

"Tapi..." Dia berhenti berkata kata.

"Dah lah. Nak pergi, pergi je lah sorang. Aku tak nak." Mikael terus bangun. Dia berjalam melepasi Melisa. Kaki melangkah manaiki tangga menuju ke biliknya.

Melisa mengeluh lagi sekali. Dia nak Mikael berjumpa dengan Hannah sebelum Hannah menjalani pembedahan.








Berpeluh rasa tangannya. Tangan digenggam berkali kali. Nafas ditarik dan dihembus.

"Tenang." Dia ketawa kecil. Masalahnya tak boleh tenang dah ni. Nafas ditarik dan dihembus lagi.

"Dah sampai ke pengantin perempuan?" Yang lain menggeleng. Radi sudah berpeluh. Tolonglah jangan jadi macam dekat drama akasia TV3. Pengantin perempuan larikan diri.

"Pengantin perempuan dah sampai." Dia memusingkan kepala. Jelas pengantin perempuan di hadapan sekali. Radi tergamam. Itu... Bakal isterinya ke?

Asal cantik sangat?

"Radi pandang kau wei." Roziana tersenyum malu. Hannah di sebelahnya pula, tak henti henti dengan usikan sehingga dia naik malu.

Roziana duduk di tempat yang di khaskan untuk pengantin perempuan. Dari tadi, Radi memandangnya tidak lepas.

"Ehem." Tok kadi berdehem membuatkan Radi tersentak kecil. Dia tersengih kecil. Tok kadi menggelengkan kepala.

"Sabar. Belum sah lagi. Nanti dah sah, tenunglah puas puas." Roziana dan Radi sama sama malu. Wajah merah Roziana semakin memerah.

"Boleh kita mula?" Beberapa orang mengangguk. Tok kadi menghulurkan tangannya. Radi menghembus nafas.

Tenang Radi. Tenang. Jangan cemas.

Tangan tok kadi di salam.

"Sejuknya tangan." Radi menunduk. Agak malu. Orang lain pula hanya ketawa. Begitu juga dengan pengantin perempuan.

"Kita mula ye?" Radi mengangguk.

"Radi Zulkifli bin Ahmad Adam."

"Iya saya." Tangan di terasa terketar ketar.

"Aku nikah kan dikau dengan Nur Roziana binti Fuad dengan mas kahwinnya 250 ringgit tunai." Radi mengambil nafas. Dia yakin dia boleh.

"Aku terima nikahnya Radi Zulkifli bin Ahmad Adam. Eh?" Yang lain ketawa. Radi memejam matanya. Apa kena dengan kau ni Radi.

"Nervous sangat kamu ye. Tenang. Tarik nafas, hembus. Kita cuba sekali lagi ye?" Radi mengangguk. Dia memandang Roziana sekilas. Roziana tersenyum ke arahnya.

"Radi Zulkifli bin Ahmad Adam." Radi mengangguk.

"Iya saya."

"Aku nikah akan dikau dengan Nur Roziana binti Fuad dengan mas kahwinnya sebanyak 250 ringgit tunai." Radi menghembus nafas. Kau boleh Radi! Kau boleh!

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Where stories live. Discover now