𝑃𝑎𝑟𝑡 14🍁

227 20 7
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Badan dihempaskan ke atas sofa lembut yang terletak di ruang tamu rumah lalu kaki diletakkan ke atas meja kecil yang berada di tengah - tengah.

Dia mengeluh kuat.

"Kupikirkan boleh bersenang - lenang, ternyata TIDAK!" Kata Lisa dengan suara yang digaraukan. Dia menjeling ke arah dua orang anak buah nya itu.

Diandra yang sedang bermain masak - masak dengan Laticia melirik ke arah Lisa sebentar sebelum dia kembali melayan Laticia.

Aaron pula ralit bermain dengan kereta mainan yang baru dibeli oleh Alex sebelum mereka sampai ke rumah Lisa.

"Alahh biasalah tu, kata pun ada anak buah. Kau free kan tolong lah jaga" Kata Diandra lalu dia buat - buat minum air dari cawan mainan yang mempunyai air imaginasi Laticia.

"Sedap tak Mak long?" Tanya Laticia pada Diandra, laju Diandra mengangguk seraya tangan menunjuk good pada Laticia.

Lisa menjeling.

"Argh!! Diorang pandai buat anak! Jaga tak reti! Menyusahkan aku lah, aku ni cuti sebab nak rehat bukan nak jadi babysitter budak dua ekor ni!" Balas Lisa protes. Dia menjeling Aaron.

Lalu Aaron kembali menjeling Lisa. HAHAHAHA anak buah pun dah pandai melawan sekarang. Lisa membulatkan matanya.

Kuang ajo punya budak! Kau jeling aku balik?..

"Pelik aku lah dengan kau ni, nanti kau dah ada anak, agak - agak macam mana lah cara kau layan diorang" Kata Diandra selamba.

Lisa membuat muka beruk.

"Lambertt lagiii" Balas Lisa dengan intonasi menjengkel kan.

Aaron yang mendengar menggelengkan kepalanya perlahan. Mak Su dia ni, kadang tu bodo - bodo sangat kadang biul - biul sangat.

"Yang kau ni, dah tak reti nak pergi kerja ker? Butik kau tu macam mana?" Tanya Lisa seraya tangan menyuapkan popcorn ke dalam mulut nya.

Diandra melepaskan keluhan malas sebelum dia menjawab.

"Aku malas nak masuk butik hari ni, so aku teman kau jer lah" Jawab Diandra. Dia tak ada mood nak pergi kerja hari ni.

Agak - agak sebab Uwais kot.

"Dah tu siapa yang bukak butik kau? Takkan kau tutup hari ni?" Tanya Lisa lagi. Diandra menggeleng kecil.

"Nope! Aku suruh staf kepercayaan aku bukakan. Kunci ke dua ada pada dia" Kata Diandra.

Lisa mengangkat kening nya sebelah. Staf kepercayaan? Macam pelik jer bunyi tu setahu dia Diandra ni paling susah nak percayakan orang.

Kira ambil masa lah dia nak percayakan seseorang tu, sebab tu lah bila dia dah percayakan kau jangan lah kau khianat dia.

Memang dia takkan percaya dah lepas tu. Lantak engko ler.

"Orang kepercayaan baii.. Dah macam politik pula aku dengar" Sindir Lisa. Diandra menjeling dia sebelum di tunjukkan jari tengah pada Lisa cepat - cepat.

Naya pak abu kalau si Laticia naif ni nampak. Mahu dibuat nya pada orang lain pula, mampus mereka kalau Lis yang menjadi mangsa!

Kalau tak mati jangan sembang itu Lis Areeda.

Ding dong!..

Kedengaran bunyi loceng rumah yang ditekan dari luar. Laju kepala Aaron dan Laticia di angkat merenung ke arah pintu rumah Mak Su nya.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now