𝑃𝑎𝑟𝑡 2🍁

556 35 0
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Kerja yang bertimbun di pandang datar. Uwais melelapkan matanya sementara.

Dia kemudian tersedar semula dari lelapnya yang belum sampai beberapa minit. Laju tangan menekan button di telefon pejabat berhubung dengan pekerja nya dibahagian masuk pintu utama tingkat tersebut.

"Mirah come in" Arah Uwais datar.

"Baik Tuan.." Jawab Mirah sebelum dia bergegas bangun menuju ke bilik kerja Uwais.

Tok tok..

Ketukan diberikan Mirah bagi meminta izin untuk memasuki bilik kerja Tuan nya itu.

"Masuk" Arah Uwais membenarkan Mirah untuk masuk ke pejabat nya.

"Ya Tuan, kenapa Tuan panggil saya?" Tanya Mirah sopan.

"Berapa lama lagi untuk awak carikan PA baharu untuk saya?" Dingin Uwais bertutur. Mirah dipandang nya datar.

Tertelan air liur Mirah seketika. Ya Allah bagaimana pula dia boleh terlupa?

Muka cemas nya ditayangkan sebelum dia menunduk hormat.

"Maafkan saya Tuan, sa-saya...saya janji PA yang Tuan mahukan akan ada sebelum minggu hadapan" kata Mirah sedikit gagap.

Uwais masih setia dengan wajah dingin nya.

"Saya bagi awak satu lagi peluang Mirah kalau tiada juga PA untuk saya sebelum minggu hadapan..." Jeda Uwais membuatkan Mirah berdebar debar.

"Awak yang akan menjadi PA saya dan ia muktamad" sambung Uwais keras.

Terkaku Mirah seketika. Dia? Oh tidak mati hidup semula pun tidak akan dia ambil tempat itu. Cukuplah apa yang dilihat nya sebelum ini tidak mahu dia pula merasanya.

Diandra Adryana si psycho dari neraka! Minta dijauhkan sahaja. Masih segar diingatan nya bagaimana Zuraifah si bekas teman sekerja nya dibantai cukup cukup oleh Diandra.

Fuhh ngeri! Kalau dia yang kena mahu berhenti terus dari bekerja disitu. Taubat nasuha lah katakan.

Tergeleng geleng Mirah seketika tanpa disedarinya Uwais yang masih setia menatap nya dengan wajah hairan.

"Yang awak tergeleng geleng tu dah kenapa? Awak dengar tak apa yang saya cakap?" Tegur Uwais sedikit tinggi nada suaranya.

Entah apa yang difikirkan Mirah sehingga tergeleng geleng kepalanya. Leher tu dah nak patah ker apa?

Tersentak Mirah dari lamunan nya. Uwais dihadapan dipandang segan segan kambing. Makkk malu oi boss tegur engko yang tengah asyik berangan tu!

"A-ah? Aa ya Tuan saya dengar. Saya janji saya akan bawa PA baharu untuk Tuan sebelum minggu hadapan memunculkan diri.." Akur Mirah sekali diselitkan sedikit gurauan kecil nya.

Uwais tidak ketawa sebalik nya hanya mengangguk lalu mengarahkan Mirah keluar dari pejabat nya segera.

Terkocoh kocoh Mirah keluar dari pejabat itu selepas mendapat arahan untuk beredar. Uih dia pun tidak mahu berlama lamaan didalam pejabat Tuan nya, buatnya si psycho tu datang mengejut tak ke mati katak jer dia?..

Mirah menghembuskan nafasnya lega seketika sebelum otaknya kian ligat berfikir.

Mana nak cari PA ni?..

Bukannya mereka tidak mahu menginterview pekerja untuk menjadi PA Uwais, sudah dibuatnya namun mereka tidak bertahan lama.

Baru 1minggu bekerja sudah berhenti. Apa ni inadei!

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now