𝑃𝑎𝑟𝑡 11🍁

261 20 15
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Pin! Pin!

Qaseh dan Fatihah bertukar pandangan.

"Awal betul grab tu sampai" Kata Qaseh sambil menyuap roti ke dalam mulut nya. Fatihah mengerut kan kening tanda pelik.

"Grab? Aku tak oder lagi" Balas Fatihah. Terus Qaseh membulatkan matanya. What?!

"Dah tu yang dekat luar tu siapa? Takkan secret admire kau pula" Tanya Qaseh mata nya melirik ke arah tingkap.

Fatihah mengangkat bahu sebelum dia bangun dari duduk nya menuju ke arah tingkap rumah. Langsir ditarik sedikit sebelum dia mengintai kecil.

Qaseh turut sama mengintai disebelah sepupu nya itu. Lama diamati nya Fatihah kereta yang terparking dihadapan rumah sewa mereka.

"Series lah? Memang betul - betul secret admire kau?!" Tanya Qaseh sekali lagi tetapi kali ni dengan nada terkejut.

Mewah sekali kereta yang terparking kemas itu. Bukan kaleng - kaleng secret admire cousin dia ni.

Fatihah membisu lagi sebelum dia membulat kan matanya. Terus mulut terlopong habis.

"Asal?" Tanya Qaseh sebaik sahaja mata menangkap reaksi Fatihah yang terkejut bukan main.

"T-tu.." Fatihah tidak menghabiskan ayat nya. Jari telunjuk diangkat menunjuk ke arah kereta tersebut berkali - kali.

"Tu apa?"

"Tu kereta Bos aku!" Sambung Fatihah terus ternganga mulut Qaseh sambil matanya memandang ke arah kereta itu dan Fatihah bersilih ganti.

"B-boss kau?! Uih, apa mimpi dia datang rumah kita pagi - pagi buta ni?" Tanya Qaseh pada Fatihah.

Fatihah menggeleng tidak mengerti. Setahu dia tak ada pula dia tertinggal apa - apa barang didalam kereta Uwais semalam. Kenapa boss dia tiba - tiba terpacak dihadapan rumah sewa mereka?

Pelik.

"Sabar kejap" Kata Fatihah sebelum dia mencapai kunci rumah dan kunci pagar. Dia menyarungkan selipar jepun nya lalu kaki melangkah ke arah pintu pagar rumah.

Qaseh masih statik disebalik langsir, dia tidak boleh keluar rumah. Nanti demam dia makin melarat, kang tak pasal - pasal dia ambil cuti seminggu pula.

Cermin kereta yang bertinted itu diketuk perlahan sebelum ia diturunkan. Maka terpapar lah wajah kacak Uwais dengan cermin mata hitam terletak elok di situ.

Fatihah sedikit terpegun dengan wajah mempersona itu sebelum dia berdehem kecil.

Jangan buat hal pagi - pagi buta macam ni Tiha!

"Tuan, tuan buat apa dekat depan rumah sewa saya ni?" Tanya Fatihah sopan. Uwais mencabut kaca matanya lalu diberikan sebuah senyuman manis buat Fatihah sehingga berdegup jantung gadis itu.

"Morning Fatihah" Ucap Uwais lembut dia tidak membalas pertanyaan gadis ayu yang bertudung cream itu.

"M-morning too.. T-tuan tak jawab lagi soalan saya" Balas Fatihah sedikit tergagap. Tolong lah jangan seksa dia begini!

Uwais senyum manis lagi.

"Saya datang nak ambil awak pergi kerja, boleh breakfast sekali. Saya pun tak breakfast lagi" Kata Uwais lembut. Mata tidak lepas dari menatap Fatihah.

Fatihah tercegang seketika. Patutkah dia menerima perlawaan Uwais?

"T-tapi.. Saya baru jer nak order grab. Takpe lah saya tak nak susahkan Tuan" Balas Fatihah dia cuba untuk menolak pelawaan Uwais.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now