BAB 31

4.1K 320 70
                                    

Keluhan panjang dilepaskan.

"Awak kena buat pembedahan itu Hannah." Hannah mengangguk. Dia rasa kosong. Dia seakan akan tiada makna lagi untuk hidup.

"Bagi saya masa." Lagi sekali terdengar keluhan dari doktor.

"Sampai bila Hannah? Dari hari itu lagi awak cakap benda yang sama." Hannah diam. Doktor memejam mata. Nafas ditarik. Dia membuka mata semula.

"Sampai bila saya kena bagi masa?" Hannah berfikir. Jari telunjuk diangkat.

"1 tahun?" Hannah menggeleng.

"1 bulan."

"Kenapa? Kenapa minta 1 bulan. Awak nak buat apa?" Doktor itu bertanya. Hannah hanya diam tidak menjawab.

"Hannah. Awak sakit tau. Kalau dibiarkan, awak boleh mati." Hannah tersenyum sedikit mendengar perkataan terakhir doktor itu.

Mati? Bukan ke itu yang dia mahukan. Mati! Hilang dari muka bumi ini. Menghilang dari semua orang.

"Kenapa awak senyum?" Doktor memandang pelik. Biasanya orang yang mendengar perkataan mati ini, dia akan menangis, tapi lain pula dengan Hannah.

Hannah menggelengkan kepalanya.

"Tak ada apa apa." Hannah kembali dengan reaksi kosong.

"Boleh tak kalau awak cepatkan sikit masa itu. Saya takut kalau sakit awak ini makin melarat." Hannah diam berfikir.

"Saya janji doktor. Dalam bulan ini, saya akan buat pembedahan. Cuma bagi saya masa. Ada benda yang saya kena selesaikan sebelum saya mati." Doktor mengerutkan dahi.

"Apa cakap macam itu. Tak baik tau. Awak masih boleh hidup." Hannah tersenyum sinis.

"Jarang kan doktor dengar yang penyakit kanser ni boleh sembuh. Kebanyakannya mesti mati. Tapi kalau orang yang sembuh itu pun, still boleh ada balik kanser itu." Hannah membalas.

Entahlah. Sekarang ini, dia seperti tidak  kesah kalau dia mati ataupun tak. Biarlah masa yang menentukan.

"Awak jangan tangguh lagi ye. Walau apa pun, awak masih boleh diselamatkan. Walaupun risikonya agak tinggi, tapi lebih rendah daripada yang kanser tahap kan?" Hannah hanya mengangguk. Mengiyakan sahaja walaupun dia tak tahu apa apa. Dia bukan doktor.

"Kalau tak ada apa apa, saya balik dulu." Doktor itu mengangguk

"Terima kasih, doktor." Doktor itu membalas dengan senyuman. Pintu bilik ditutup. Hannah menghela nafas perlahan.

Mati. Semua orang akan mati kan? Cuma cara sahaja yang berbeza. Ada orang mati sebab kemalangan. Dan dia, mungkin kerana penyakit kansernya.








Hannah mencari tempat duduk. Dia duduk di bangku yang disediakan.

Di sini. Tempat dia bertemu dengan mak cik Rubiah. Mak cik Rubiahlah yang menenangkan dia dahulu.

Dan sekarang ini, dia harap sangat dapat jumpa dengan mak cik Rubiah. Hannah tersenyum kecil. Dia menunduk.

"Err, cik Hannah?" Hannah mengangkat kepala. Siapa pula yang menegur dia di kala dia ingin bersendirian.

"Jauhar?" Jauhar tersenyum kecil. Betullah apa yang dia sangka. Orang yang duduk di bangku itu ialah Hannah.

"Awak buat apa dekat sini?" Jauhar mula bertanya.

"Tenangkan fikiran sekejap." Hannah memandang sekeliling. Mencari mak cik Rubiah.

"Awak cari mak saya ke?" Dia memandang Jauhar semula. Kemudiannya, dia mengangguk.

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Where stories live. Discover now