BAB 43

6.2K 378 141
                                    

Dia menunggu di sini. Dalam bilik ini. Dia memandang ke arah luar tingkap. Cuaca yang bagus untuk hari ini. Jika semalam hujan agak lebat, hari ini pula panas terik.

"Hannah." Jauhar memanggil. Hannah memandang.

"Awak dah sedia?" Air mata Hannah bertakung. Dia cuba. Dia cuba untuk kuatkan dirinya. Dia cuba meyakinkan dirinya yang dia mampu untuk meneruskan pembedahan ini. Tapi... Dia rasa tidak berdaya. Dia terlalu takut.

Bagaimana... Jika dia mati dalam bilik pembedahan?

"Saya tak tahu." Dia menjawab.

"Jauhar. Macam mana kalau saya tak mampu bertahan?" Jauhar mencebik.

"Jangan cakap macam itu. Saya yakin awak boleh. Awak pun kena lah yakin dengan diri awak juga." Bibirnya yang pucat digigit.

"Saya... Saya tak tahu." Dia bukanlah sesiapa. Ajal dan maut ditangan tuhan. Tiada siapa yang tahu bila dia mati. Mungkin dia akan mati ketika menjalani pembedahan. Siapa tahu kan?

"Sekejap lagi. Awak dah nak masuk bilik pembedahan. Awak yakin tak nak bagitahu Mikael?" Hannah diam. Air mata sudah mula mengalir.

"Saya... Teringin nak jumpa suami saya. Sekejap pun jadilah. Tapi saya tak nak dia tahu saya sakit." Air mata yang jatuh dibiarkan mengalir.

Jauhar menghembus nafas.

"Saya boleh tolong awak. Tapi dari jauh jelah." Hannah memandang.

"Macam mana?" Jauhar mengeluarkan telefonnya. Beberapa minit kemudian, telefon itu diserahkan kepada Hannah. Hannah mengambilnya.

Air mata yang mengalir menjadi semakin lebat. Jauhar membuat video call dengan Melisa. Dan Melisa menunjukkan suaminya. Mikael. Yang duduk di hadapan tok kadi. Raut wajahnya sangat mendung.

"Abang." Mikael segak memakai baju berwarna putih. Tiba tiba Mikael memusingkan muka memandang ke arah telefon. Hannah syak, Melisa memanggil Mikael.

"Kacak suami saya." Hannah tersenyum nipis.

"Hannah." Hannah mengangkat wajah. Beberapa orang nurse datang ke wadnya. Dan dia tahu. Selepas ini, dia akan menjalani pembedahan.

Telefon diserahkan kembali kepada Jauhar. Jauhar mengambilnya.

"Terima kasih, Jauhar." Jauhar tersenyum ikhlas.

"Dah sedia, puan Hannah?" Nurse itu bertanya dengan senyuman. Lambat lambat Hannah mengangguk.

"Jauhar." Hannah memanggil. Jauhar memandang.

"Iya?"

"Boleh tolong saya?" Jauhar mengerutkan dahi sebelum mengangguk.

"Kalau saya dah tak ada nanti, awak serahkan benda ini pada suami saya, boleh?" Lambat lambat Jauhar mengangguk.

"Tolong. Tolong jangan tinggalkan orang yang sayangkan awak." Ada terselit pengharapan dalam ayatnya. Hannah tersenyum kecil.

"In syaa allah."






Melisa mengerutkan dahi. Tiba tiba aje Jauhar memutuskan panggilan. Dia rasa tak sedap hati.

Tangan Mikael sudah bersalaman dengan tangan tok kadi. Mikael memandang sekeliling. Mencari isterinya. Hannah kata dia akan lihat. Tapi dari jauh.

"Mikael Harfiy bin Malik." Mikael diam seketika.

"Iya saya." Perlahan suara dia.

"Aku nikahkan dikau dengan Siti Aulia binti Hamid dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai." Mikael diam. Sayang, mana awak?

CINTA SEBENAR MIKAEL [C]Where stories live. Discover now