𝑃𝑎𝑟𝑡 33🍁

909 33 19
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Diandra menyandarkan badannya ke kepala katil hospital sambil mata memandang ke arah luar tingkap wad tersebut. Daun pokok yang beralun tatkala di tiup angin membuatkan Diandra sedikit tenang.

"I tengah bercakap dengan you ni. You dengar tak Dian?" Datar suara Uwais berbicara namun tidak di endahkan oleh Diandra. Dia bagaikan berada didalam dunia nya sendiri.

Kehadiran Uwais sejak 1 jam lalu langsung tidak menarik perhatian Diandra. Uwais datang semasa tengah hari tadi kemudian beredar tanpa mengjenguk Diandra walau sekejap.

Kemudian pada jam 8 malam Uwais kembali semula ke hospital bagi melawat Diandra. Begitu lama dia tinggalkan Diandra baru mahu datang melawat?

Dan apabila dia datang melihat Diandra, dia tidak membawa kata - kata semangat dan pujuk rayunya. Tetapi.. Dia memarahi Diandra kerana bertindak bodoh dengan mengelar pergelangan tangan nya sendiri.

Adakah itu satu perkara yang sepatutnya Uwais lakukan tatkala Diandra memerlukan sokongan dan dorongan darinya? Itukah yang selayaknya seorang suami lakukan?

Lebih mementingkan orang luar berbanding isteri sendiri? Uwais sanggup menghantar Fatihah balik dan makan malam bersamanya sebelum datang melawat Diandra. Tergamak nya dia berbuat sedemikian.

Diandra mengetahui tentang itu, dan perkara itu juga lah membuatkan hatinya semakin terluka. Terluka dan parahnya tidak dapat diungkapkan dengan kata - kata.

"You pikir tak sebelum you buat benda bodoh tu? You bukan sahaja dah bahayakan diri you sendiri. Tapi you jugak dah menyusahkan I! Dan adik I! You sedar tak?" Meninggi suara Uwais. Dia menyalahkan Diandra.

Diandra diam. Tidak berniat sedikit pun mahu membalas butir bicara Uwais bahkan melihat suaminya itu. Dia begitu rindukan Uwais, dia begitu perlukan Uwais ketika ini.

Namun sikap Uwais melukakan hatinya.

"I tengah bercakap dengan you DIANDRA ADRYANA!" Tengking Uwais membuatkan Diandra berpaling melihat Uwais tanpa sebarang emosi.

"Then, apa yang you nak I buat? Apa yang I patut buat? You nak I balas apa yang you cakap?" Kedengaran seperti satu perlian, namun nada Diandra ketika itu sungguh memilukan.

Uwais terkedu. Diandra tidak pernah berbicara dengan nada yang pilu begini. Nada yang sentiasa digunakan Diandra adalah kasar dan sombong belaka. Membuatkan Uwais lali mendengar nya.

"I nak you jawab soalan I" Arah Uwais keras tanpa mengalihkan sedikit pun pandangan nya dari menatap wajah pucat Diandra.

Diandra senyum senget.

"I tak ada jawapan untuk soalan you. Tapi you sendiri yang ada jawapan bagi soalan tu," Balas Diandra.

"I langsung tak ada masa nak bermain kata dengan you Dian. Again, jawab soalan I!"

"Kalau I ni menyusahkan you, better you balik jer. Tak perlu menyusahkan lagi diri you datang sini dan bertanya soalan yang I takkan mungkin jawab.." Kata Diandra lagi kemudian dia berpaling menghadap luar bilik.

"You jangan cabar kesabaran I Dian"

"I tak cabar you. Tapi you sendiri yang mencabar diri you." Balas Diandra perlahan.

"Diandra."

"Pergi balik Is. I tak perlukan you dekat sini. I pandai jaga diri I, lagipun selama ni.. I yang jaga diri I sendiri," Ujar Diandra.

"Fine. You yang suruh I balik, jangan you canang cerita kata yang I ni taknak jaga you pulak dekat adik I. You kan suka bukak aib suami sendiri, macam you tu tak buat dosa langsung" Balas Uwais dingin.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now