41 | CBA

123 14 9
                                    

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

__________🐰🤍__________

Jungkook menatap skrin telefonnya lama. Sesekali dia menggaru kening. Mesej yang baru diterima oleh rakannya benar-benar membuatkan otaknya serabut.

Aryan // PA

Besok jangan lambat.

9 malam dah ada dekat airport.

Woi.

Pergi mana kau ni.

Esok cuti kan?

Cuti apanya.

Kau ada meetingggg

Meeting?

Meeting apa pulak?

Dekat mana?

Ya Allah, Hadzrel...

Kau tak dapat emel ke?

Diorang send emel 3 bulan yang lalu tau.

Takkan kau tak dapat?

Kau pergi bukak emel kau, pergi tengok balik emel yang lepas lepas.

Apa punya bos la kau ni.

Nasib baik dapat personal assistant yang bertanggungjawab
macam aku ni tau.

Kau diam.

Dia sudah memeriksa emelnya tadi. Memang betul ada emel daripada syarikat yang bergabung dengan syarikatnya. Macam mana dia boleh terlepas pandang? Mujur pembantunya mengingatkan tentang perkara itu. Masalahnya sekarang ini, Aisyah macam mana?

Mustahil dia akan tinggalkan Aisyah seorang diri di rumah. Tambah pula, isterinya sedang mengandung. Apa-apa yang tidak dijangka boleh berlaku dalam sekelip mata. Dia tidak mahu. Terlalu takut untuk menghadapi kesemua kemungkinan itu.

Aisyah mendekati Jungkook yang sedang duduk termenung di sofa. Wajah lelaki itu kelihatan gelisah. Dia duduk di sebelah Jungkook lalu peha Jungkook ditepuk lembut. Jungkook menoleh ke arahnya.

"Kenapa?" Aisyah menyoal tanpa mengeluarkan suara. Jungkook segera mengukir senyum seraya menggeleng.

"Nothing, sayang."

"Abang tipu. Cepatlah cakap. Kenapa? Abang sorok apa daripada saya? Saya perhati abang dari tadi lagi tau. Kejap kejap abang tengok telefon. Kejap kejap abang cakap sorang-sorang. Abang kenapa?" Bertalu-talu soalan diajukan kepada Jungkook. Dia geram. Suaminya berahsia apa daripada dirinya? Ada sesuatu yang perlu dia tahukah?

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon