𝑃𝑎𝑟𝑡 9🍁

260 18 31
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Jam ditangan dia kerling menggunakan ekor mata sambil menanti dengan debaran. Banggunan megah tempat dia berkerja itu dia tatap sekejap dengan kerutan didahi.

Langit malam yang semakin hitam memekat itu dia tatap lama, sehingga meremang bulu romanya.

Angin sejuk menampar - nampar kulit muka membuatkan dada berdebar - debar bagai nak gila.

Jika diikutkan akal waras, memang tiada orang yang akan berada disini lagi. Ini kerana jam sudah menunjukkan 11:00 malam tepat!

Tapi malangnya dia masih setia menunggu hingga lah sekarang. Jika tahu perkara begini akan terjadi, sudah tentu dia balik sahaja tadi menggunakan pengangkutan awam.

Mulut tidak berhenti dari beristighfar, memujuk hati agar bertenang. Tenang, tenang juga namun sekarang itu bukan lah perkara pertama yang perlu dia risaukan!

Sekarang ni dia perlu berfikir bagaimana dia mahu pulang ker rumah? Masih adakah teksi yang mahu menumpangkannya balik?

Baikkah orang yang membawa itu? Tidakkah gerangan tersebut akan mengambil kesempatan ke atas nya? Sungguh memikirkan perkara itu sahaja sudah mampu membuatkan dia hampir terkencing didalam seluar!

Sungguh menakutkan. Tidak mahu lagi dia memikirkan perkara ngeri itu.

Sedang ralit tenggelam didalam lamunan yang tidak indah, dia di sapa oleh seseorang dari arah belakang.

Laju badannya berpusing menghadap gerangan tersebut. Matanya mengigil kecil melihat gerangan itu.

Muka yang tidak terurus, senyuman miang yang menakutkan dan...

Arak? Ya! Dia pasti itu adalah botol arak!

Ya Allah.. Dugaan apakah ini?..

Kakinya menggeletar hebat, mahu longgar lutut dibuatnya. Mahu tercabut kaki yang sudah terpasang elok pada badan ketika ini.

"Awek lawa.." Ujar lelaki itu sambil tersenyum gembira dihadapan mata Fatihah. Senyuman gembira? Patut nya itu digelarkan sebagai senyuman gila!

Fatihah tidak membalas, dia mula berpaling untuk beredar dari situ. Tidak mahu dia menjadi mangsa kepada lelaki mabuk itu.

Baru selangkah kaki dibuka tangan dia ditarik dari belakang sehingga dia berpaling. Salah! Bukan ditarik tetapi direntap oleh lelaki mabuk tersebut!

Membulat mata Fatihah. Dia cuba menarik tangan nya semula agar lepas dari pegangan lelaki tersebut namun gagal. Mata sudah mula berair tinggal empangan pecah sahaja.

"L-lepaskan saya!" Tegas Fatihah berkata walaupun suaranya kedengaran bergetar kerana menahan tangisan dari keluar.

Dia tidak boleh menangis, dia tidak boleh lemah! Kerana orang jahat suka melihat mangsa nya yang lemah. Itu apa yang dia belajar dari movie - movie aksi yang selalu ditonton.

Sempat lagi..

Lelaki mabuk itu ketawa kuat yang kedengaran menyeramkan.

"Nak pergi mana sayang?.. Hurm?.." Tanya lelaki itu sambil menyeringai sehingga terlihat giginya yang kuning.

Kotor dan menjijikkan!

Fatihah semakin berdebar. Dia mula meronta - ronta agar pegangan tersebut dilepaskan namun tidak berjaya! Apalah sangat tenaga wanita yang dia miliki ni berbanding dengan tenaga lelaki itu yang sememangnya kuat.

"Lepaskan saya encik. Tolong lah.. Tolong lepaskan saya, kalau encik nak duit saya boleh bagi. Tapi tolong lepaskan saya" Akhirnya Fatihah mengalah jua.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now