14 | CBA

159 22 43
                                    

JungkookFanficbyKookMon

__________🐰🤍__________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

__________🐰🤍__________

Jungkook membuka matanya. Dia segera bangun apabila mendapati motosikalnya tiada di hadapannya. Pantas tangannya meraba-raba poket seluarnya.

"What the f-"

"Celaka betullah main rembat motor orang ni."

"Telefon dengan dompet aku pun dia ambil. Sial!"

"Bodoh bunga ni kau tak ambik pun. Mencuri pun memilih. Butolah."

"Sial sial sial!"

Jungkook memaki hamun pencuri yang mengambil barang-barangnya. Dia mengusutkan rambutnya sambil menjerit kuat. 

"Pencuri sial! Celaka betul! Aku harap kau akan dapat balasannya nanti. Kau tunggulah bodoh!"

"Dunia ni memang tak adil. Macam macam masalah datang kat aku. Malang betul nasib."

Jungkook berjalan sambil membebel seorang diri. Dia masih tidak berpuas hati dengan nasibnya. Semalam dia ditipu oleh ibunya, hari ni segala harta bendanya habis dicuri. Langit masih gelap. Tiada tanda matahari akan terbit. Jungkook anggarkan sekarang mungkin sudah pukul 6 pagi.

Dia berjalan dan terus berjalan sehinggalah dia melintasi sebuah masjid. Masjid itu kelihatan meriah. Ramai orang berpusu-pusu masuk ke dalam masjid itu membuatkan Jungkook menjadi tertarik untuk tahu apa yang berlaku. Dia memandang kiri dan kanan sebelum dia melangkah masuk ke dalam perkarangan masjid itu. Dia melihat sekeliling masjid itu. Ada yang sedang berborak kosong di hujung masjid itu. Ada yang sedang menyapu muka mereka menggunakan air. Jungkook hairan dengan apa yang dilakukan oleh mereka-mereka itu.

"Mandi ke?" Perlahan dia berkata lalu dia masuk ke dalam masjid itu. Persekitarannya dingin dan nyaman.

"Wanginya dalam ni."

Kemudian dia melihat seorang lelaki berusia sedang mengambil sesuatu di rak yang melekat di dinding masjid itu. Dia perlahan-lahan mendekati pakcik itu untuk bertanya.

"Pakcik baca apa ni?"soal Jungkook dengan suara yang dilembutkan. Dia tidak mahu pakcik itu terkejut dengan kehadirannya. Lelaki itu tadi menoleh ke arahnya dan memandang Jungkook pelik.

"Ini namanya Al-Quran. Pakcik nak baca sebelum masuk waktu Subuh nanti." Jungkook mengangguk tanda faham. Dia kemudian bertanya lagi.

"Saya nak baca boleh ke?"

"Eh mestilah boleh, semua orang boleh baca tau." Lelaki berusia itu menguntum senyuman sebelum dia mencapai satu lagi Al-Quran yang tersusun di rak itu. Al-Quran itu dihulurkan kepada Jungkook. Perlahan-lahan Jungkook menyambutnya sebelum mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu.

"Terima kasih pakcik." Lelaki itu mengangguk perlahan lalu dia beredar dari situ, mengambil tempat di bahagian tengah-tengah masjid itu. Jungkook membuka Al-Quran itu dengan penuh minat. Namun, senyumannya mati apabila dia tidak dapat memahami apa-apa di dalam Al-Quran itu.

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now