BAB 20

4K 239 5
                                    

Kedua dua belah tangan digenggam sesama sendiri. Pandangannya menghala ke arah tasik di hadapannya.
Fikirannya ke lain.

"Jika menunggu lebih lama, kanser awak mungkin akan sampai stage ke 3. Jadi, lebih baik awak buat pembedahan secepat mungkin." Saran doktor. Hannah diam. Tidak seperti sebelum ini, kali ini dia tidak menangis. Mungkin penat kerana sejak dua menjak ni dia kerap menangis.

"Awak ada masalah dengan duit ke?" Hannah fikir. Masalah kewangan? Tidak. Dia tiada masalah dengan itu. Duit simpanannya sudah cukup untuk menampung kos pembedahan. Hannah menggelengkan kepala.

"Jadi, kenapa awak tak nak buat pembedahan?" Hannah mengangkat bahunya. Hari ini dia tak banyak bercakap. Hanya lebih gemar mendengar. Kadang kadang mengangguk, kadang kadang menggeleng.

"Awak ada masalah ke?" Dia tidak mengangguk, juga tidak menggelek. Hanya diam.

"Saya masih perlukan masa untuk buat keputusan." Doktor dipandang. Doktor itu menghela nafas kecil sebelum mengangguk.

"Baiklah."

Hannah mengeluh perlahan. Dia memandang orang orang yang berada di tasik ini. Dia cemburu dengan orang orang di situ. Pasti mereka hidup lebih lama daripadanya.

Kanser atau pun ketumbuhan. Banyak yang dia dengar jika sesiapa yang ada kanser, akan mati. Jarang orang yang menghidap kanser akan sembuh. Dan sejujurnya, dia tidak pernah sangka yang dia merupakan salah seorang yang akan menghidap penyakit ini.

'Allah tak akan uji hambanya melebihi kemampuan.'

Iya! Dia percaya dengan ayat itu. Tapi, dia tak rasa dia mampu untuk menanggung semua beban ini. Sakit. Terlampau sakit. Sehingga dia rasa dia tidak ingin wujud lagi dalam duni ini.

"Adik." Hannah mengangkat kepalanya. Memandang seorang wanita yang agak tua daripadanya. Dia agak, mak cik itu baya baya ibu mertuanya. Dia cuba memaniskan muka.

"Iya, mak cik. Kenapa?" Penuh lembut Hannah bertanya. Wanita itu melorekkan senyuman manis kepada Hannah.

"Adik ada masalah ke? Dari tadi mak cik tengok adik dekat sini. Macam adik ada masalah. Adik okay ke?" Tanya mak cik itu prihatin. Hannah senyum sedikit. Menyembunyikan rasa di hati.

"Mak cik tahu adik tak okay. Tengok dari riak muka pun dah nampak. Mak cik ni bukanlah nak masuk campur. Cuma, kalau adik ada masalah, adik boleh cerita pada mak cik." Pandangan yang diberikan oleh mak cik itu menyebabkan air mata mula bertakung. Dia menguatkan diri untuk tidak menangis.

"Saya okay mak cik. Saya okay." Belakang badan Hannah ditepuk perlahan. Mak cik itu faham. Dia orang luar. Tak kan sesenang itu untuk Hannab menceritakan masalahnya pada orang luar.

"Adik. Kalau adik nak nangis, nangis je. Jangan tahan. Sekurang kurangnya, lepas kita dah menangis, kita akan rasa lebih tenang." Mengalir air mata Hannah mendengarnya. Dia menekup mukanya. Tidak mahu mukanya ketika itu dilihat orang lain. Pasti hodoh.

Mak cik itu menggosok belakang badan Hannah sebelum tubuh Hannah dipeluk. Ingin memberi sedikit kekuatan kepada gadis itu. Hannah lantas membalas pelukan mak cik itu.

Tiba tiba dia rasa rindu akan arwah ibu dan ayahnya. Jika mereka masih ada, pasti mereka akan memeluknya juga. Mereka akan menenangkan dia sama seperti apa yang mak cik itu buat. Erat mak cik itu memeluk Hannah.

Lama mereka berkeadaan macam itu sebelum Hannah sendiri yang meleraikan pelukan. Air mata yang masih mengalir dikesat. Nasib baik dia tak pakai make up. Kalau tidak, pasti mukanya akan menjadi sangat buruk tika ini.

"Terima kasih mak cik." Dia menunduk sedikit. Mak cik itu tersenyum.

"Tak ada apa lah. Mak cik tengok kamu pun, mak cik teringat dengan anak anak mak cik." Hannah tersenyum kecil.

"Oh ya. Nama kamu apa?" Mak cik itu bertanya.

"Hannah. Panggil saya Hannah." Mak cik itu mengangguk.

"Sedap nama kamu." Mak cik itu memuji namanya.

"Mak cik pula?" Hannah menyoal kembali. Dia juga tidak tahu nama mak cik itu.

"Nama mak cik, Rubiah. Tak payah susah susah panggil nama mak cik. Panggil mak cik je senang." Hannah mengangguk.

"Sedap nama mak cik." Hannah memuji kembali. Mak cik Rubiah tersenyum kecil. Dia memandang cincin di jari Hannah.

"Kamu dah kahwin?" Hannah memandang cincin di jari manisnya. Dia mengangguk.

"Ingatkan belum." Perlahan mak cik Rubiah cakap, tapi Hannah tetap dapat mendengarinya. Dia tersenyum kecil.

"Mak." Mak cik Rubiah memandang. Hannah juga turut sama memandang.

"Jom lah kita balik." Lelaki itu mengajak. Hannah syak, itu anak mak cik Rubiah. Sebab lelaki itu memanggil mak cik Rubiah dengan panggilan mak. Mak cik Rubiah memuncung sedikit. Mungkin tak nak pulang.

"Mak." Panggil lelaki itu lagi. Mak cik Rubiah mengangguk.

"Iya lah. Jom." Kedengaran pasrah dalam nada mak cik Rubiah. Mak cik Rubiah kembali memandang Hannah. Hannah menjongketkan sebelah kening.

"Mak cik balik dulu lah ye. In syaa allah, kalau ada rezeki, kita jumpa lagi." Hannah mengangguk.

"Kamu tu, jangan nangis lagi tau. Kamu kena kuat." Hannah tersenyum mendengarnya. Lagi sekali dia mengangguk. Mak cik Rubiah berpusing. Ingin berlalu pergi.

"Mak cik." Panggil Hannah. Mak cik Rubiah memandang.

"Terima kasih." Tanpa sedar, air matanya jatuh setitik. Mak cik itu tersenyum.

"Sama sama. Ingat, Allah tu sebaik baik perancang. Jangan pernah kita mempersoalkan takdir. Allah lebih mengetahuinya." Hannah mengangguk lagi.

"Terima kasih sekali lagi mak cik." Dia tak henti henti mengucapkan terima kasih. Sungguh, dia sangat berterima kasih dengan mak cik Rubiah. Di kala dia rasa seperti tidak ingin meneruskan hidup, Allah hantarkan mak cik Rubiah kepadanya. Mak cik Rubiahlah tempat dia bersandar.

Tapi dia lupa, selain tempat untuk bersandar, ada tempat untuk dia bersujud. Selama ini dia leka. Sudah lama rasanya dia tidak sembahyang. Dia dah lama tak mengadu betul betul pada Allah. Dia dah lama tak menangis pada Allah. Patutlah hidupnya tidak berapa tenteram selama ini.

"Mak cik balik dulu." Mak cik Rubiah tersenyum. Hannah mengangguk dengab senyuman. Matanya melihat pula pada anak mak cik Rubiah. Dia tersenyum ke arahnya. Hannah tersenyum sedikit. Sekadar beramah mesra.

"Kami pergi dulu." Kata anak lelaki mak cik Rubiah.

"Jaga diri, Hannah." Entah kali yang keberapa dia mengangguk lagi. Hannah menghantar kepergian mereka dengan ekor mata. Mata mengerling jam di pergelangan tangannya.

Lagi satu jam sebelum Mikael pulang dari pejabatnya. Dia bangun dari duduk. Ingin pulang ke rumah. Dia perlu membersihkan diri sebelum Mikael pulang. Tak naklah Mikael nampak dia dengan keadaan yang macam ini.

Dia berlaku ke tempat parking keretanya. Dia mencari kunci kereta di dalam beg tangannya.

Bam!

Terima kasih sudi baca •}•
Btw, besok mungkin saya tak update. :)
Okay bye. Selamat bercuti guyssss 😍

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Where stories live. Discover now