𝑃𝑎𝑟𝑡 28🍁

270 22 17
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Seminggu berlalu dengan pantas sekali. Bagaikan air sungai yang mengalir mengikut arus laju tanpa henti. Diandra masih seperti itu diam dalam memerhatikan suaminya tanpa henti.

Mengupah orang bagi mengikuti suaminya kemana sahaja tanpa lepas walau sesaat. Uwais pula sudah seminggu tidak pulang ke rumah. Apa yang Diandra tahu dari penyiasat nya Uwais bermalam di pejabat sendiri.

Ada rumah sendiri namun pejabat juga yang dijadikan tempat berteduh. Takpun Uwais akan bermalam di rumah Puan Aliyah atau di rumah adik bujang nya Lisa.

Mahu bermalam di rumah Lis? Memang tidak tidur lah dia semalaman akibat disoal siasat oleh si adik ipar 'Firash Danish'. Masak lah Uwais mahu menjawab nya, dia tidak akan sesekali membuka cerita tentang masalah rumah tangga kepada sesiapa pun.

Biarlah hanya dia dan Diandra sahaja yang mengetahui. Tetapi, adakah Diandra begitu juga? Adakah Diandra juga turut merahsiakan hal rumah tangga mereka?

Pastinya Uwais juga tidak mengetahui.

"Selamat pagi Tuan" Ucap Fatihah dalam nada yang penuh ceria. Harinya telah di warna dengan kedatangan Uwais yang menjemput. Dia berjalan perlahan ke arah Uwais.

Uwais mencabut kaca mata yang dipakai lalu dia bergerak ke arah tempat duduk di sebelah pemandu. Pintu kereta dibukakan untuk Fatihah bagaikan prince charming.

"Silakan bidadari" Penuh manis Uwais menutur kata membuatkan Fatihah senyum malu. Sudah lah, pagi - pagi begini jangan mengusik dia.

Nanti tak pasal - pasal datang ke pejabat dengan wajah yang merah padam seperti tomato. Kereta kemudian bergerak pantas meninggalkan perkarangan rumah.

Dari dalam rumah sewa tersebut Qaseh memerhatikan kereta milik Uwais berlalu pergi. Dia melepaskan keluhan berat. Tidak tahu mengapa, hatinya rasa tidak sedap sahaja sejak beberapa hari ini.

Seakan - akan bakal terjadi sesuatu perkara yang buruk pada sepupu kesayangan nya itu. Dalam diam Qaseh mendoakan yang baik - baik sahaja buat sepupu kesayangan nya. Tidak mahu Fatihah ditimpa apa - apa musibah.

Susana didalam kereta terasa begitu sunyi. Fatihah melirik sedikit ke arah Uwais yang sedang focus pada pemanduan. Dia senyum kecil, terasa diri ini bertuah kerana dapat berteman rapat dengan seseorang yang dia menaruh seribu harapan dan perasaan.

Walaupun dia sendiri tahu, mana mungkin dia dapat memiliki hati lelaki yang berada di sebelah nya ini. Sudah semestinya Uwais amat mencintai isteri nya 'Diandra Adryana'. Nak dibandingkan dia dengan Puan Diandra sangat lah jauh bezanya.

Bagai langit dengan bumi. Langsung tidak setanding apatah lagi setaraf. Dia hanya lah gadis biasa - biasa yang datang dari kampung. Manakala Diandra pula adalah seorang wanita hebat yang dikenali semua orang.

Dia sahaja seperti 'katak di bawah tempurung' yang langsung tidak mengetahui tentang Diandra.

Sedang asyik Fatihah mengelamun, kereta diberhentikan dengan kadar sederhana. Uwais berpaling menghadap bidadari yang kini menjadi igauan matanya. Setiap hari pasti mata ini mahu melihat gerangan yang lembut dan berseri bagai bidadari kayangan.

"Fatihah. Fatihah!" Tersentak Fatihah sambil mata terkelip - kelip kecil.

"Y-ya?"

"Kita dah sampai" Kata Uwais sambil menahan senyum melihat gelagat comel Fatihah didepan matanya. Gadis itu kelihatan kelam - kabut sambil membetulkan  awning tudung nya.

"M-maaf, s-saya tak sengaja tenung awak tadi-"

"T-tak! Maksud saya Tuan" Laju Fatihah membetulkan percakapan nya yang dikira salah kerana memanggil Uwais dengan panggilan yang tidak formal.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang