69 | CBA

97 18 8
                                    

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

__________🐰🤍__________

"Sayang, nak buat apa ni? Abang nak terberak ni." Jungkook memegang perutnya. Sudah lima minit dia tercongok di sofa.

Semua gara-gara isterinya yang memaksanya untuk menunggu di situ. Perutnya pula sejak dari tadi memulas. Memberi isyarat agar dia ke tandas dengan kadar segera.

"Alah, kejaplah abang ni." Aisyah menahan tubuh Jungkook daripada bangun. Kepalanya terjenguk-jenguk di sebalik dinding. Mencari kelibat seseorang.

Seketika kemudian, seorang gadis berpakaian litup masuk ke ruang tamu rumah mereka. Jungkook yang sedang mengaduh sakit kerana perutnya serta-merta berhenti merungut. Matanya tidak berkelip memandang gadis itu di hadapannya.

Macam kenal, bisik hatinya.

Wajah gadis itu mirip seseorang. Ya, seseorang. Jungkook mengecilkan anak mata. Cuba mengecam wajah gadis itu.

"Sayang, siapa ni?"soal Jungkook. Berbisik.

Aisyah tidak membalas. Dia bangun dari sofa dan menarik gadis itu agar menghampiri tempat duduk mereka.

Gadis itu hanya mengikut langkahnya. Sebaik sahaja Aisyah dan gadis misteri itu berdiri beberapa langkah daripada Jungkook, keningnya terangkat.

"Kenalkan, ini Maryam." Jungkook mengerut dahi.

Maryam?

"Maryam? Siapa Maryam?" Aisyah mengeluh. Takkan tak cam langsung!

"Abangg! Ini Mia la. Takkan abang tak kenal kut." Aisyah hentak kaki.

Ohhh.

Jungkook mengangguk faham.

"Mia?" Dia bertanya lagi. Gadis misteri itu mengangguk. Betullah maksudnya. Tapi...

"Mia masuk Islam. Nama baru dia Maryam. Cantik kan dia?" Mia tersenyum nipis. Kembang sebesen dah hidung ni. Asyik kena puji je.

"Mia masuk Islam? Bila masa? Kenapa abang tak tahu pun?"

"Eleh abang ni! Sibuklah nak tahu. Baru je tiga hari yang lepas. Sepanjang dia tinggal dengan kita, dia belajar pasal Islam dengan saya. Itu pun dia yang mintak. Dan lama-lama, dia kata dia nak convert."cerita Aisyah. Mia di sebelahnya hanya mengangguk-angguk.

"Ohhhhhhh." Jungkook mengoh. Panjang. Dah tu nak kata apa lagi kan? Nak suruh ucap tahniah ke?

'Fuh! Gempak arh Mia! Baik do kau. Sape do kau sebenarnya? Gempak ile masuk Islam. Baguslah tu dah bertaubat. Lepas ni jangan menggatal dengan laki lain dah.'

Nak macam tu ke?

"Jungkook, Aisyah, saya sebenarnya ada benda nak bagitahu." Kening Aisyah bertaut. Banyak sangat ke rahsia dia ni?

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now