BAB 33

4.2K 338 87
                                    

Music Studio

Tempat ini lah yang dia pergi untuk berlatih sebelum dia bergelar seorang penyanyi. Hanya dia yang tahu tempat ini. Roziana juga tidak tahu tentang studio ini.

Dia menolak pintu kaca itu. Kaunter dilihat. Tiada orang. Hannah memandang sekeliling.

Loceng yang ada pada meja kaunter ditekan. Beberapa saat kemudian, baru lah dia melihat seseorang yang dikenalinya menghampiri kaunter.

"Iya, boleh saya bantu?" Dia tersenyum memandang Hannah. Hannah diam. Dia senyum sedikit. Perempuan itu diam. Dia meyepetkan matanya sebelum dia tersedar.

"Ya Allah. Hannah ke?" Perempuan itu membulatkan matanya. Hannah ketawa kecil dengan reaksi kak Hajar.

"Iya kak. Saya lah itu. Hannah." Kak Hajar terus memeluk Hannah. Sudah lama dia tak jumpa dengan Hannah. Kali terakhir mereka berjumpa pun beberapa tahun lepas ketika Hannah sudah bergelar sebagai seorang penyanyi. Waktu itu Hannah belum terkenal lagi. Dia masih mentah dalam dunia seni.

Hannah membalas pelukan kak Hajar.

"Rindu akak."

"Rindu Hannah juga." Mereka meleraikan pelukan.

"Hannah buat apa dekat sini?" Kak Hajar mula bertanya.

"Nak sewa studio untuk 1 jam." Kak Hajar mengerutkan dahi.

"Sewa studio? Kenapa Hannah tak pergi studio Hannah sendiri je?" Hannah tersenyum kecil.

"Saya dah berhenti jadi penyanyi kak. Mana boleh guna studio itu lagi." Dahi yang berkerut semakin dikerutkan lagi.

"Hannah dah berhenti jadi penyanyi? Kenapa? Akak ingat Hannah berhebti sementara je." Hannah menggelengkan kepalanya.

"Tak lah. Hannah berhenti selama lamanya. Tak larat nak jadi tumpuan orang ramai lagi." Dia tidak jujur. Dia berhenti kerana penyakitnya. Bukan sebab tumpuan orang ramai terhadapnya. 

"Alah, sayangnya. Bukannya mudah nak masuk dalam dunia seni ni." Hannah hanya tersenyum. Banyak pengorbanan yang dia buat waktu mula mula masuk ke dalam dunia ini. Tapi sekarang, dia akan lepaskan semua itu.

"Boleh tak ini Hannah sewa satu bilik?" Kak Hajar tersenyum.

"Mestilah boleh. Untuk Hannah semua boleh." Hannah ketawa kecil mendengarnya.

"Berapa kak satu jam?" Hannah bertanya. Dia sudah mengeluarkan beg duitnya.

"Bayar nanti je lah lepas guna." Hannah mengangguk.

"Nah. Ni kunci. Bilik dia dekat hujung itu. Itu bilik kegemaran Hannah kan dulu." Hannah mengangguk sambil tersenyum. Teringat pula yang dia pernah pergi sini dengan Mikael ketika awal perkahwinan dahulu.

"Ingat lagi akak ye." Kak Hajar mengangguk.

"Mestilah. Hannah kan adik kesayangan akak." Hannah ketawa kecil.

"Ok lah. Hannah masuk dulu." Kak Hajar mengangguk. Hannah menuju ke arah studio di hujung sekali. Kunci dimasukkan. Pintu dikuak besar. Dia masuk ke dalam sebelum kembali menutup pintu.

Lampu dibuka. Dia memandang sekeliling bilik. Sama. Masih sama macam dulu. Dia memandang ke arah dalam bilik tempat untuk menyanyi dan membuat rakaman.

"Awak duduk sini diam diam tau. Jangan nak mengacau. Dah lah sibuk nak ikut orang. Macam tak ada kerja je." Mikael buat pekak. Lantaklah Hannah nak bebel apa pun. Janji dia dapat pergi studio. Dah lah ini pertama kali dia masuk ke studio rakaman.

"Awak dengar tak?" Mikael mengangguk. Dia menepuk lembut kepala Mikael.

"Bagus." Mikael tersenyum kecil. Macam budak kecil pula Hannah melayannya.

Hannah masuk ke dalam bilik rakaman. Dia memilih lagu sebelum menyanyikannya. Mikael sembunyi senyum. Sedap Hannah nyanyi. Merdu je dengar.

Hannah tersenyum kecil mengenang kisah lama. Dia memandang ke arah sudut lain pula.

"Kau ni tak pandai main gitar lah." Hannah memandang Mikael tajam apabila Mikael merampas gitar dari tangannya.

"Suka hati je rampas gitar orang. Gitar lain kan ada. Kenapa tak ambil?" Mikael memandang gitar yang lain.

"Jauh. Malas nak ambil." Hannah menggulingkan mata. Malas je kerja.

Jari jemari Mikael mula bermain di gitar itu. Hannah menutup telinga.

"Ini lebih teruk daripada saya main. Cakap besar je. Padahal dua kali lima sama dengan saya." Hannah berura ura ingin mengambil gitar di pegangan Mikael kembali. Tapi Mikael menjauhkannya.

"Sabar. Tadi aku saja je. Dah lama tak pegang gitar. Jadi nervous sikit." Hannah memandang tak percaya.

"Eleh. Iya lah itu. Entah entah memang tak pandai main." Mikael diam. Lagi sekali, jari jemarinya bermain di tali halus pada gitar itu. Hannah terkedu. Dia tak boleh nafikan. Mikael pandai bermain gitar.

Habis sahaja dia bermain dia mengangkat sebelah kening memandang Hannah.

"Hebat kan aku main?" Katanya riak. Hannah menggulingkan mata.

"Biasa je." Mikael buat muka.

"Eleh, sebenarnya sedap kan. Sebab itu kau terdiam waktu aku main." Hannah tidak melayan. Dia pandang ke arah lain. Mikael pula yang geram melihatnya.

"Woi. Aku cakap ini." Hannah buat pekak. Tak nak layan Mikael.

"Woi. Kau dengar tak?" Hannah menjelirkan lidah ke arah Mikael. Hannah bangun. Dia menangkap pergelangan tangan Hannah.

"Kau nak pergi mana hah?" Hannah cuba untuk melepaskan pegangan Mikael.

"Ish lepaslah." Dia menggoyangkan tangannya. Mikael semakin mencengkam pergelangan tangan Hannah.

"Ish sakitlah." Dia tipu je. Tak sakit pun sebenarnya.

"Cakap dulu. Sedap ke tak aku main?" Hannah mengecilkan matanya.

"Erm, tak." Kali ini Mikael memeluk pula Hannah dari belakang. Terkejut Hannah dibuatnya.

"A-awak buat apa ni?" Dia pula yang seram.

"Aku main sedap ke tak?" Laju Hannah mengangguk. Takut Mikael buat benda yang bukan bukan pula selepas ini. Tak sanggup dia nak melayan nanti.

"Iya, iya. Sedap. Sedaaap sangat." Kepala Hannah digosok.

"Bagus." Mikael melepaskan pelukannya. Rasa tak puas pula nak peluk Hannah. Rasa mak peluk lagi.

Hannah ketawa kecil mengingatnya. Sebelum perlahan lahan tawanya mati.

"Hannah tak boleh bagi zuriat untuk Mika." Hannah ketawa. Mengejek diri sendiri. Perutnya diusap.

Air matanya jatuh. Hati dia sakit seolah olah ada pisau yang menusuk ke dalam hatinya. Dan pisau itu adalah kata kata Mikael.

Teresak esak dia menangis. Dia tak boleh mengandung ke? Ke dia mandul? Mulutnya ditekup. Tangisannya memenuhi di segenap ruang studio ini.

Dia melorot jatuh. Terduduk di atas lantai. Dia menunduk. Lantai ditumbuk kuat sehingga tangannya menjadi merah. Dia menangis semahu mahunya di situ. Memang dia sewa studio ini untuk menangis. Kerana di sini sahaja dia boleh menangis tanpa didengari oleh sesiapa pun.

Apa salah dia sehingga Mikael buatnya begini? Dia ni tak layak bahagia ke? Jika betul dia tak layak untuk bahagia, dia minta sangat untuk hilang dari muka bumi ini. Hilang dari semua orang.

Dia tak kuat. Dia terlalu lemah untuk semua ini.

"Ya Allah, kuatkan aku. Kuatkan hati aku untuk terima semua ini. Sabarkan hati aku dengan perangai suami aku. Bantu aku, Ya Allah."

Dia merintih dalam tangisan.

Terima kasih sudi baca <33
Boring sikit bab ini.
Korang mintak double update kan. Hah nah saya bagi.

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Where stories live. Discover now