𝑃𝑎𝑟𝑡 27🍁

641 24 28
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Kaki melangkah keluar dari farmasi tersebut sambil mulut tidak henti terkumat - kamit membebel sendirian.

Plastic ubat yang berada di tangan dia jeling sekilas, tajam sahaja matanya sekarang menatap ke arah skrin telefon nya.

"Dah sakit teruk macam ni, baru reti nak call aku! Kalau tak, dok diam macam batu belah batu bertangkup!" Bebel Lisa lagi. Geram sungguh dia tatkala mendapat panggilan dari Diandra sebentar tadi.

Di beritahunya yang Diandra sakit, jadi Diandra meminta Lisa untuk membelikan dirinya ubat. Nasib sahaja Lisa belum sampai ke rumah mama nya. Kalau tidak, memang tak lah dia nak patah balik semata - mata mahu membeli ubat untuk Diandra.

"Pelik aku. Orang kalau dah kahwin, sakit - sakit tu call suami. Ini tidak, di call nya adik ipar! Pale bana lah" maki Lisa perlahan.

Sedang kakinya berjalan ke arah, tempat parking kereta matanya menangkap susuk tubuh seseorang yang amat Lisa kenali.

Along?..

Gadis bertudung yang berada di hadapan along nya itu dipandang lama. Lisa mengerutkan dahinya sedikit.

"Ini bukan ker perempuan dekat cafe pagi tadi?"

"Apa along buat dengan dia?"

Dilihat nya mereka berbual - bual sebelum Uwais bergerak ke arah kereta manakala gadis itu berpaling untuk masuk ke dalam hospital semula.

Tidak nampak akrab. Namun ia kelihatan sangat formal.

"Hospital?" Tajam Lisa memerhatikan kereta Uwais yang sudah bergerak laju meninggal kan tempat itu.

Ada benda yang tak kena ni. Dian mesti sorok something dari aku!..

Kemudian Lisa turut bereda dari situ. Pemanduan nya tidak berapa laju dan tidak berapa perlahan, dengan wajah serious nya.

Destinasi yang ditujui..Butik Diandra.

***
Pintu bilik kerja itu dibuka dari luar lalu kaki menapak masuk ke dalam bilik tersebut tanpa dijemput oleh pemilik.

Diandra memicit kepala nya perlahan dengan mata terpejam rapat. Lega lah sikit sakit kepala nya, kalau tak berdenyut - denyut tak ingat dunia.

Lisa menapak ke arah Diandra yang berada di sofa, lalu duduk berhadapan dengan nya. Plastic ubat yang berada di tangan dia letakkan ke atas meja yang berada di tengah - tengah memisahkan jarak di antara mereka.

"Tu, ubat kau"

Diandra hanya bergumam perlahan. Sungguh dia tak larat mahu membalas lebih dari itu. Kepala nya rasa mahu pecah kerana sakit. Banyak berfikir dan stress mungkin.

Tok..tok..

"Masuk"

Mendengar arahan dari Lisa segera pintu dikuak dari luar memaparkan wajah Najwa pembantu Diandra serta air kosong yang berada di tangan gadis itu.

Najwa mendekati mereka berdua, lalu air diletakkan ke atas meja seraya berlalu pergi dengan pantas. Boss nya tak sihat, pastinya mood pun kelaut.

Sebelum dia kena sembur, baik dia angkat kaki dulu. Pemergian Najwa dipandang oleh Lisa sebentar sebelum dia mengalihkan pandangan ke arah Diandra.

Ubat dicapai dan air kosong di suakan pada Diandra.

"Makan" arah Lisa tegas. Tajam dia memerhatikan Diandra yang teragak - agak mahu mencapai ubat tersebut. Di pandang nya Lisa dengan pandangan simpati.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now