50 | CBA

113 18 11
                                    

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

__________🐰🤍__________

Masing-masing diam sepanjang perjalanan mereka ke kampung. Ya, mereka kini sedang dalam perjalanan untuk ke kampung Aisyah kerana Jungkook perlu dirawat.

"Abang dengan akak kena ikut kami balik kampung esok."

"Dah kenapa?"

"Lebam dekat kaki kau, bang. Itu tak lain tak bukan, benda tu yang buat."

Jungkook memandang Aisyah melalui cermin pandang belakang. Gadis itu sedang memandang hadapan. Tidak sedar yang Jungkook sedang merenungnya. Jungkook mengeluh perlahan.

"Sayang?" Aisyah menoleh. Wajah suaminya dipandang terpinga-pinga.

"Ya? Kenapa, abang?"soalnya. Jungkook senyum kecil sebelum dia menggeleng.

Kenapa? Kenapa kau layan aku seolah-olah aku tak pernah berkasar dengan kau? Seolah-olah kita tak pernah bergaduh. Kenapa Aisyah? Betapa banyaknya salah aku kepada kau tapi kau masih boleh bercakap dengan aku seolah-olah kau tidak pernah terluka kerana aku?

Jungkook memandang Aisyah dengan ekor mata. Tangan kanan masih di stereng.

"Sayang, abang ... nak pegang tangan sayang boleh?" Aisyah tersentak tatkala Jungkook bertanya sebegitu. Tangan yang dihulurkan kepadanya dipandang seketika. Teragak-agak dia meletakkannya tangannya di atas tangan Jungkook. Lelaki itu menggenggam tangannya erat.

"Thanks."

Mereka diam semula. Terasa janggal. Sangat janggal. Jika diikutkan hati, mahu saja Aisyah balik ke kampung dengan keluarganya tadi. Tapi melihat wajah Jungkook seolah-olah sedang menunggunya, terasa berat pula hatinya untuk membiarkan suaminya sendirian.

Terlalu mencintai sampai aku lupa untuk membenci. Kenapa aku terlalu mudah memaafkan kau sedangkan kau orang yang sama melukai aku? Kita hampir bercerai tapi aku masih boleh maafkan kau. Kenapa Jungkook? Apa yang awak dah buat dekat saya sampai susah untuk saya bencikan awak?

Aisyah memejam mata apabila terasa tangannya semakin erat digenggam. Hatinya terasa sakit. Tetapi dia tidak dapat menolak kerana terlalu merindui lelaki itu. Dia rindu akan sentuhannya.

"Sayang, tidurlah dulu. Lambat lagi kita nak sampai." Aisyah sekadar mengangguk. Jungkook cuba nak berbaik ke?

Mungkin..

__________🐰🤍__________

"Sayang, bangun. Kita dah sampai ni." Tubuh Aisyah digoncang perlahan. Dia masih belum bangun. Jungkook berhenti seketika. Dia menyandarkan tubuh ke kerusi seraya meraup wajah.

"Apa yang aku dah buat? Ya Allah, kalaulah umi tak sempat halang aku masa tu.." Dia merenung ke luar tingkap. Kemudian dia menggeleng laju.

"Nauzubillah.. Tak terbayang macam mana aku nak hidup bila kami berpisah." Aisyah di sebelah dipandang. Dia mendekatkan tubuhnya lalu kepala Aisyah diusap perlahan.

"Untungnya abang dapat isteri yang kuat macam sayang ni." Aisyah berpusing menghadap tingkap sambil dia mengerang halus. Mata ditenyeh sebelum dia membuka mata. Dia menoleh ke belakang apabila bunyi orang bernafas terasa dekat di telinga. Spontan matanya membesar dan tubuhnya terhinjut. Jungkook sengih.

"Sayang.."

"K-Kita dah sampai ke?" Jungkook mengangguk seraya dia menunjuk rumah di hadapan mereka.

"Jom keluar?" Aisyah sekadar mengangguk sebelum mereka serentak keluar dari kereta.

__________🐰🤍__________

"Sayang, makanlah sikit. Abang suapkan nak?" Tangan yang dihalakan ke bibir Aisyah ditolak perlahan. Jungkook mengeluh perlahan dan memandang Haji Iskandar di hadapannya yang sedang merenung mereka berdua. Lelaki itu sekadar menggeleng. Malas masuk campur.

"Abang makanlah. Saya tak lapar."

"Mana boleh macam ni, sayang. Sayang tak makan dari pagi tadi, tahu tak? Nanti sayang sakit, abang jugak yang susah."

"Jadi abang nak cakap saya ni menyusahkan abang la? Saya dah kata kan, saya boleh makan sendiri bila saya lapar nanti. Sekarang ni saya tak lapar. Abang tak payahlah nak paksa saya makan." Aisyah merengus dan bangun. Dia keluar dari dapur membiarkan suaminya terpinga-pinga. Haji Iskandar pula menggeleng buat kesekian kalinya. Dia kenal dengan anaknya itu. Sekali betul betul merajuk, memang susah nak dipujuk.

"Biarkan dia, Hadzrel. Nanti baik la tu." Jungkook menoleh ke arah ayah mertuanya. Makanan di dalam pinggan dikuis sambil dia melepaskan keluhan.

"Hadzrel risaukan dia, abi. Kalau dia marahkan Hadzrel pun, janganlah sampai tak nak makan. Nanti dia sakit. Hadzrel tak nak jadi apa-apa dekat dia." Haji Iskandar tersenyum kecil.

"Sayang betul kamu dengan dia."

"Eh, mestilah! Hadzrel sayang sangat dia. Kalaulah haritu umi tak sempat halang Hadzrel.."

"Dah. Jangan difikirkan lagi perkara yang lepas. Bersyukur kamu masih diberi peluang untuk perbaiki segalanya. Lepas ni, cuba pujuk dia. Mustahil dia sanggup berjauhan dengan kamu lama-lama. Abi kenal anak abi macam mana."

"Baik abi,"

__________🐰🤍__________

Jungkook masuk ke dalam bilik. Dia pandang Aisyah yang sedang menyangkut telekung. Dah solat ke?

"Sayang dah solat Isyak ke?" Aisyah tidak membalas. Dia terus naik ke katil dan memeluk bantal. Mata dipejam. Jungkook yang sedang memandangnya diabaikan.

Jungkook memuncung bibir sedikit. Dia baru saja selesai mengambil wuduk. Ingatkan nak solat sekali. Rupanya.. Tak apalah.

Dia mengambil sejadah yang berada di penyidai dan menghamparnya. Terasa seperti deja vu pula. Ingat lagi dia sewaktu mereka berdua bergaduh suatu masa dahulu. Masa tu dia cemburu bila nampak Aisyah berborak dengan Taufiq sampai merajuk tak nak solat sekali. Hmm.. Tengok tengok dia pulak kena.

Jungkook menunaikan solat Isyak seperti biasa. Selesai saja memberi salam dan membaca doa, dia bangun dan menyimpan sejadah. Aisyah yang sudah terpejam matanya ditatap sejurus saja dia naik ke atas katil. Wajah gadis itu ditilik. Cantik. Rambut Aisyah diusap lembut sebelum dia mencium dahinya.

Jungkook berbaring di sebelah Aisyah dan memeluk tubuh kecilnya. Dia senyum nipis tatkala Aisyah membalas pelukannya. Dia tunduk ke bawah. Mata Aisyah sedikit terbuka. Dia masih belum tidur.

Tidak lama kemudian, Aisyah mengangkat kepalanya. Mereka bertentang mata buat beberapa ketika. Jungkook mendekatkan wajahnya lalu hidung Aisyah dikucup sekilas. Gadis itu tersengih malu dan menyorokkan muka di dada Jungkook.

"Saya mintak maaf. Sebab cakap kasar dengan abang tadi."gumam Aisyah. Jungkook tidak berkata apa. Tangannya naik mengusap kepala Aisyah sambil dia mengeratkan pelukan.

"Abang maafkan. Lepas ni jangan buat dah."

"Saya janji! Saya tak nak buat dah. Saya pun mana boleh jauh dengan suami saya ni lama-lama. Nanti rindu."

"Abang tahu. Dah, tidur sayang. Esok kita sembang ya? Abang ngantuk ni."rengek Jungkook seraya memejam mata.

"Alolo, comelnya suami saya ni merengek. Iyalah abang. Kita tidur ya. Goodnight, abang."

"Goodnight sayang."

Sedang Jungkook cuba melelapkan mata, terasa seperti wajahnya disentuh-sentuh lembut. Bermula dari keningnya. Hidung. Pipinya kemudian dicubit perlahan. Dan jari itu berhenti di bibirnya.

"Sayang.. Tidur.."

Aisyah tersentak. Jari yang berada di bibir Jungkook cepat-cepat dialihkan. Dia memejam mata apabila Jungkook menundukkan kepalanya. Jungkook menggeleng sebelum dia kembali menutup mata. Aisyah tersenyum dalam diam. Suka la tu kacau orang.

TBC

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWo Geschichten leben. Entdecke jetzt