𝑃𝑎𝑟𝑡 23🍁

323 17 19
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Kereta diberhentikan betul - betul di tepi jalan raya yang lengang serta bersimpangkan bukit - bukau. Dia menarik hand break nya sebelum seat belt dilepaskan.

Wajah di raup kasar sebelum dia mengeluh kesal. Wajah rakan yang selamba disebelah nya dia pandang tepat. Si rakan langsung tidak memandang ke arah nya.

Malah dia tegak memandang ke hadapan seakan tiada apa yang berlaku.

"Are you lost your mind Diandra?" Mendatar Metilda berkata. Diandra hanya menayangkan wajah tidak berperasaan nya.

"Yer memang aku gila, kenapa?" Balas Diandra bersahaja sambil meniup - niup kecil kukunya.

Metilda memincing tajam ke arah Diandra disebelah nya. Geram sungguh dia dengan perangai Diandra yang labgsung tak ambil kesah dengan apa yang baru sahaja berlaku tadi.

"Kau pukul dia macam tu, Kalau mati budak tu macam mana?!" Marah Metilda. Diandra senyum sinis sebelum dia berpaling ke arah Metilda yang berada di tempat duduk pemandu.

"So? Biarlah, lagi bagus kalau dia mati. Kurang lah sikit populasi perampas dekat dunia ni" Balas Diandra tajam dan tidak serious. Metilda menahan sabar. Ikutkan hati mahu dia ketuk kepala Diandra sekarang juga.

Bercakap tu, memang tak pakai otak.

"Diandra Adryana. Im serious" Tegas Metilda berkata sambil mata memanah tepat ke arah Diandra.

Diandra membalas semula dengan wajah yang kini mendatar tajam.

"Yeah, me too. Metilda Kirana" Balas Diandra, giginya diketap kuat. Dia betul - betul marah sekarang ni.

Amarah dari mall tadi tidak habis lagi, kini ditambahkan pula dengan Metilda yang sibuk mahu memback up perempuan murahan tersebut.

Apa yang dah jadi dengan dunia ni?

"Dian, tolong lah. Jangan bertindak macam tu lagi, please.. Kau tak sayang diri kau ker Dian? Kau nak ker masuk penjara? Sia - sia kena hukum gantung sebab bunuh budak tak berguna macam tu" Tegur Metilda dengan nada yang mengendur.

Diandra sangat keras kepala jadinya, kalau dia berkeras. Diandra akan 2 kali ganda lebih berkeras dari dia. Silap hari bulan, mereka yang bergaduh teruk.

Diandra membuat roll eyes.

"Dia menggatal dengan laki aku lah Mel! Kau kalau ada dekat tempat aku, apa yang kau akan buat? Tersenyum dan tergelak sambil makan pancake? Macam tu?" Perli Diandra pedas membuatkan Metilda terdiam.

"Dia dengan Is sama jer. Jenis manusia yang takde rasa malu, sorang menggatal dengan suami orang macam dah tak ada lelaki bujang dekat dunia ni. Sorang lagi pulak, curang macam dah tak ada isteri dekat rumah!" Kata Diandra.

"Aku ni... Macam tunggul dia buat. Tapi perempuan tu, macam permaisuri dia jadikan. Mana satu wife dia Mel? Aku ker perempuan tu?" Sambung Diandra lalu dia memandang Metilda tepat.

Tergamam Metilda saat dia melihat ke dalam mata Diandra yang rapuh. Walau tiada setitik air mata pun yang tumpah, Metilda tetap dapat merasakannya.

Bertapa sakitnya Diandra ketika ini. Dikhianati suami sendiri. Diandra yang setia di balas dengan sebuah kecurangan dan penipuan.

Manakan Diandra dapat menerimanya.

"Dian.." Panggil Metilda sebelum tangan nya naik mengusap bahu Diandra perlahan. Kemudian dia menarik Diandra rapat lalu dipeluk nya rakannya itu.

Perlahan - lahan Metilda mengusap rambut panjang Diandra.

"Cry Dian. Cry if you want to cry, jangan pendam. Jangan tahan. Aku ada dekat sini, aku boleh dengar semuanya. Luahkan Diandra" Pujuk Metilda lembut.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now