𝑃𝑎𝑟𝑡 6🍁

297 22 0
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Tajam mata saling menatap seakan mahu membelah antara satu sama lain. Saling beradu mereka tanpa lepas merenung.

Jika ada laser dimata itu sudah pasti terbelah dua, kedua dua manusia ini.

"Maksu, kenapa mak long dengan Mama main lawan lawan mata?" Bisik Aaron disebelah Lisa.

Lisa mengangkat bahu tanda dia sendiri pun tidak mengetahuinya.

"Entah lah Aaron, Maksu pun taktahu. Maklong dengan Mama kau tu memang tak pernah sekepala, dari dulu lagi.." Selamba Lisa membalas.

Laticia yang berada di atas ribanya memeluk patung unicorn erat. Seram rasa nya melihat Mama dan Maklong saling beradu mata bagai nak ditelannya.

"Sekepala? Macam mana kepala Mama dengan Maklong nak bercantum? Diorang bukannya adik beradik pun.." Tutur Aaron lurus.

Lisa menepuk dahinya sedikit kuat.

Apa ker bodoh nya anak buah dia ni? Genetik Firash memang akan jadi bodoh macam dia ker? Haihh malang betul anak buah dia ni lahir dari benih si monyet itu.

Laticia yang mendengar bicara si abang nya mula berfikir.

"Kalau macam tu..kenapa kepala Maksu dengan Mama tak bercantum?" Tanya Laticia polos pada si abang.

Dia memandang Aaron tepat. Aaron pula ternganga seketika.

Haah lah! Kenapa dia tidak terfikir?

"Haah lah! Kenapa eh Maksu?" Tanya Aaron pula pada Lisa yang sudah terngadah.

Kepala hotak dia!

"Kesian kadang aku tengok korang berdua ni..bapak korang bagi makan apa yang tolol sangat?" Sekali lagi selamba Lisa berkata.

Aaron menjeling Maksu nya itu tajam. Patut lah Papa nya selalu kata Moksu dia ni mulut laser.

Memang pun! Sakit sahaja hati Aaron mendengar nyer. Sesedap rasa sahaja Lisa mengatakan dirinya dan Laticia itu tolol!

"Ey mulut Maksu ni macam puaka lah..patutlah Papa selalu kata Maksu mulut longkang!" Balas Aaron.

Laticia menganggukkan kepala nya laju. Betul lah tu apa yang abang nya kata.

Tercegang Lisa seketika. The fuck?!

Tak guna punya abang ipar monyet! Berani kau kata benda bukan bukan pasal aku dekat anak buah aku ni?!..

"Takde nyer, bapak korang tu menipu jer! Mulut dia tu yang macam longkang, Maksu pulak kena.." Bantah Lisa.

"Kan Ica kan?" Kata Lisa lagi sambil menggomol pipi tembam Laticia sehingga mengekek ngekek gadis itu ketawa.

Laticia menolak mulut Lisa yang masih lagi menggomol pipi nya.

"Mana ada!.." Nafi Laticia sambil tangan masih berusaha menolak muka Lisa jauh dari pipi nya.

Lisa menjauhkan muka nya dari pipi Laticia.

Laticia pula mengesat air liur Lisa yang berada di pipinya.

Eyy! air liur Maksu! Busuk..!

Dia mencium tapak tangan nya sebelum dibuat nya reaksi seakan mahu termuntah, dengan cepat Laticia mengesat air liur itu ke baju Lisa.

"Tapi Aaron lagi percaya cakap Papa dari Maksu.." Balas Aaron dengan muka yang dibuat bangga.

Kecik besar sahaja Lisa menatap nya. Tak padan dengan umur yang baru 2 tahun tu! Bukan main lagi berlawan mulut dengan Lisa.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt