𝑃𝑎𝑟𝑡 30🍁

404 24 19
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Pintu rumah dibuka dengan kuat sehingga berlaga badan pintu tersebut pada dinding rumah. Diandra mencampakkan beg tangan nya ke dinding rumah seraya menjerit kuat.

"Tak guna!! You tak guna Uwais!!" Teriak Diandra kuat berteman kan air matanya.

Habis segala barang perhiasan yang terdapat di ruang tamu tersebut hancur dikerjakan Diandra. Dia mencampakkan segala yang ada berdekatan dengan nya termasuk lah pasu bunga kesayangan nya.

Berderai pecah pasu tersebut dihempaskan ke lantai rumah. Diandra tanpa sebarang reaksi memijak kaca tersebut tanpa beralaskan selipar.

Darah yang mengalir di bawah tapak kakinya dia pandang datar tanpa emosi. Diandra penat. Kali ini, dia betul - betul penat.

Dia jatuh terduduk di tengah - tengah ruang tamu tersebut. Tangisan dihamburkan sekuat hati. Tidak lagi dia pendam rasanya didada. Tidak lagi dia menahan tangis nya. Tidak lagi dia memujuk hatinya agar bertahan.

Tidak.

"Kenapa you buat I macam ni Is?"

"Tergamak you curang dengan I?" Diandra bertanya seorang diri seakan Uwais berada bersamanya ketika itu. Sedangkan, batang hidung Uwais pun tidak ada.

"Apa kurang nya I? Apa kurang nya sampaikan you sanggup menduakan I?"

"I tak cukup sempurna ke untuk you? Teruk sangat ke I ni Is? Tell me Is! Tell me!" Ditumbuk - tumbuk nya lantai rumah yang penuh dengan serpihan kaca tersebut.

"Tak pernah walau sedetik pun I terfikir untuk curang dengan you. Tak pernah Is. Tak pernah"

"I bertahan dengan you. I sabar dengan you! Kenapa you tak nampak semua tu?! Kenapa benda buruk tentang I je yang you nampak?! Kenapa tak you nampak kebaikan I?! Kenapa tak you nampak pengorbanan I?!"

"You teruk! You selfish! You kejam! You kejam Hakim Uwais!" Diandra menangis lagi. Tersedu - sedan dirinya.

"You janji dengan I, you takkan duakan I. You janji dengan I, you akan setia dengan I. You janji dengan I, hanya I seorang sahaja yang bertakhta dalam hati you. Tapi kenapa sekarang lain?" Diandra bertutur sambil memejamkan matanya.

"Kenapa sekarang perempuan lain yang ambil tempat I? Kenapa you bagi dia ambil tempat I?"

"Why Is? Why?!" Diandra meraung dan terus meraung. Kali ini dia akan lepaskan segala yang dipendamnya tanpa berhenti walau sedikit.

"I benci you Is! I benci you! Cinta you dusta! Janji you palsu!" Diandra kemudian memberhentikan tangisan nya. Dia termenung seketika sebelum dia ketawa bagaikan orang hilang akal.

Serpihan kaca yang berada di hadapan mata Diandra capai. Di memandang kaca tersebut lama sebelum bibirnya meloret sebuah senyuman hambar.

"You dah tak sayang I kan?"

"Fine. I akan pergi dari hidup you"

"I takkan kacau hidup you lagi Is" Kata Diandra perlahan seakan dia sudah berputus asa dengan kehidupannya.

Mata dipejamkan rapat seraya kaca tersebut dibawa ke pergelangan tangan nya.

'Maafkan I. Maafkan mummy. Mummy sayangkan anak mummy, mummy sayangkan daddy kamu'

Darah menitis setitik demi setitik tanpa henti. Diandra kemudiannya rebah ke atas lantai rumah nya. Mata dipejamkan rapat bersama mutiara jernih yang mengalir.

Malam itu terasa begitu sunyi dan panjang buat seorang Diandra Adryana.

***
"Berapa lama lah dia ni? Dari tadi kata nak sampai tak sampai - sampai juga! Ini kalau orang yang ada sakit jantung tunggu pun. Mahunya di jemput illahi dulu!" Rungut Lisa sambil jari tidak henti dari mendail nombor Diandra.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now