BAB 4

4.2K 328 21
                                    

"Zoey!" Jerit Hannah dan Roziana serentak apabila Zoey telah melanggar sesorang. Terkelip kelip mata Zoey. Tidak percaya. Dia... Langgar orang?

Tanpa berlengah, Hannah turun dari kereta. Dia pergi ke hadapan kereta. Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan usia 40 an terduduk di atad jalan tar.

"Puan. Puan okay?" Tanya Hannah risau. Wanita itu mengangkat kepalanya.

"Saya okay. Jangan risau." Balas wanita itu. Hannah terkaku melihat wajah wanita itu. Mak mertua dia, Puan Marisa.

"Puan betul betul tak apa apa ke? Kalau puan cedera, saya boleh bawak pergi hospital." Kata Hannah. Puan Marisa menggelengkan kepala.

"Tidak mengapa. Saya tak apa apa. Kamu tak langgar saya pun. Saya cuma terkejut, itu yang jatuh tu. Lagipun salah saya sebab tak tengok kiri kanan sebelum melintas jalan." Balas Puan Marisa lagi. Hannah diam. Apa perlu dia buat sekarang? Lagipun depan dia ni mak mertua dia.

"Puan nak pergi mana? Saya hantarkan." Pelawa Hannah. Puan Marisa geleng kepala.

"Tak apa. Saya boleh pergi sendiri." Puan Marisa menolak pelawaan itu. Dia bangun dibantu oleh Hannah.

"Puan dah makan?" Tanya Hannah. Puan Marisa menggelengkan kepala. Hannah tersenyum. Peluang terbaik!

"Saya pun belum makan. Kalau puan tak keberatan, jom kita pergi makan sama sama?" Ajak Hannah. Dari situ dia boleh rapat dengan mak mertua dia. Puan Marisa diam.

"Kita makan dekat dekat sini je. Tak jauh pun." Kata Hannah lagi. Sebolehnya dia ingin makan bersama sama dengan mak mertuanya itu. Lambat lambat Puan Marisa mengangguk. Hannah tersenyum lebar tanpa sedar.

"Kita makan dekat situ boleh?" Tunjuk Hannah ke arah satu restoran yang berdekatan dengan tempat mereka berada. Puan Marisa mengangguk sambil tersenyum.

"Boleh je." Puan Marisa bersetuju. Lagipun dia tak kesah makan dekat mana mana pun.

"Mari." Ajak Hannah. Roziana dengan Zoey? Pandai pandai mereka lah. Sekarang ni mana lagi penting? Mak mertua dia ke, atau budak budak tu? Mestilah mak mertua dia.

"Puan!" Panggil seseorang. Puan Marisa memandang.

"Iya, Pak Hamid." Jawab Puan Marisa.

"Puan okay ke?" Tanya Pak Hamid. Puan Marisa mengangguk sebelum tersenyum penuh makna. Pak Hamid yang memahaminya lantas mengangguk.

"Baiklah. Saya pergi dulu. Kalau ada apa apa, puan call saya ye?" Puan Marisa mengangguk. Pak Hamid berlalu pergi. Hannah memandang pelik. Dia berasa pelik dengan situasi itu, tapi... Biarlah. Mak mertua dia lagi penting!

"Jom!" Ajak Puan Marisa. Hannah mengangguk sambil tersenyum manis.





"Puan kerja apa?" Tanya Hannah.

"Tak payah lah berpuan bagai. Panggil mummy je." Suruh Puan Marisa. Hannah terbatuk kecil. Dia memandang Puan Marisa dihadapannya. Puan Marisa tahu ke?

"Kenapa pandang mummy macam tu? Mummy ada silap cakap ke?" Tanya Puan Marisa. Cepat cepat Hannah menggelengkan kepala. Tak nak ketahuan.

"Eh, tak ada lah mu-mummy." Balas Hannah. Kekok juga ingin memanggil Puan Marisa dengan panggilan Mummy. Puan Marisa tersenyum kecil mendengarnya.

"Mummy kerja butik je. Tak ada lah hebat sangat." Jawab Puan Marisa bagi soalan Hannah tadi. Hannah mengangguk. Dia tahu itu. Mikael pernah memberitahu tentang keluarganya.

"Hannah kerja apa?" Tanya Puan Marisa. Hannah mengangkat kepala. Dia ada bagitahu nama dia dekat Puan Marisa ke?

"Mummy tahu nama Hannah?" Tanya Hannah curiga. Puan Marisa teguk liur. Silap pulak dia.

"Yeah Hannah kan dikenali ramai. Mestilah mummy tahu." Hannah mengangguk walaupun dia masih curiga.

"Jadi mesti mummy tahu Hannah ni bekas penyanyi?" Tanya Hannah. Kalau Puan Marisa kenal dia, kenapa tanya lagi dia kerja apa?

"Tahu. Tadi tu mummy tanya sebab nak pastikan je. Manalah tahu mummy salah orang." Hannah terangguk angguk. Rasa curiganya tadi beransur hilang. 

"Mi." Panggil seseorang. Puan Marisa berpaling memandang gerangan yang memanggilnya. Membulat mata Hannah melihat orang itu. Mikael.

"Mummy tak apa apa? Pak Hamid kata mummy kena langgar. Mummy okay?" Tanya Mikael risau. Dia belum sedar akan kehadiran Hannah yang dari tadi memandangnya. Hanya Puan Marisa menjadi tatapan mata. Risau akan keadaan mummynya itu.

"Mummy okay je lah. Jangan risau. Tengok ni hah. Siap boleh makan lagi tau." Balas Puan Marisa. Mikael mengeluh nafas lega. Terkejut dia bila Pak Hamid memberitahunya yang mummy kena langgar. Jika terjadi apa apa pada mummynya itu, dia memang tak akan maafkan orang yang melanggar mummynya.

Mikael memandang orang yang duduk berhadapan dengan mummynya. Terbuntang mata Mikael melihat Hannah. Puan Marisa memandang Hannah dan Mikael silih berganti. Terbit senyuman sinis dibibirnya walaupun hanya sebentar.

Yeah... She knows!

"Eh Mikael. Jom lah makan sekali. Boleh mummy kenalkan Mikael dengan Hannah." Belum sempat Mikael menolak, Puan Marisa sudah menarik lengan Mikael untuk duduk di sebelahnya. Mikael teguk liur. Bahaya!

"Hah, Mikael. Ini Hannah. Tadi dia hampir langgar mummy tapi tak kena pun. Nasib baik mummy ni pandai elak tau." Kata Mummy sambil membuat lawak walaupun lawaknya itu tidak jadi. Mikael ketawa tidak ikhlas.

"Hannah!" Hannah memandang.

"Ini Mikael. Anak kedua mummy." Puan Marisa mengenalkan mereka berdua. Hannah tersenyum memandang Mikael. Beramah mesra. Mikael membalas senyuman itu.

"Hai." Sapa Hannah.

"Hai." Balas Mikael. Hannah tersenyum. Sudah lama mereka berdua tidak bersua muka. Jujur, dia rindu akan Mikael. Tapi, pasti Mikael tak rindu dia.

"Anak mummy ni dah bertunang. Lagi berapa bulan je nak kahwin." Kata Puan Marisa lagi. Hannah mengangguk.

"Tak bolehlah mummy nak bermenantukan Hannah." Hannah memandang Puan Marisa tidak percaya. Dia rasa something. Seolah olah, Puan Marisa tahu kebenarannya.

"Mummy!" Tegur Mikael. Dia cuak juga sebenarnya apabila mummynya cakap begitu.

"What? Mummy cakap je. Rileklah." Balas Puan Marisa. Mikael dan Hannah saling bertatapan membawa banyak makna. Puan Marisa tersenyum sinis.

Sampai bila nak sorok kebenaran?

"Mummy nak pergi toilet sekejap." Kata Puan Marisa. Mikael dan Hannah mengangguk. Puan Marisa berlalu pergi. Saje dia pergi supaya mereka dapat bercakap berdua. Pasti banyak yang mereka perlu cakap.

"Kau bagitahu mummy ke?" Tanya Mikael selepas kelibat mummynya sudah hilang. Laju Hannah menggeleng.

"No! Mestilah tak." Nafi Hannah.

"Tapikan..." Hannah menggantung ayat. Mikael mengangkat sebelah kening.

"Why?"

"Kenapa saya rasa macam mummy dah tahu something." Ujar Hannah. Jujur dia dapat rasakan Puan Marisa tahu akan pernikahan mereka. Mikael menggelengkan kepala.

"Tak kut. Takkan lah mummy tahu." Kata Mikael. Hannah mengangkat bahu. Dia rasa je. Tak tahu betul atau tidak.

"So, how about your life?" Tanya Mikael menukar topik.

"Well, biasa je." Jawab Hannah. Mikael senyum.

"Biasa je?" Hannah mengangguk.

"Sebab aku tak ada tu. Sebab tu kau rasa biasa je. Kalau ada aku mesti kau rasa luar biasa kan." Mikael mengangkat sebelah keningnya berkali kali. Hannah ketawa kecil.

"Perasan!" Balas Hannah. Mikael ketawa kecil. Hannah tersenyum  melihat Mikael yang sedang ketawa itu.

Dia takkan pernah jadi milik kau Hannah! Hati dia milik Melisa!

Puan Marisa melihat anak dan menantunya dari jauh. Dia tersenyum kecil sebelum senyumannya mati. Dia tak nak hancurkan kebahagiaan ini. Dan untuk itu, Mikael tak boleh berkahwin dengan Melisa. Akan dia pastikan mereka tidak berkahwin, walau dengan apa cara sekalipun!

Terima kasih sudi baca •}•

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin