BAB 40

4.9K 349 132
                                    

"26." Jari diletakkan pada dagu.

"Mika kahwin 28." Hannah mengeluh kecil. Dia... Mungkin tak dapat datang untuk pernikahan Mikael dengan Lia.

"Sayang." Mata memandang pada susuk tubuh yang baru keluar dari bilik air itu. Dengan tualanya yang hanya menutup pinggang. Menampakkan dada bidang lelaki itu. Air yang jatuh daripada rambut lelaki itu, membuatkan dirinya menjadi lebih... Seksi?

Hannah tersedar. Apa dia fikir macam tu. Hannah melorekkan senyuman kecil.

"Fikir apa?" Hannah menggelengkan kepalanya.

"Mana ada fikir apa apa."

"Sayang okay?" Mikael mula mendekati Hannah. Hannah mengangguk.

"Stop! Pergi pakai baju sana." Mikael tersengih jahat. Macam dah boleh agak apa yang bermain difikiran Mikael.

"Hah fikir apa tu. Jangan macam macam eh." Mikael gelak kecil. Dia berlalu ke dalam walk in closet. Pakai baju lah kut.

"Kenapa termenung ni?" Hannah tersedar dari lamunannya. Dia memandang ke arah Mikael yang sudah memakai baju.

"Mana ada termenung." Hannah menafikannya.

"Sayang fikir apa ni hmm?" Hannah menggeleng.

"Tak fikir apa pun." Mikael mencuit hidung Hannah. Hannah memandangnya tajam.

"Abang." Mikael mengangkat sebelah kening. Tangannya pula bermain dengan rambut Hannah.

"Hmm. Kenapa?" Hannah diam seketika.

"Kalau satu hari nanti saya tak ada kan. Agak agak abang akan rindu saya tak?" Soalan yang keluar dari mulut Hannah itu membuatkan pergerakan tangan Mikael terhenti. Dia memandang tepat pada mata Hannah.

"Sayang nak tinggalkan abang?" Hannah menggelengkan kepalanya.

"Tak lah. Saya tanya je. Cepatlah jawab." Dia menggesa Mikael.

"Mestilah rindu. Sayang kan isteri abang. Kenapa sayang tanya macam ni?" Mikael tak suka Hannah tanya dia macam itu.

"Saje." Mikael memeluk Hannah. Terkejut Hannah dibuatnya.

"Jangan tinggalkan abang." Hannah membalas pelukan itu. Dia tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia tak boleh berjanji. Dia juga tak pasti, dia akan hidup atau tidak.





Seminggu. Seminggu sahaja lagi dan Lia akan sah menjadi isteri kepada Mikael. Dan dia... Sudah bersediakan dia untuk menerima semua ini?

"Mungkin ini yang terbaik." Sehelai kertas yang berada di tangannya diletakkan di atas meja di ruang tamu. Beg bagasi yang berisi bajunya itu dibawa bersama dengannya.

Sekeliling rumah ini dipandang. Mungkin, untuk kali yang terakhir.

In syaa allah. Dia akan melihat lagi semua ini. Dia akan rindu rumah dia. Dia akan rindu suaminya. Dan dia akan rindu semuanya.

Langkah kaki dibawa ke luar rumah. Pintu dikunci. Nasib baik pagi tadi dia ada suruh Mikael membawa kunci pendua.

Terima kasih, abang. Untuk semuanya.

"Hannah. Jom." Hannah memandang. Dia mengangguk. Terima kasih kepada si dia. Kerana sanggup menumpangkan dirinya untuk sementara waktu.

In syaa allah, dengan izin Allah, dia akan kembali lagi ke rumah ini.







Mikael begitu gembira sekali. Hari ni dia dapat projek besar. Punya gembira, sampai dia belanja semua pekerja yang berada di tingkatnya makan tengah hari. Malam ini dia nak belanja Hannah pula.

Dia keluar dari kereta. Kereta dikunci.

"Assalamualaikum." Pintu cuba dibuka. Berkerut dahinya. Kunci? Hannah bukan tak kunci pintu ke biasanya. Dia mengangkat bahu. Malas nak kesah.

Kunci rumah yang ada padanya dikeluarkan. Dia membuka pintu rumah dengan kunci itu. Pintu dikuak besar.

"Sayang." Panggil Mikael ceria. Sunyi. Rumah itu tampak sunyi.

"Sayang." Mikael menjadi pelik. Mana Hannah?

"Sayang." Lagi sekali dia memanggil. Kaki mengorak langkah ke dapur.

"Sayang." Tiada. Hannah tiada di dapur.
Dia menuju ke biliknya pula.

"Sayang." Di segenap ruang bilik itu dia mencari. Tiada tanda tanda kewujudan Hannah.

"Hannah Issabell." Dia menjerit kuat. Dia menuju ke walk in closet. Tolong. Jangan apa yang dia fikir itu benar.

Dia memejam matanya. Betul sangkaannya. Hannah keluar. Tak! Maksud dia. Hannah lari. Hannah lari dari rumah. Bagaimana dia tahu?

Baju Hannah tiada dalam almari. Dia jatuh terduduk di atas lantai. Sebab ini ke Hannah tanya soalan macam itu malam tadi?

Hannah tinggalkan dia.

"Kenapa?" Dia mengepal penumbuk.

"Kenapa?" Tempik Mikael. Tangannya kuat menumbuk lantai. Rambutnya dicengkam.

Apa salah dia? Hannah suruh dia kahwin dengan Lia, dia buat. Kalau tak suka, kenapa suruh dia kahwin?

Muka diraup kasar. Berkali kali dia menumbuk lantai.

"Bodoh!" Dia mencarut sekali. Dia memejam matanya.

"Astaghfirullah."







Dia baru sahaja habis solat fardhu maghrib dan isyak. Alang alang dah nak masuk waktu isyak sekali tadi, dia terus sembahyang. Kaki melangkah menuruni tangga. Dapur menjadi tujuan yang pertama. Tudung saji di atas meja makan dibuka. Ada makanan. Mungkin Hannah sudah masak dulu sebelum dia pergi.

Biarlah. Dia tak rasa lapar. Tak ada selera. Kalau dia lapar nanti dia makan. Dia keluar dari dapur.

Mata memandang ke arah ruang tamu. Gerak hati dia yang suruh memandang. Dia melihat sehelai kertas di atas meja. Berkerut dahinya. Kertas apa tu? Dia mendekat. Kertas di atas meja itu di ambil.

Abang. Kalau abang dah baca surat ni. Maknanya, saya sudah pergi. Saya minta maaf abang. Saya minta maaf sebab keluar rumah tanpa izin abang. Maafkan saya abang. Abang jangan risau kan saya. Saya okay je dekat sini. Ada yang jaga saya. Mesti abang pelik kan, kenapa saya keluar dari rumah. Sebenarnya, saya takut. Saya takut nak hidup bermadu. Tapi tak apa. Abang jangan risau. Saya pasti nanti saya akan dapat terima semuanya. Cuma... Saya harap abang tak batalkanlah pernikahan abang tu. Saya cuma perlukan masa sahaja. Jangan risau, nanti saya akan kembali semula pada abang. Bila? Saya tak pasti. Yang pasti saya akan balik pada abang. Walau apa pun, abang jangan batalkan pernikahan abang. Saya akan ada waktu avang nikah nanti. Saya akan tengok. Tapi dari jauh. Saya takut kalau saya ada dekat situ nanti, abang tak jadi pula nak kahwin. Hannah sayang abang sangat sangat.

Salam sayang,
Isteri abang yang tercinta.

Mikael meraup rambutnya kebelakang. Ya Allah, apa semua ni? Dia mengeluh perlahan.

"Perlu ke tinggalkan abang, sayang?" Kertas itu digenggam kuat. Kepalanya dipukul berkali kali.

"Kenapa? Kenapa?" Matanya menjadi kabur. Air matanya bertakung di tubir mata.

"Abang tak boleh sayang. Abang tak boleh hidup tanpa sayang." Air matanya jatuh setitis. Dia hanya membiarkan air matanya mengalir. Tiada rasa ingin mengesat.

Biarlah. Biarlah dia menjadi lelaki yang lemah hari ini. Lemah kerana cinta. Lemah kerana perempuan. Lemah kerana orang yang dia cinta.

Dia tak sanggup. Dia tak sanggup untuk kehilangan wanita itu. Wanita yang selalu bersabar dengannya. Wanita yang sentiasa maafkan kesilapannya.

Tapi sekarang... Wanita itu pergi. Hidupnya rasa kosong.

Terima kasih sudi baca <3
Kenapa macam cepat sangat dah nak tamat ni🤔.
Tak apa lah.
Btw, nak sad ke happy ending?

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Where stories live. Discover now