11 | CBA

169 23 7
                                    

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

__________🐰🤍__________

Jungkook menekan link yang dihantar oleh pensyarahnya di dalam group Telegram. Nombor kad pengenalan dimasukkan. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menekan butang enter. Matanya dipejam sambil hatinya berdoa sementara menunggu slip keputusan peperiksaannya keluar.

Setelah beberapa minit dia memejam mata, dia perlahan-lahan membuka matanya. Di skrin komputer ribanya, terpapar logo universitinya membuatkan jantung Jungkook mula berdegup kencang. Dia memeriksa markah peperiksaannya satu per satu.
Matanya yang tadi mengecil kini membuntang apabila melihat pointer PNG yang diperolehinya.

Jeon Jungkook - 3.90

Dia menekup mulut dan menjerit sepuas-puasnya.

Terima kasih Ya Tuhan.

"MAMA! PAPA! JUNGKOOK DAH NAK GRADUATE!" Bergema suaranya di dalam rumah yang sunyi sepi itu.

__________🐰🤍__________

"Siti Aisyah Sufina, 3.98." Sufi membacakan mata yang diperolehi kakaknya.

"Alhamdulillah Ya Allah. Syukur, Alhamdulillah." Aisyah mengalirkan air mata setelah mendengar apa yang diberitahu oleh adiknya. Ibubapanya datang mendekatinya. Tubuh kecil Aisyah didakap mereka berdua erat. Aisyah membalas pelukan kedua orang tuanya sambil menangis teresak-esak.

"Umi, abi, Aisyah dah nak graduate."luah Aisyah. Entah mengapa dia berasa sebak semacam. Ibu menggosok belakang tubuh anak sulungnya untuk menenangkan gadis itu.

"Ye sayang, umi tau. Tahniah, Aisyah. Umi bangga sangat dengan Aisyah." Kata-kata ibu disokong oleh ayah.

"Betul tu, Aisyah. Dah, jangan sedih sedih lagi ya?" Aisyah mengangguk lalu mereka meleraikan pelukan. Dia kemudian terpandang wajah adiknya yang kelihatan seperti sedang terpinga-pinga dengan apa yang telah terjadi. Aisyah ketawa perlahan.

Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih kerana telah mempermudahkan segala urusanku.

Jungkook mengambil telefonnya. Dia tidak sabar ingin memaklumkan berita gembira itu kepada keluarganya. Baru saja dia ingin mendail nombor telefon ibunya, telefonnya berbunyi. Nama pemanggil yang tertera di skrin telefonnya membuatkan dia tersenyum lebar. Segera dia menjawab panggilan tersebut.

"Jungkook, Sabtu minggu depan kamu sibuk tak? Kalau tak, datang sini ya? Mama ada nak bincang sesuatu."

"Mama nak bincang pasal apa pula ni?"

"Adalah. Kamu datang je nanti. Mama letak dulu ya? Ada kerja ni. Bye!" Belum sempat Jungkook berkata apa-apa, ibunya terlebih dahulu mematikan panggilan.

"Ma kejap- Arghh! Apa yang sibuk sangat mama ni sampai aku nak bagitau dia pasal result aku pun tak sempat. Huh!" Jungkook mendengus geram. Telefonnya dicampak ke tepi.

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now