𝑃𝑎𝑟𝑡 32🍁

405 30 13
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Lisa dan Doktor perempuan yang merawat Diandra berbual - bual sambil sesekali Lisa memandang ke arah tingkap wad dimana Diandra berada.

Wanita itu hanya termenung dan membisu sejak dari dia sedar 2 jam lalu. Tiada sebarang suara pun yang keluar dari mulut Diandra. Dia bagaikan manusia yang hidup namun mati.

Dia mati dari dalam.

Zarif hanya diam memerhatikan Lisa dan Doktor tersebut sebelum doktor itu meminta diri. Lisa menunduk hormat. Dia kemudian berpaling ke arah Zarif yang masih berada di kerusi hospital.

"Macam mana?"

"Macam tu lah, doctor tu dah try bertanya dengan Dian tadi. Still takde apa - apa respond dari Dian," Jawab Lisa sambil memandang tepat ker arah rakan baiknya itu.

Dari jauh Lisa mendengar bunyi derapan tapak kaki yang berjalan laju ke arah mereka berdua. Terus Lisa berpaling bagi melihat gerangan tersebut.

Tegang wajah nya apabila melihat gerangan yang hadir. Tangan dikepal kuat, gigi diketapnya.

"Mana Dian?" Tanya Uwais dengan riak wajah yang datar tanpa sebarang emosi. Lisa menjeling abang nya tajam lalu matanya jatuh pada seorang gadis bertudung yang berada di belakang abang nya.

"Datang tengok bini sendiri pun nak berteman? Kenapa? Takut bini along tu bunuh along ke?"

"Along tak ada masa nak bertekak dengan adik. Sekarang along tanya mana Dian" Dingin Uwais bertanya pada Lisa.

"Buat apa nak kesah pasal Dian? Along bukan dah cukup bahagia ke dapat madu baru? Madu yang sekarang dah habiskan? Tinggal sepah, buang je lah sepah tu. Tak payah sibuk - sibuk nak kesah!" Meninggi suara Lisa.

Zarif yang berada disitu terus menarik lengan Lisa ke belakang sebelum dia menjawab bagi pihak Lisa.

"Dian dekat dalam. Dia baru je sedar, kalau kau nak tengok dia. Pergilah..." Zarif berjeda sambil matanya memandang Fatihah yang menunduk di belakang badan Uwais.

"Tapi aku rasa, better kau masuk sorang. Itupun kalau kau taknak Dian sakit lagi teruk," Sempat Zarif memerli Uwais. Fatihah yang mendengar tersentak. Dia menggenggam sisi bajunya kemas.

Lisa pula tidak lepas dari merenung tajam Fatihah yang menunduk. Ikutkan gila dia, mahu dia tumbuk muka tak tahu malu Fatihah itu.

Tahu yang isteri Uwais sakit pun masih nak berkepit ke?! Apa perasaan Diandra bila lihat suami dia datang menjenguk dia sambil ditemani perempuan lain?

Diandra pasti akan lagi terluka! Uwais memang tak ada hati perut.

"Kau memang tak tahu malu eh? Dia ni laki orang tau, bukan bujang. Apa kemaruk sangat ke kau sampai laki orang pun kau nak? Bini dia ada tu, tengah sakit kat dalam.. Time - time macam ni pun kau still nak menggatal ke?" Kasar Lisa bertutur.

Uwais merenung adiknya tajam.

"Jaga percakapan Lisa Aryani. Hormat orang, Fatihah ni PA along. Jadi dia mesti ikut kemana sahaja along pergi. Jangan nak menuduh Fatihah yang bukan - bukan," Keras Uwais membalas bagi pihak Fatihah.

Fatihah pula sudah menahan air matanya dari keluar. Kenapa semua orang menganggap dia perempuan yang mahu merampas suami orang? Fatihah tidak pernah berfikir untuk buat sedemikian.

Lisa ketawa sinis.

"Hormat? Dengan perampas?"

"Lisa!" Uwais bergerak mahu menghampiri adik nya namun pantas di halang oleh Fatihah yang menarik tangan Uwais.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang