BAB 17

3.6K 254 4
                                    

Tiga hari Hannah menghilangkan diri. Dia menetap di rumah Roziana. Syukurlah Roziana mengizinkan untuk menumpang dirumahnya buat sementara waktu. Semua benda yang terjadi, tidak diceritakan kepada Roziana. Hannah cuma kata yang dia bergaduh dengan suaminya.

Terkejut Roziana bila tahu yang Hannah sudah berkahwin. Pelbagai soalan diajukan kepada Hannah tapi Hannah hanya diam. Roziana berhenti bertanya apabila melihat Hannah diam tidak menjawab. Dia faham. Hannah perlukan masa.

"Kau tak nak balik rumah kau ke?" Roziana menegurnya. Tak elok jika seorang isteri keluar rumah tanpa izin suami.

"Kau halau aku ke?" Hannah memandang Roziana. Roziana mengeluh kecil. Dia mengambil tempat di sebelah Hannah.

"Aku bukan nak halau kau tau. Tapi masalahnya sekarang ni, kau itu isteri orang. Bukan anak dara tau. Tak elok keluar rumah tanpa izin suami." Hannah diam. Benar kata kata Roziana, tapi tidak semudah itu. Hati dia masih sakit.

"Maaf susahkan kau." Roziana berdecit.

"Aku tak cakap kau susahkan aku Hannah. Lagipun aku suka apa kalau kau duduk sini. Teman aku, borak dengan aku. Sekurang kurangnya ada lah member yang boleh di ajak borak. Tak ada lah aku sorang sorang dekat rumah kan?" Roziana senyum. Hannah hanya membalas senyuman itu walaupun senyumannya nampak terpaksa.

Dia kembali memandang kaca tv. Apa yang disiarkan langsung Hannah tidak peduli. Fikirannya ke arah lain.

"Aku tak fahamlah. Korang ada masalah apa sebenarnya sampai kau jadi macam ini?" Geram pula Roziana dengan Hannah.

"Cuba kau cakap dengan aku. Bagitahu aku. Mana tau aku boleh tolong." Hannah menggeleng.

"Tak ada apa apa lah. Masalah rumah tangga." Hannah tidak mahu orang lain tahu. Biarlah dia dengan Mikael yang selesaikan perkara ini. Orang lain tak perlu tahu.

"Bila orang suruh cerita, tak nak. Lepastu sakit sorang sorang. Termenung je 24 jam. Aku pula yang sakit hati tengok kawan aku macam ini." Hannah hanya tersenyum. Tidak tahu ingin balas apa.

"Apa kata kau balik, Hannah. Kau settlekan masalah kau dengan Mikael dengan cara baik." Hannah menggeleng.

"Tak semudah itu." Roziana menghela nafas kasar.

"Ikut kau lah." Dia hanya membiarkan Hannah. Dia faham. Aib suami tak patut dibuka. Walaupun dengan kawan baik sendiri.



Tok tok

Pintuk bilik diketuk dua kali.

"Hannah." Roziana memanggil dari luar bilik. Tiada sahutan dari dalam bilik.

"Hannah." Roziana memanggil lagi. Kali ini lebih kuat. Hannah yang baru keluar dari bilik air terus membalas.

"Ha, ye. Aku baru lepas mandi ni. Kenapa?" Hannah bertanya.

"Tak. Ini hah, ada orang nak jumpa." Hannah mengerutkan dahi. Ada orang nak jumpa? Tapi siapa. Setahu Hannah, dia tidak bagitahu sesiapa pun yang dia tinggal dekat rumah Roziana.

"Siapa orangnya?" Roziana diam sekejap.

"Apa?" Hannah menggulingkan mata. Dia membuka pintu bilik. Nasib baik dia sudah siap siap memakai baju dari dalam bilik air tadi.

"Siapa yang nak jumpa aku tu? Kau jangan cakap suami aku eh. Aku hempuk kang. Dah kata kan jangan bagitahu suami aku." Hannah memandang Roziana. Jari telunjuk menunjuk ke arah Roziana. Roziana menepisnya.

"Bukan. Bakal suami aku nak jumpa." Hannah mengerutkan dahi.

"Bakal suami?" Roziana mengangguk sambil tersenyum.

"Radi?" Laju Roziana mengangguk.

"Macam mana dia tahu aku dekat sini?" Aku menyoal. Roziana dipandang curiga.

"Jangan kata kau yang..." Roziana memukul lengan Hannah. Perlahan tapi dah kalau namanya perempuan yang pukul, mestilah sakit.

"Jangan nak menuduh eh." Hannah mengerutkan dahi.

"Habis siapa yang bagitahu? Macam mana dia boleh tahu aku dekat sini?" Dia takut. Jika Radi boleh jumpa dia di sini, tidak mustahil kalau Mikael juga boleh jumpa dia di sini.

"Kau pergilah ruang tamu dulu. Aku nak pergi buat air. Maklumlah bakal suami aku yang datang kan." Roziana tersenyum gedik.

"Gatal kau." Roziana cuma tersengih sebelum berlalu pergi menuju ke dapur.

Hannah pergi ke ruang tamu. Dia duduk di sofa berhadapan dengan Radi. Radi melakar senyuman manis ke arahnya. Hannah membalas senyuman itu. Tidak berapa ikhlas sebenarnya.

"Macam mana kau tahu aku dekat sini?" Radi cuma tersenyum. Tiada niat nak bagitahu Hannah bagaimana dia boleh tahu. Biarlah antara dia dengan Roziana sahaja yang tahu.

"Kenapa kau ada dekat sini?" Radi mula menyoal.

"Salah ke? Rumah member aku juga." Radi hanya mengangguk. Takut pulak dia dengan Hannah. Emo semacam.

"Rozi kata kau nak jumpa aku." Radi mengangguk lagi.

"Kenapa nak jumpa aku?" Lagi sekali Hannah bertanya. Baru sahaja Radi ingin membuka mulut, Roziana datang membawa air. Dia menghulurkan air ke arah Radi. Radi mengambilnya dengan senyuman.

"Terima kasih." Roziana hanya tersenyum.

"Assalamualaikum." Semua mata kini menghala ke arah pintu rumah. Hanya Radi dengan Roziana sahaja yang menjawab salam. Berubah riak muka Hannah melihat gerangan yang memberi salam. Dia bangun dari duduk ingin masuk ke dalam bilik. Tak sanggup dia nak tengok muka Mikael.

Belum sempat dia nak berlalu pergi, tangannya ditarik oleh Roziana. Hannah memandang Roziana tajam. Dia menarik tangannya dari pegangan Roziana. Tapi, Roziana semakin kuat mencengkam. Tidak membenarkan Hannah pergi.

"Duduk." Dengan tidak rela, Hannah kembali duduk. Barulah Roziana melepaskan pegangan.

"Duduklah, Mikael." Mikael mengangguk. Dia mengambil tempat di sebelah Radi.

"Radi jom." Berkerut dahi Hannah mendengarnya. Diorang nak tinggalkan dia dengan Mikael? Radi dan Roziana berlalu pergi ke dapur. Ingin memberi ruang untuk pasangan suami isteri itu. Harapnya, dengan cara ini, mereka berdua boleh berbaik

Membulat mata Hannah apabila ditinggalkan berdua dengan Mikael. Dia cepat cepat bangun dari duduk. Lagi sekali tangan dia ditarik. Dia memandang tajam ke arah Mikael.

"Lepas." Mikael menggeleng kepala. Hannah merentap tangannya dari pegangan Mikael. Malangnya, kudrat seorang lelaki lebih kuat. Hannah tidak berputus asa. Dia masih cuba melepaskan tangannya dari pegangan Mikael.

Membulat mata Hannah apabila Mikael menariknya ke dalam pelukan. Erat Mikael memeluk Hannah.

"Maafkan, abang." Air mata mula bertakung. Dia menahannya dari jatuh. Dia tak nak Mikael ingat dia lemah. Dia menolak badan Mikael. Sedikit pun Mikael tidak terkebelakang. Lain pula dengan Mikael, dia semakin mengeratkan pelukan.

"Lepaslah." Air mata mula jatuh tanpa sedar.

"Lepas." Hannah merayu. Mikael menggelengkan kepalanya. Hannah sedar dia lemah. Dia hanya membiarkan Mikael memeluknya. Hannah menagis teresak esak di dada Mikael.

"Abang minta maaf, sayang."

"Abang minta maaf." Tidak henti henti Mikael memohon maaf. Hannah hanya menangis. Dia tidak kuat sekarang. Dia lemah. Sangat lemah. Dia rindukan suami dia. Tapi, dalam masa yang sama, dia bencikan Mikael.

Terima kasih sudi baca ;)

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Where stories live. Discover now