BAB 8

4K 292 18
                                    

Mikael termenung di pejabatnya. Dia memikirkan hal yang dia lakukan malam tadi. Muka diraup kasar.

"You're stupid, Mikael. Kalau dia benci kau macam mana?" Pipinya dilempang kuat. Geram akan dirinya sendiri.

Rambutnya dicengkam sebelum diserabaikan. Telefonnya dicapai.

"Nak call ke tak?" Soalnya pada diri sendiri. Sudahlah pagi tadi dia pergi tanpa pengetahuan Hannah. Mesti Hannah bencikan dia.

Bam

"Brother." Panggil seseorang. Hampir terlepas telefon ditangannya akibat terkejut. Dia menjeling orang yang tidak reti mengetuk pintu sebelum masuk itu.

"Aku cakap apa? Ketuk pintu sebelum masuk kan." Kata Mikael geram dengan Melisa.

"Wow. Terus kau, aku eh. Bukan I, You lagi." Mikael menjeling Melisa. Mereka hanya berkelakuan seperti biasa macam tiada apa yang berlaku semalam.

"Abanggg." Panggil Melisa meleret.

"Geli pulak aku dengar, Mel." Jujur Mikael. Melisa buat muka.

"Then, Mel nak panggil apa? Baby?" Tanya Melisa. Bersyukurlah sikit dia panggil Mikael abang. Lagipun, Mikael memang abang kandung dia. Mikael membuat muka geli.

"Panggil abang je lah." Suruh Mikael. Tak nak Melisa memanggilnya dengan panggilan baby. Mungkin jika sebelum sebelum ni, dia masih boleh terima. Tapi bila dia dah tahu yang Melisa ni adik dia, dia rasa geli.

"Okay." Melisa mengangguk.

"Asal datang sini? Nak apa?" Tanya Mikael sambil memandang ke arah Melisa. Melisa tersenyum.

"Mel bersyukur kita ni adik beradik kandung." Kata Melisa. Mikael berkerut dahi.

"Kenapa?" Tanya Mikael. Melisa tersenyum penuh makna.

"Kalau tak mesti kita akan kahwin. Dan bila kita dah kahwin, automatik Melisa jadi isteri nombor dua." Balas Melisa. Mikael mengangguk setuju tanpa sedar. Melisa tersenyum sinis. Beberapa saat kemudian, baru Mikael sedar. Dia memandang Melisa inginkan jawapan.

"H-how?" Soal Mikael. Melisa ketawa kecil. Telefonnya ditunjukkan kepada Mikael.

"Tengok. Your wife post gambar dekat Instagram lah." Post terbaru Hannah di Instagram ditunjukkan kepada Mikael. Membulat mata Mikael.

"Macam mana kau tahu dia isteri aku?" Tanya Mikael dengan muka yang terkejut. Tapi cukup untuk membuatkan Melisa tergelak.

"It's not funny. Bagitahu aku macam mana kau tahu dia isteri aku?" Tanya Mikael garang. Melisa tersenyum.

"Guess what? I think your wife dekat rumah Mummy sekarang. Mungkin tengah bersoal jawab dengan mak mertua dia." Jawab Melisa tenang. Mikael mengerutkan dahi.

"Maksud?" Melisa memandang Mikael tanpa menjawab. Cukup dari pandangan Melisa, Mikael faham maksudnya. Kunci kereta di ambil sebelum dia keluar dari pejabatnya menuju ke tempat letak kereta.

Enjin kereta dihidupkan.

Bam.

"Kenapa ikut aku?" Tanya Mikael kepada Melisa yang tiba tiba masuk ke dalam keretanya.

"Biarlah. Boleh Mel tengok kakak ipar Mel." Mikael menjelingnya. Malas mahu melayan. Keretanya meluncur laju di atas jalan raya. Destinasinya cuma satu. Rumah mummy!




Semua yang berada di ruang tamu memandang tepat ke arah Mikael. Mikael memandang sekeliling mencari isterinya.

"Kenapa Mika datang sini? Ada apa apa yang Mika cari ke?" Tanya Mummy dengan penuh makna. Melisa yang baru masuk ke dalam rumah juga turut tersenyum sama. Mikael memandang Melisa.

"Mana dia?" Tanya Mikael separa berbisik. Melisa mengangkat bahu tidak tahu. Dia berjalan melepasi Mikael dan duduk di atas sofa bersama keluarganya.

"Duduklah Mika." Arah mummy. Mikael gigit bibir bawah. Dia kena tipu ke apa ni? Mikael berjalan mendekati mereka semua. Dia duduk di atas sofa.

"Kenapa datang sini tiba tiba?" Tanya mummy. Mikael menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ouh tak. Kan semalam macam macam jadi. So, Mika datang nak jumpa mummy. Mana lah tahu mummy tak okay kan sebab hal semalam." Jawab Mikael tidak jujur. Hanya alasan itu yang terlintas di fikirannya. Melisa ketawa kuat. Mikael menjegil mata ke arah Melisa.

"Mummy okah je lah. Jangan risau." Balas Puan Marisa. Dia tahu Mikael tidak jujur. Tapi tidak mengapa. Kita layankan sahaja.

"Ouh. Okay." Kata Mikael. Tidak tahu ingin membalas apa. Makin kuat ketawa Melisa.

"Aduh. Apa lah kau ni bang." Kata Melisa sambil ketawa. Tuan Malik dan Puan Salina tersenyum melihat keadaan Melisa dengan Mikael. Fikirnya, mereka berdua akan kekok untuk berbual. Tetapi tidak. Malah lebih dekat.

"Mikael Harfiy." Puan Marisa memanggil. Mikael memandang mummynya. Kenapa panggil nama penuh dia ni?

"Err. Iya mummy." Jawab Mikael. Dia tidak rasa tenang sekarang. Lagi lagi apabila semua mata kini tertumpu kepadanya.

"Kenapa pandang Mika macam tu?" Soal Mikael. Satu satu orang yang berada di ruang tamu itu dipandang.

"Kesianlah mummy dekat abang. Apa kata kita straight to the point je." Kata Melisa. Mikael memandang Melisa sebelum ke arah Mummynya. Mereka dah tahu ke?

"Kenapa ni? Janganlah buat Mika takut." Ujar Mikael.

"Mikael Harfiy." Panggil Puan Marisa lagi sekali.

"Err, iya."

"Ada apa apa yang Mika sorokkan daripada mummy?" Tanya Puan Marisa. Mikael terkedu. Dia mengerti sekarang. Mummy tahu! Dan dia yakin, semua yang berada di sini juga tahu!

"Mummy, Mika-" Mikael memberhentikan kata katanya apabila seseorang memberi salam.

"Assalamualaikum." Puan Marisa tersenyum.

"Itu mesti menantu mummy." Kata Puan Marisa. Puan Marisa bangun dari duduk. Dia menuju ke pintu rumah.

"Waalaikumsalam. Jemputlah masuk Hannah." Jemput Puan Marisa. Hannah mengangguk. Dia masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah, semua orang memerhatikannya. Dia mula berasa canggung.

"Duduklah Hannah." Hannah mengangguk. Dia memandang ke arah sofa yang sudah penuh. Hanya tinggal di sebelah Mikael sahaja yang kosong. Tersedar akan kehadiran Mikael, serta merta mukanya memerah. Teringat akan hal semalam yang mereka lakukan bersama. Mikael tersenyum kecil. Comel.

"Duduk je sebelah Mikael tu. Jangan malu malu. Suami sendiri kan." Kata Puan Marisa. Membulat mata Hannah.

"Jangan bulatkan mata tu sangat. Mummy tahu lah." Kepala yang tidak gatal digaru. Dia duduk di  sebelah Mikael. Puan Marisa juga turut duduk ditempatnya tadi.

"So, mummy rasa mesti semua dah tahu apa yang mummy nak cakapkan." Semua disitu memngangguk.

"Jadi, ada apa apa yang kamu berdua nak bagitahu mummy?" Tanya Puan Marisa. Matanya memandang ke arah anak lelaki dan menantunya itu. Hannah teguk liur. Dia memandang ke arah Mikael. Pada masa yang sama, Mikael juga turut memandang ke arahnya. Mukanya kembali memerah.

"Okay. Mummy nak tahu apa?" Tanya Mikael kembali.

"Kenapa duakan Mel?" Melisa menyampuk. Semua mata tertumpu kepada Melisa.

"Sibuklah kau." Balas Mikael. Melisa membuat muka tak puas hati.

"Eh. Ingat sikit eh. Kalau Mel tak jadi kahwin dengan abang, Mel tak kan tahu tau yang abang dah kahwin." Kata Melisa tidak puas hati. Mikael hanya membuat muka kosong.

"So?" Tanya Mikael seperti tidak kesah. Melisa menarik nafas dalam. Rasa nak carik carik je muka abang dia itu.

"Macam mana boleh kahwin? Tanpa pengetahuan mummy pulak tu." Tanya Puan Marisa. Mikael menghembus nafas kasar.

"Kami kena tangkap basah." Mereka yang berada di situ terpempan dengan kenyataan yang didengari mereka.

Terima kasih sudi baca •}•

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Where stories live. Discover now