BAB 3

4.6K 302 9
                                    

"Assalamualaikum." Mikael memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah. Dulu, ada yang akan menjawab salamnya, tapi sekarang dah tak ada. Hannah sudah berpindah ke rumah baru yang dibelikan oleh Mikael. Hanya apartmen sahaja. Tidak terlalu kecil, tidak terlalu besar. Cukup untuk Hannah tinggal seorang diri.

Mikael duduk di atas sofa di ruang tamu. Terpejam matanya. Dia memicit micit dahinya. Penat rasanya. Kepala dia juga pening. Banyak masalah yang perlu dia selesaikan. Dari hal dia dengan Melisa dan juga hal syarikat. Belum lagi hal dia dengan Hannah.

Bunyi deringan telefon menyentakkan Mikael. Mikael melihat nama si pemanggil dahulu sebelum menjawab. Hannah.

"Assalamualaikum awak." Hannah memberi salam dahulu. Mikael tersenyum kecil mendengar suara isterinya itu. Bagaikan penawar. Hilang tiba tiba rasa penatnya.

"Waalaikumsalam." Balas Mikael.

"Awak dah makan?" Tanya Hannah. Rutin hariannya untuk bertanya pasal hal itu kepada suaminya. Takut juga jika suaminya itu tak makan. Tak pasal pasal gastrik nanti.

"Dah tadi. Kau pulak? Dah makan ke?" Soal Mikael kembali.

"Belum lagi." Jawab Hannah. Berkerut dahi Mikael mendengarnya. Risau juga ada.

"Kenapa belum makan? Nanti sakit perut. Boleh kena gastrik tau." Kata Mikael. Meskipun mereka tiada rasa cinta di antara satu sama lain, tapi baginya Hannah tetap isteri dia. Walau apa pun, dia perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku terhadap isterinya itu.

"Nanti saya makan. Hari ini lambat sikit. Saya jumpa manager. Ada benda kena bincang. Awak tahu tak?" Tanya Hannah. Mikael tersenyum. Bermulalah sesi bercerita dan mengadu daripada Hannah.

"Apa?" Tanya Mikael kembali.

"Saya tak boleh masuk balik dalam dunia nyanyian secepat mungkin." Kata Hannah. Mikael mengerut dahinya.

"Why?" Soal Mikael lagi.

"Sebab dulu kan saya berhenti menyanyi secara tiba tiba. Kontrak pun dah terbatal. Jadi, kalau nak masuk balik dalam dunia nyanyian, saya kena tunggu lama. Nak kena tunggu kontrak baru lagi, nak kena minta izin ramai orang dan banyak lagi lah. Penatlah saya nak tunggu kalau macam ini. Tapi kan..." Hannah menggantungkan ayat membuatkan Mikael tertanya tanya.

"Tapi?"

"Tapi manager saya kata, disebabkan saya tak boleh nak keluarkan lagu baru dalam masa terdekat ni, dia suruh saya buat content dekat youtube. Buat je apa yang saya nak buat. Macam cover lagu ke, vlog ke, apa apa je lah. Asalkan ada content dekat youtube. Dari situ saya dapat buat duit sedikit." Sambung Hannah. Mikael yang mendengar tersenyum lebar. Suka dia mendengar Hannah bercerita. Tak jemu rasanya ingin mendengar walaupun perkara yang diceritakan hanya perkara biasa sahaja.

"Then, kau nak buat content apa untuk first video kau dekat youtube?" Tanya Mikael. Hannah diam seketika. Memikir.

"Erm. Cover lagu kut. Lagipun saya memang suka menyanyi. So, kalau saya buat cover lagu, peminat peminat saya nanti tahulah saya nak buat comeback." Ujar Hannah. Mikael mengangguk meskipun Hannah tidak nampak.

"Tapi kan awak." Kata Hannah lagi.

"Apa?" Tanya Mikael.

"Saya tak pernah tahu pun siapa bakal isteri awak. Awak tak nak bagitahu saya ke?" Tanya Hannah luar dari perbualan mereka yang tadi. Mikael berfikir.

Bagitahu atau tak?

"Dia tu sama jugak macam kau. Penyanyi dengan pelakon." Mikael membuat keputusan untuk memberitahu Hannah. Lambat laun, Hannah akan tahu juga.

"Sama macam saya? Hmmm, siapa?" Soal Hannah lagi.

"Cuba kau teka." Suruh Mikael. Hannah berfikir. Kerja sama macam dia? Siapa ye?

"Ni saya teka je tau. Tak tahu lah betul ke tak. Zana?" Pelakon perempuan yang berumur 30 tahun menjadi pilihan. Masih belum berkahwin. Dan ada juga desas desus yang mengatakan pelakon Zana sedang bercinta dalam diam. Siapa? Tidak diketahui. Sebab itu Hannah meneka orangnya Zana.

"No! Tak nak aku dengan dia. Tua sangat dari aku. Tak main lah aku dengan orang yang lebih tua ni. Bakal isteri aku tu sebaya dengan kau lah." Kata Mikael. Hannah berfikir lagi. Sebaya dengan dia. Dia terfikir kan seorang sahaja.

"Mel? Melisa?" Teka Hannah lagi. Mikael senyum.

"Bingo! Dia lah tu bakal isteri aku." Pandai isterinya itu meneka. Ini mesti sebab suami dia pandai.

"Seriuslah?" Tanya Hannah tidak percaya.

"Iya lah." Jawab Mikael. Tak percaya pulak bini dia ni. Hannah mengangguk. Tapi dia pelik, hati dia rasa sakit tiba tiba. Tidak tahu mengapa. Patut ke dia pergi hospital. Check dengan doktor. Mana tahu hati dia ada masalah ke?

"Oh, okay lah awak. Saya dah kena pergi ni. Bai. Assalamualaikum." Hannah meminta diri.

"Okay. Bai. Waalaikumsalam. Jangan lupa makan." Sempat Mikael berpesan sebelum Hannah memutuskan panggilan. Hannah memandang telefonnya. Dia mengeluh kecil. Tipulah jika dia kata dia tiada perasaan terhadap suaminya itu. Setahun perkahwinan mereka, layanan Mikael terhadap Hannah sungguh baik. Tidak pernah berkasar dengannya walaupun hati Mikael bukan untuk dia. Dan dalam masa setahun itu, Hannah gembira apabila bersama dengan Mikael. Seperti mereka berkahwin atas dasar cinta walaupun hakikatnya bukan sebegitu.

"Hati dia bukan untuk kau Hannah."






"Rozi!" Panggil Hannah kuat. Mana entah budak ni. Dari tadi panggil tak menyahut.

"Yes, Bell." Sahut Rozi atau nama sebenarnya, Roziana. Manager dia. Kenapa manager dia perempuan? Senang je. Dia tak berapa suka manager lelaki! Dan kenapa Rozi panggil dia Bell? Sebab nama panjang dia ialah Hannah Issabell. Pelik kan nama dia. Nak buat macam mana?  Parents dia yang bagi nama macam tu. Terima je lah. Lagipun Bell ialah nama pentas dia.

"Mana kau pergi? Dari tadi aku panggil tau!" Ujar Hannah geram. Roziana tersengih.

"Sorrylah. Tak dengar. Ni asal kau panggil aku?" Tanya Roziana.

"Kita pergi makan jom. Aku lapar." Kata Hannah sambil memegang perutnya.

"Kau belum makan ke dari tadi?" Tanya Roziana lagi. Hannah menggeleng. Roziana menepuk dahi.

"Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau belum makan? Ish kau ni lah." Rungut Roziana. Hannah tersengih.

"Hehe. Aku cari kau tak jumpa jumpa jumpa tadi." Terang Hannah. Roziana menggelengkan kepala.

"Apa guna telefon kau tu? Tak reti nak call aku ke hah?" Hannah memandang telefonnya. Tak terfikir pulak nak telefon Roziana.

"Lupa lah. Alah lagipun kau tu hah, pekak sangat. Orang panggil pun tak dengar." Balas Hannah. Benda boleh salah kan orang, buat apa salah kan diri sendiri kan? Betul tak?

"Dah lah. Jom kita pergi makan. Kau pergi lah bersiap dulu. Aku nak call Zoey kejap. Suruh ambil kita." Kata Roziana. Hannah mengangguk. Dia berlalu ke bilik persalinan. Ingin bersiap seperti yang disuruh. Boleh je kalau dia nak pakai baju t-shirt dengan seluar tracksuit. Tapi, disebabkan dia seorang artis, dia perlu menjaga imej diri.

Terima kasih sudi baca •}•

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Where stories live. Discover now