𝑃𝑎𝑟𝑡 8🍁

257 19 4
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Kakinya menendang tayar kereta tersebut kasar. Dia merengus kuat sebelum di ketuk - ketuk nya cermin tingkap kereta itu.

Ikutkan hati yang sedang panas membara mahu sahaja dia pecahkan semua tingkap kereta itu namun dia cuba untuk bersabar.

"Bodoh punya kereta, time - time macam ni lah kau nak rosak bagai!" Rungut Lisa buat kali yang kesepuluhnya.

Dia mencapai telefon yang berada didalam beg tangan untuk mendail nombor Along nya namun hampa.

Telefon nya kehabisan bateri!

Arghh! Malang betul lah nasib aku hari ni!..

Lisa menghentakkan kedua belah kakinya kuat. Sudah lah dia terpaksa memakai heels pada hari ni.

Semuanya gara - gara meeting yang menyusahkan itu lah!

"Argh! Lantak lah! Kau duduk lah sini wahai kereta celaka! Biar sampai kau mereput mampus! Aku nak balik, bye!" Katanya buat kali yang terakhir sebelum dia beredar.

Heels yang tersarung di kaki Lisa cabut. Dia hanya berkaki ayam sahaja sekarang ini.

Laju Lisa berjalan di tepi jalan menuju kearah bas stop yang agak jauh dari keberadaan office nya.

Dia melirik kearah jam yang berada di pergelangan tangan. 10:45.

Shit!..

Mana pula dia mahu mencari bas atau teksi untuk digunakan bagi menghantar nya balik?

Langit semakin menggelap. Lisa hanya berjalan bertemankan lampu lampu jalan yang malap.

Sunyi sepi.

Tiba - tiba sahaja jantung nya berdetak laju.

Kenapa Lisa tiba - tiba sahaja rasa takut? Sebelum ni mana pernah dia rasa begitu.

Dia akhirnya tiba di bas stop tersebut. Dia melabuhkan punggungnya di atas bangku yang terletak khas disitu.

Bas stop yang agak usang.

Lisa berharap agar ada lah mana mana kereta atau bas yang lalu.

Tapi akan ada ker?

Sedang dia termenung terdapat satu motosikal mendekatinya. Lisa memerhatikan motosikal tersebut dari jauh.

Motosikal itu berhenti betul betul dihadapan bas stop tersebut berhadapan dengan Lisa.

Lisa membuat roll eyes.

Sejujurnya dia penat sekarang jadi dia memang tiada tenaga mahu bergaduh, tetapi kenapalah mesti ada sahaja bala yang datang kemari?

Lelaki itu turun dari motosikal nya seraya mencabut topi keledar miliknya.

Dia sengih miang sambil memandang kearah wajah Lisa.

Lisa tidak membalas pandangan si lelaki tua kerepot yang miang itu.

Ludah kang baru tahu! Dia menilik lelaki tua itu atas bawah berkali kali sebelum di jeling nya tajam.

Manakala lelaki tua itu pula sudah berdehem kecil bagi menarik perhatian Lisa.

"Sorang jer ke Cik adik?" Tanya lelaki tua itu.

Dia merenung badan Lisa lama. Wow cantik!

Lisa membuat muka beruk.

"Eh, takde lah bertiga ni.. Ada aku, dengan malaikat kiri kanan aku ni. Tiga.." Kata Lisa.

"Tapi disebabkan kau pun turut sama ada maka terjadilah 4 orang disini. Itu pun buta, tak pergi sekolah ker dulu orang tua?" Kasar Lisa berbicara.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now