BAB 44

7.4K 384 208
                                    

Air mata jatuh tidak henti henti. Hati dia seakan tertusuk dengan pisau. Jiwanya rasa kosong. Kebahagiaan dia sudah hilang.

Batu nisan itu dipegang. Nama yang terukir pada batu nisan itu dilihat dan disentuh.

Hannah Issabell binti Muhammad Borhan
1997-2022

"Kenapa tinggalkan abang, sayang?" Tanah disentuh.

"Sayang dah janjikan tak nak tinggalkan abang." Mikael menangis dan terus menangis.

"Sayang tak sayang abang ke?" Mikael lemah. Dia lemah tanpa isterinya di sisi. Dia nak Hannah. Dia nak isteri dia.

"Sayang. Bangunlah. Keluarlah dari sana. Bangunlah balik." Orang mungkin akan fikir dia gila. Dia juga rasa begitu. Dia mungkin akan betul betul jadi gila. Dia nak Hannah!

Bahunya disentuh dari belakang. Dia hanya membiarkan.

"Mika. Mari balik, sayang. Hannah dah tak ada. Jangan meratapi pemergian dia. Tak baik. Tak tenang dia nanti." Puan Marisa mencuba untuk menenangkan Mikael. Dia tak sampai hati tengok anak lelakinya menjadi seperti ini.

"Mummy. Hannah mummy. Mika nak Hannah." Puan Marisa memeluk anak lelakinya itu.

"Dia dah tak ada, Mika. Redha dengan pemergian dia." Mikael menangis tanpa hati. Beginikah rasanya ketika dia menyakiti Hannah? Tapi Hannah lebih menyakiti dirinya. Hannah pergi dari hidupnya. Tanpa sempat dia jumpa dengan Hannah buat kali terakhir, Hannah sudah pergi dari hidupnya.

Buat selama lamanya.




Pendrive yang Jauhar bagi pada 2 minggu yang lepas dibelek. Dia kata pendrive ini daripada Hannah. Hannah suruh Jauhar beri pendrive ini kepadanya sekiranya Hannah tidak dapat bertahan ketika menjalani pembedahan.

Dan di sini Mikael berada. Di hadapan laptop di ruang tamu rumahnya dengan Hannah. Baru hari ini dia rasa ingin membuka pendrive itu. Dia nak tahu apa yang Hannah berikan padanya.

Dalam pendrive itu, hanya ada satu video. Dia tekan di bahagian video itu.

"Dah start ke? Macam dah. Hai abang. Assalamualaikum. Ni isteri abang, Hannah Issabell." Hannah ketawa kecil di dalam video itu. Mikael tersenyum hambar. Dia rindu ketawa Hannah.

"Abang. Di saat abang tengok video ini, itu maknanya Hannah dah tak ada. Hannah rakam video ni pada tarikh 25 hari bulan. Beberapa hari saja lagi, Hannah akan menjalani pembedahan." Hannah menghembus nafas.

"Abang. Hannah tak berapa yakin yang Hannah dapat bertahan ketika pembedahan dilakukan. Hannah tak rasa Hannah akan hidup lama. Sebab itu, Hannah buat video ni. Kalau Hannah masih ada di atas muka bumi ini. Masih bernafas dengan lancar. Hannah akan pastikan abang tak jumpa video ni. Jika abang jumpa, maknanya Hannah sudah tiada."

"Abang." Lembut dia memanggil dalam video itu.

"Abang. Hannah minta maaf sangat sangat sebab keluar rumah tanpa bagitahu abang. Hannah rasa berdosa sangat. Maaf sebab paksa abang kahwin dengan Lia. Hannah cuma nak abang bahagia waktu Hannah sudah tiada dengan abang."

"Macam mana abang nak bahagia kalau sayang tak ada dekat sisi abang?"

"Abang. Hannah harap sangat abang dapat maafkan Hannah. Hannah minta maaf sangat sangat. Hannah rindu abang. Kalau boleh, Hannah nak sangat jumpa abang sebelum Hannah buat pembedahan. Tapi Hannah takut. Hannah takut kalau Hannah jumpa abang, Hannah akan ubah keputusan Hannah untuk buat pembedahan." Air mata Hannah yang mengalir di pipi membuatkan hati dia sakit. Air matanya jatuh tanpa sedar.

"Abang. Hannah harap abang dapat terima kalau Hannah dah tak ada nanti. Abang kena janji dengan Hannah, abang tidak akan menangis. Janji dengan Hannah, abang tak kan meratapi pemergian Hannah. Abang, Hannah nak minta sesuatu pada abang. Abang lupakan Hannah ye? Cari pengganti Hannah. Sayang dia macam mana abang sayang Hannah. Kalau boleh, sayang dia lebih dari abang sayang Hannah." Hannah tersenyum manis di dalam video itu.

"Tak mungkin abang boleh lupakan sayang. Sayang begitu berharga dalam hidup abang."

"Wahai jantung hati saya. Mikael Harfiy bin Malik. Saya, Hannah Issabell binti Muhammad Borhan, cintakan awak dengan sepenuh hati saya. Awak mungkin bukan orang pertama yang menjadi cinta hati saya, tapi awak ialah orang yang terakhir mendapat hati saya. Dan selama lamanya hati saya milik awak. Salam sayang, abang. Hannah sayang abang. Sangat sangat sayang." Hannah mengukir senyuman yang paling manis untuk suaminya sebelum rakaman video itu terhenti.

Esakan dari seorang Mikael memenuhi ruang tamu rumah itu.

"Ya Allah. Macam mana aku boleh hidup tanpa dia? Aku sayang dia Ya Allah. Kenapa kau ambil dia? Kenapa kau tak ambil aku? Aku sudah menyakiti isteri aku, jadi nyawa aku yang sepatutnya kau ambil. Bukan dia." Dia seperti tidak mempercayai takdir. Dia terlalu sayangkan Hannah. Tidak! Dia cintakan Hannah.

Cinta sangat sangat.

Sebab Hannah...

Cinta Sebenar Mikael...

Tamat!!!


Terima kasih sudi baca <33
Btw saya ada dua soalan untuk korang. Jawab kedua duanya.
1) Nak saya buat epilog tak? Sebab epilog dia akan jadi happy ending. Kalau korang lebih suka sad ending, korang boleh baca sampai sini je.
2) pilih. Nak my mr. Polar bear atau lelaki yang aku cinta.
Pilih tau korang!!
Maaf ye, kali ini chapter agak pendek. Sebab? Dah tak ada idea. Hannah pun dah mati, padanlah muka dia. Siapa suruh hidup? Ehhh--

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Where stories live. Discover now