23 | CBA

165 25 0
                                    

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

__________🐰🤍__________

Aisyah membuka mata. Dia mengamati sekelilingnya. Pantas dia bangun setelah mendapati dirinya sedang berada di dalam selimut. Otaknya memproses di mana dia sedang berada pada ketika ini.

"Aku dalam bilik Jungkook? Sejak bila pulak ni?" Dia diam berfikir sejenak. Seminit kemudian, mulutnya terlopong.

"Takkanlah.." Cepat-cepat dia menolak tepi selimut yang membaluti tubuhnya dan berlari keluar dari bilik. Dia memandang sekeliling cuba mengesan keberadaan suaminya. Apartment itu sunyi sepi.

Telinganya kemudian menangkap bunyi pancuran air dari dalam bilik air di sebelahnya. Tidak lama selepas itu, pintu bilik air itu dibuka dari dalam menampakkan Jungkook yang baru selesai mandi. Aisyah mengundur sedikit ke belakang.

Aisyah menelan liur melihat Jungkook. Dengan tuala terlilit di pinggang, ditambah pula dengan rambutnya yang basah membuatkan hati Aisyah menjadi tidak keruan. Dia segera menutup mata menggunakan tangannya apabila Jungkook menoleh ke arahnya.

"Eh, sayang baru bangun?"

Jungkook ketawa apabila Aisyah tidak menjawab. Perlahan dia melangkah merapati Aisyah yang sedang berdiri di hadapannya. Tangan Aisyah yang menutup matanya dipegang lalu Jungkook menariknya turun. Dia senyum melihat mata Aisyah yang tertutup rapat.

"Sayang, open your eyes."

Aisyah membuka matanya dan menunduk. Dia tidak mahu bertentang mata dengan lelaki itu. Tangannya yang masih erat dipegang Jungkook dipandang. Jungkook senyum lagi.

"Hey, look at me. Pandang suami sayang ni." Dia mencuit lembut dagu Aisyah membuatkan gadis itu mendongak memandangnya.

"Abang tanya, sayang baru bangun?" Aisyah hanya mengangguk sebagai jawapan.

Tiga hari. Baru tiga hari kahwin, Jungkook dah berani buat hatinya begini. Bagaimana dengan hari-hari yang seterusnya?

"Nak makan? Abang ada belikan nasi lemak. Nasi lemak ayam. Favourite sayang kan? Pergilah makan. Perut tu mesti dah lapar."

Aisyah mengalihkan pandangan ke arah lain.

Tak boleh dia menghadap mata lelaki itu lama-lama. Boleh nazak dia nanti.

"S-Sekarang pukul berapa?" Aisyah memaksa suaranya untuk keluar. Dari tadi lagi diam. Bukan bisu pun.

"Sekarang pukul tujuh setengah, sayang. Awal lagi. Nanti pukul sepuluh ke sebelas ke, kita pergi supermarket beli barang dapur. Rumah abang ni bukan ada barang masak pun."

Aisyah mengangguk.

"Awalnya awak mandi. Tak sejuk ke?" Jungkook tergelak kecil.

"Tipulah kalau abang kata tak sejuk. Tapi abang dah biasa. Lagipun dalam tu ada water heater. Kalau sayang nak mandi, pergilah."

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now