𝑃𝑎𝑟𝑡 29🍁

310 21 5
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Keheningan dirasai sehingga ke tulang sum - sum. Peluh tidak henti dari mengalir di celah leher bersama debaran di dada. Walaupun berada di dalam tempat yang berair - cond namun masih berpeluh sakan mereka.

Suasana yang begitu tegang dan sunyi sehingga mereka dapat mendengar bunyi air-cond sahaja. Bagai di tanah perkuburan. Tapi yang pasti bukan mereka yang akan dikuburkan melainkan 'seseorang' yang dinanti.

Diandra merenung Fatihah tajam sambil penumbuk digenggam kemas. Darah sudah mendidih sehingga kemuncak kepala. Dia akan selesaikan semua perkara ini, harini juga! Dia takkan biarkan Fatihah terlepas.

Fatihah menunduk takut dalam diam dia mengalirkan air matanya. Sungguh dia takut berdepan dengan seorang Diandra Adryana.

"Hey, perempuan! Aku dah warning kau jangan dekat dengan suami aku kan?! Kenapa kau tak faham bahasa juga hahh?!" Tengking Diandra kuat sehingga terhenjut bahu Fatihah kerana terkejut.

Mirah menggenggam sisi bajunya kuat. Dia perlu lakukan sesuatu sebelum Uwais keluar dari bilik kerjanya. Jika Uwais sudah keluar memang basak lah Diandra. Tidak mahu dia melihat pergaduhan Diandra dan Uwais dihadapan mata.

Fatihah menggigil kecil.

"Aku bercakap dengan kau ni, kau pekak ker?!"

"S-saya.. Saya tak rapat dengan suami Puan. S-saya cuma jalankan tugas sebagai PA, Tuan Uwais. T-tak lebih dari tu.." Perlahan Fatihah membalas. Dia yang berdiri berhadapan dengan Diandra mengecilkan dirinya tatkala mendengar tawa sinis dari gadis psycho itu.

"Tak lebih? Tak lebih dari tu?"

"Then, benda ni tak lebih ker?!" Meninggi suara Diandra sambil tangan menunjukkan gambar Fatihah dan Uwais bermesra di kedai makan.

Membulat mata Fatihah melihat gambar tersebut. Macam mana Diandra boleh dapat gambar tu? Dia intip Fatihah dan Uwais ke selama ni?

"I-itu.."

"Kenapa? Terkejut? Terkedu? Kau mesti tak sangkakan macam mana aku boleh tahu pasal hubungan sulit kau dengan suami aku! Dah tak ada lelaki bujang ke dekat dunia ni sampai suami aku juga kau nak goda!" Kasar ayat yang di tuturkan oleh Diandra.

Fatihah tersentak. Sungguh dia tidak boleh terima tatkala Diandra mengatakan dia menggoda Uwais sedangkan dia tidak pernah berbuat sedemikian. Uwais yang mendekatinya. Bukan dia yang terhegeh - hegeh.

"Puan Diandra. Puan tak ada hak untuk cakap macam ni dengan saya. Saya tak goda suami Puan, saya tak pernah buat macam tu. Saya ada maruah, saya bukan perempuan yang akan goda suami orang!" Fatihah membalas semula dengan nada yang tegas.

Dia akan mempertahankan maruah nya dari dipijak - pijak oleh Diandra. Sungguh dia tidak sangka Diandra akan mengeluarkan kata - kata yang begitu kasar pada dia.

Mendengar balasan dari mulut Fatihah membuatkan api kemarahan Diandra memuncak. Berani dia melawan Diandra? Dia dah rampas suami Diandra dan sekarang dia melawan Diandra Adryana?

Fatihah betul - betul menempah maut dengan Diandra. Mirah sudah gelisah. Dia perlu hentikan mereka berdua.

"P-puan Diandra, j-jangan macam ni Puan. Apa kata Puan Diandra dan Cik Fatihah berbincang baik - baik di bilik mesyuarat? T-tak manis bergaduh depan staff - staff yang ada," Pujuk Mirah cuba menenangkan Diandra.

Namun bukan balasan yang didapat melainkan jelingan maut Diandra. Terus tertunduk kepala Mirah melihat jelingan tajam tersebut. Tidak berani dia mahu bersuara lagi.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora