BAB 5

4.1K 329 18
                                    

"Mummy dah buat keputusan." Kata Puan Marisa tiba tiba sebaik sahaja mereka tiba di rumah. Mikael memandang mummynya.

"Keputusan apa?" Tanya Mikael.

"Mama tak setuju dengan perkahwinan kamu dengan Mel." Ujar Puan Marisa. Mikael berkerut dahi.

"What? Mummy. Asal tiba tiba pulak tak bagi Mika kahwin dengan Mel?" Tanya Mikael tak puas hati. Sebelum sebelum ni okay je. Tiba tiba tak setuju ni dah kenapa? Tak kan sebab jumpa Hannah tadi terus berubah fikiran?

"Mummy tak nak kamu kahwin dengan Mel. Susah sangat ke nak dengar cakap mummy?" Tanya Puan Marisa. Dia memandang tajam anak lelakinya itu. Mikael meraup mukanya. Selepas satu satu masalah yang datang.

"Mi, Mika sayang dia mummy. Mika sayangkan Mel." Balas Mikael. Dia sayang sangat dengan Melisa. Puan Marisa bertambah geram. Anak dia dah kahwin, tapi sayangkan perempuan lain? Huh.

"Mika dengar cakap mummy! Kalau Mika kahwin juga dengan Mel, mummy tak kan mengaku yang Mika tu anak mummy. Dan mummy tak akan pernah layan Mel macam menantu mummy." Ujar Puan Marisa lagi.

"Astaghfirullahalazim." Mikael menarik nafas sebelum menghembusnya.

"But, why? Kenapa Mika tak boleh kahwin dengan Mel? Dulu okay je. Mummy terima je dia. Tapi, kenapa sekarang tak?" Soal Mikael geram. Sedaya upaya dia cuba menahan amarahnya.

"Kalau mummy kata tak, maknanya tak! Kamu nak ke kahwin tanpa restu seorang ibu?" Mikael meraup mukanya. Dia main restu pulak.

"Mummy please. Jangan buat Mika macam ini." Rayu Mikael. Puan Marisa memandang kosong anak lelakinya itu.

"Mummy tak kira. Mummy nak korang berdua putus tunang. Nanti mummy datang rumah dia. Kita putuskan pertunangan korang dekat sana." Kata Puan Marisa sebelum berlalu pergi ke biliknya di tingkat atas.

Mikael menumbuk dinding di tepinya. Nafas dihembus kasar.

"Ya Allah, apa perlu aku buat?"





Fail dihempas kasar. Mikael menyandar pada kerusi. Dia memusingkan kerusi menghadap tingkap. Ingin menenangkan diri. Kata kata mummynya tempoh hari sentiasa menganggu dirinya.

"You." Mikael memusingkan kembali kerusinya. Dia berkerut marah.

"Mel. Kenapa tak ketuk pintu dulu sebelum masuk?" Marah Mikael. Melisa terkedu. Mikael marah dia?

"Tak payah lah marah. Selama ni pun I masuk tak ketuk pintu pun kan." Balas Melisa. Tiba tiba nak marah dia kenapa?

"Tak kesah lah. Tapi ketuk je lah pintu sebelum masuk." Kata Mikael. Melisa menarik nafas.

"Okay fine. I'm sorry okay?" Melisa mengalah. Jika berterusan begini, mereka mungkin akan bergaduh. Jadi sebelum itu terjadi, lebih baik dia yang mengalah dulu.

"Nak apa datang sini?" Tanya Mikael seperti tidak suka akan keberadaan Melisa di situ.

"You tak suka I datang ke?" Soal Melisa sedikit merajuk. Mikael menghela nafas kecil.

"Bukan macam tu. I tanya je kenapa you datang." Balas Mikael. Tak nak membuatkan Melisa merajuk. Nanti satu hal pulak dia kena pujuk.

"You busy ke?" Tanya Melisa. Mikael mengangguk.

"Kenapa you tanya?" Tanya Mikael kembali.

"Nak ajak lunch." Terang Melisa.

"I busy sikit hari ini. Banyak fail yang I kena semak." Jawab Mikael jujur. Lagipun dia tak ada mood nak keluar dengan Melisa. Entah kenapa. Mungkin sebab dia tengah stres.

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Where stories live. Discover now