𝑃𝑎𝑟𝑡 40🍁

783 39 13
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

"Macam seronok jer.. Aku nak join sekali boleh ke?" Kata Lisa dengan senyuman syaitan nya dibibir. Mereka dah salah kerana mencari pasal dengan orang yang dia sayang.

"Sial," Carut Ibam sebelum dia mendekati Lisa lalu penumbuk dihayunkan namun Lisa menepis nya dengan mudah. Senyuman sinis diberi.

"Lembik" Ejek Lisa. Ibam yang tidak puas hati menyerang secara rambang namun Lisa dengan tangkasnya hanya menepis dan mengelak serangan dari Ibam.

Ibam mula kehilangan tenaga nafasnya di ambil tercungap - cungap. Hairan dia, gadis seperti Lisa mampu mengelak segala serangan nya. Lisa senyum mengejek.

"Dah? Tu je?"

"Now, it's my turn!" Tanpa sebarang amaran Lisa menghayunkan kakinya tepat mengenai muka Ibam membuatkan Ibam tumbang dengan sekali tendangan.

"Aku dah kata, jantan ni lembik" Lisa mengangkat muka dan ketika itu Tobi menghayunkan penumbuknya tepat ke pipi Lisa tanpa sempat Lisa menahan.

"Itu cheating namanya," Kata Lisa sambil meludahkan darah yang keluar dari mulutnya. Dia ketawa kecil lalu membuka langkah kaki naik menyepak Tobi namun di tahan oleh lelaki itu.

Tobi pula menyerang dengan menghayunkan tangan nya bagi menumbuk Lisa namun Lisa sempat menepis serangan tersebut, dan ketika itu Tobi mengambil peluang melipat tangan Lisa lalu di campakkan Lisa ke almari hiasan.

Lisa bangun semula perlahan - lahan. Kaca yang menembusi tangan nya dipandang sekejap. Dia melorek sebuah senyuman yang mengerikan.

"Macam ni baru jantan" Lisa berlari menuju ke arah Tobi lalu di menyerang secara pantas. Tumbukkan diberikan lalu kepala lelaki itu di hentak ke dinding. Tobi terbatuk - batuk mengeluarkan darah yang banyak.

Kepala nya berdenyut - denyut sakit. Dia bangun semula secara perlahan tidak bermaya. Lisa tidak langsung memberikan lelaki itu peluang, dia berlari laju ke arah Tobi lalu di berikan flying kick tepat pada sisi kepala lelaki itu membuatkan Tobi tumbang.

Pandangan mata lelaki itu berbalam - balam sebelum dia pengsan tidak menyedarkan diri. Lisa berpaling lalu matanya jatuh pada seorang lelaki cina. Dilihat lelaki itu sudah tidak sedarkan diri dengan darah yang membasahi tubuh lelaki itu. Namun tidak dihiraukan nya.

Lisa terus menuju ke arah Diandra.

"Dian.. Dian!"

"Dian bangun Dian.. Dian aku datang ni!" Lisa memangku kepala Diandra di atas ribanya seraya menepuk - nepuk sedikit pipi Diandra untuk melihat tindak balas wanita itu.

Namun Diandra tidak memberi sebarang respond. Lisa mendekatkan telinganya pada hidung Diandra.

"Sial. Nafas dia perlahan!" Tanpa membuang masa lagi, Lisa segera menggendong Diandra di belakang badannya lalu dia keluar dari rumah tersebut.

"Dian, please bertahan Dian.. Kita dah nak sampai hospital ni! Dian bertahan untuk anak kau Dian" Lisa tidak henti bercakap dengan Diandra sambil memandu.

"Doktor! Tolong kawan saya doktor! Doctor!" Jerit Lisa kuat. Doktor dan jururawat disitu bergegas membawa Diandra ke wad kecemasan.

"Maaf ya, cik tak dibenarkan masuk" Kata jururawat tersebut menghalang Lisa dari masuk ke dalam wad kecemasan tersebut. Pintu ditutup.

Lisa bergerak longlai lalu jatuh terduduk di atas lantai hospital itu. Darah yang penuh di tangan Lisa pandang. Matanya berkaca - kaca dan tanpa Lisa sedari dia menitiskan air matanya.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن