BAB 10

4.4K 294 14
                                    

Sunyi suasana di dalam kereta. Dua dua diam tidak bersuara. Seorang fokus akan pemanduan dan seorang lagi hanya memandang ke luar tingkap. Menikmati keindahan ciptaan Allah S.W.T.

Sesekali Mikael memandang ke arah Hannah. Nak minta maaf ke tak? Dia memandang sekali lagi ke arah Hannah. Okay tarik nafas. Hembus.

"Hannah." Panggil Mikael. Hannah memusingkan kepalanya menghadap Mikael. Sebelah kening diangkat.

"Iya?" Mikael gigit bibir bawah. Kenapa dia nervous sangat ni.

"Ak- aku nak minta maaf." Kata Mikael. Terkebil kebil Hannah memandang Mikael.

"Why?" Tanya Hannah.

"Ermm, sebab malam tadi." Jelas Mikael. Berkerut dahi Hannah. Malam tadi? Ada apa dengan malam tadi?

"Kenapa dengan malam tadi?" Tanya Hannah tidak mengerti. Mikael menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ermm. Yang malam tu." Kata Mikael lagi. Tak tahu dia nak terangkan macam mana. Nak cakap secara detail kang, nanti ada yang malu pulak.

Memerah wajah Hannah sebaik sahaja dia faham maksud Mikael. Dia terus pandang ke hadapan. Dia memejam matanya. Mikael yang melihat hampir terketawa.

"Ergh, ouh. Itu. Ermm, tak pe lah. Awak tak sengaja pun kan." Balas Hannah. Sungguh dia rasa malu sekarang. Dia yakin. Mesti muka dia terlampau merah sekarang

"Kalau aku cakap yang aku sengaja macam mana?" Tanya Mikael. Hannah memandang Mikael tidak mengerti.

"Hah?" Mikael mengangguk. Wajahnya makin memerah. Dia memalingkan muka ke arah luar tingkap semula. Mikael ketawa kecil.

"A-awak ni suka main main." Hannah rasa nak tampar mukanya sendiri. Sejak bila dia gagap ni?

"I'm not." Kenyataan itu membuatkan Hannah menutup matanya. Malu tapi dalam masa yang sama dia gembira. Mengapa? Dia tidak tahu.

"K-kalau macam tu, nak buat macam mana kan? Lagipun saya ni isteri awak. Tak pe lah." Balas Hannah. Sekali lagi dia gagap.

"Kau tak marah?" Tanya Mikael. Lambat lambat Hannah menggelengkan kepalanya. Mikael tersenyum senang. Sekurang kurangnya Hannah tak marah. Itu sudah memadai.





Instagramnya dibuka. Gambar yang dipost pagi tadi dilihat. Setelah sekian lama dia tidak active di Instagram, kini dia kembali.

Komen dipost terbarunya dilihat.

Aisyah123 comeback?

M_news wah! Buat comeback ke ni?

Rxsyx_ cantik!!!

Itu antara komen yang dia baca. Bukan sahaja komen positif yang dia dapat, komen negatif juga turut ada. Benda biasa lah tu bagi orang yang terkenal macam dia.

Aplikasi Instagram ditutup. Dia beralih pula ke aplikasi Whatsapp. Chatnya bersama Mikael dibuka.

Nak chat ke tak?

Chat?

Atau

Tak?

Ting.

Dia melihat telefonnya.

Husband♡
-Good night.

Hannah tersenyum lebar. Bantal diambil. Dia menekup mukanya dengan bantal.

"Argghh. Dia kata good nightlah." Hannah berkata sendiri. Dia menumbuk pula bantal dipelukannya.

"Nak balas apa ni? Nak balas apa?" Hannah gelabah sendiri.

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Where stories live. Discover now